Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, August 15, 2017

#FGV: SPRM TAHAN REMAN ISA SAMAD BAGI BANTU SIASATAN PEMBELIAN DUA HOTEL LEBIH NILAI!!!



Berita penahanan Tan Sri Isa Samad, bekas Pengerusi FGV oleh SPRM hari ini bagi membantu siasatan berhubung pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC), memenuhi timeline di Facebook dan media-media sosial yang lain.

Menurut sumber, Isa ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 2:40 petang selepas dua jam memberi keterangan berhubung pembelian dua buah hotel oleh FIC antara tahun 2014 dan 2015.

Isa merupakan antara beberapa orang individu yang telah dipanggil oleh SPRM berhubung pembelian hotel-hotel di Kuching dan London oleh FIC.

Sebelum ini, bekas pembantunya, Zahid Md Arip selain bekas  CEO FIC, Zaid Abdul Jalil turut ditahan reman oleh SPRM. Selain mereka, SPRM turut memanggil bekas pengarah dan pengarah semasa serta beberapa orang peguam yang berkaitan untuk membantu siasatan.

FIC dikatakan telah membeli sebuah hotel di Kensinton, London pada harta RM330 juta, walaupun nilai sebenarnya adalah RM110 juta.

Pembelian sebuah hotel di Kuching dengan harga RM160 juta juga dikatakan melebihi RM50 juta lebih tinggi daripada nilai sebenar.


1 comment:

Anonymous said...

Kenapa ISA seorg je sedangkan lagu rasuah berkemundang tiap2 hari ditelinga ahli2 UMNO.

 
Blogger Templates