Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, August 15, 2017

HADI AWANG KATA, YANG PATUT DIPERSALAHKAN DALAM KEKECOHAN NOTHING TO HIDE 2.0 ADALAH MAHATHIR KERANA DOSA-DOSA MEMALINYA!!!



Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang baru beberapa hari lepas, dikunjungi oleh tiga orang pemimpin utama PKR termasuklah Wan Azizah dan Azmin Ali, hari ini mengeluarkan kenyataan membabitkan kekecohan dalam program Nothing To Hide 2.0 yang dianjurkan oleh ARMADA Cap Bunga dua hari lepas.

Menurut Abdul Hadi Awang yang mengeluarkan kenyataannya pada hari ini, tidak sewajarnya pesta tuding jari menyalahkan pihak lain berlaku dan pada masa yang sama, asas dan punca kepada tercetusnya soalan serta peristiwa Memali, tidak dijawab sehingga ke hari ini. Mahathir sebagai puncanya, sepatutnya menjawab soalan yang dilontarkan, bukannya berselindung di sebalik kekecohan tersebut untuk melarikan diri daripada menjawab. 

Peristiwa Memali menyaksikan PAS adalah mangsanya apabila diserang hebat sehingga mengorbankan salah seorang pemimpin setempat, Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya. 

Abdul Hadi Awang turut mengucapkan terima kasih kepada individu yang bertanya dan meminta penjelasan berhubung Peristiwa Memali daripada Dr. Mahathir. 

"Kepada yang tidak mampu menjawab, sepatutnya tidak marah dan orang lain tidak membuat kekecohan. Anak-anak muda sahaja tidak sepatutnya dipersalahkan, sepatutnya juga dipersalahkan adalah penyebabnya," ujar Abdul Hadi Awang. (RUJUK SINI)

Menurut Abdul Hadi lagi, ketika tragedi tersebut, Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya dipersalahkan. Sedangkan orang yang suka menghina Islam serta hukum-hakam Islam yang menimbulkan kemarahan Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya, langsung tidak dipersalahkan.

Kata Abdul Hadi Awang lagi, ramai orang PAS yang kuat mengkafirkan UMNO, akhirnya ramai yang masuk UMNO atau diam sahaja. Hari ini, PAS dan UMNO bekerjasama dalam perkara Islam. Malangnya menurut Abdul Hadi Awang, ada pihak yang marahkan pendekatan yang digunakan oleh PAS. 


Menurutnya, ramai kakitangan kerajaan, polis dan UMNO sendiri tidak bersetuju dengan pendekatan yang diambil oleh Dr. Mahathir sehingga mengorbankan anggota polis yang dipaksa untuk menyerang Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya. Bagaimanapun, Dr. Mahathir dan konco-konconya melempar batu menyembunyikan tangan dalam mengulas isu sejarah hitam ini. 

Abdul Hadi Awang turut berkata, tiada guna mengungkit semula tragedi hitam tersebut kerana ternyata Dr. Mahathir langsung tidak berasa kesal, bahkan langsung tidak berniat memohon ampun dan maaf daripada ahli-ahli keluarga mangsa tragedi hitam itu. 

Sementara itu, seorang anak mangsa Tragedi Memali menulis surat terbuka secara panjang lebar dan mencabar Mat Sabu, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub untuk mengesahkannya. 

Di bawah ini adalah salinan surat terbukanya tanpa sebarang suntingan.


Tun Mahathir, Jangan mudah lupa!
Mat Sabu, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub boleh sahkan!


Oleh: MOHAMAD ZUHDI MAT PIAH
Anak Mangsa MEMALI 1985


1. Dulu kau kata Anwar peliwat dan tidak layak memimpin negara, kini kau boleh bersama² mainkan rakyat jelata, konon itu cerita lama, Anwar pula kata 'luka kecil' sahaja! Walaupun sampai lebam biji mata dan rakyat dibelasah disembur gas pemedih mata, ada yg dipukul dan dipenjara. Ini semua hanya kerana kau takut hilang kuasa.

2. Begitu juga peristiwa Memali, Ustaz Ibrahim seorang ahli PAS yg sangat berpengaruh, kata²nya memikat hati rakyat jelata, beliau berkata benar, berani lawan penyelewengan dan kezaliman, bangkit basmi kemungkaran, beliau tidak takut celaan orang yg mencela, beliau tidak pernah gentar dengan ugutan sang penguasa rejim Tun M ketika itu, UMNO Baling dan Kedah rasa tergugat, sehingga ada dikalangan pemimpin UMNO Kedah mendakwa Ustaz Ibrahim pembawa ajaran sesat.

3. Ustaz Ibrahim merupakan lulusan Universiti al-Azhar Mesir, kemudian belajar lagi di India dan Libya. Pernah bertugas sebagai pegawai pendakwah di Bahagian Agama (JAKIM) di Jabatan Perdana Menteri. Beliau letak jawatan untuk berkhidmat kepada masyarakat kampungnya, rumahnya dijadikan tempat pengajian, orang kampung datang untuk menimba ilmu, tiada sebarang jenayah yg mereka lakukan, jadi tiada sebab untuk tahan atau tangkap beliau.

4. 19/11/1985 Tanganmu berlumuran darah² mangsa Memali, 14 orang dibunuh dengan kejam lagi zalim, walaupun bukan kamu yg tembak atau bunuh mereka (sepertimana kau tidak pegang satu bata pun utk pembangunan negara) tetapi ianya berlaku kerana arahan daripada kamu.

5. Tarikh tersebut, 14 orang isteri menjadi balu, anak² menjadi yatim, keluarga kehilangan ayah, kau bunuh tanpa belas kasihan, 3600 anggota polis lengkap bersenjata menyerang orang kampung bersama seorang ustaz kesayangan mereka.

6. 4 orang anggota polis yg terkorban terkena peluru, dari mana datangnya peluru kalau bukan dari sesama mereka? Tidakkah ada dikalangan polis yg mabuk dan melepaskan tembakan rambang? Orang kampung tiada M16, meraka hanya ada parang untuk urusan kerja kampung seharian.

7. Kereta perisai dibawa ke sana, merempuh pagar dengan rakus, melepas gas pemedih mata kepada orang kampung termasuk wanita dan kanak².

8. Apa salah mereka? Terbukti mereka tiada rekod jenayah, mereka tidak bersalah dan tidak pernah dihukum bersalah oleh mana² mahkamah dalam negara. Hanya kerana bimbang kuasa dan pengaruh terhakis, tergamak kau bertindak sedemikian, sungguh kau sangat zalim lagi kejam.

9. Tun M mendakwa mereka adalah penjenayah, pihak atasan polis juga mendakwa mereka adalah komunis. Ternyata ketika risikan komando 69 yg kononnya rumah Ustaz Ibrahim merupakan markaz komunis adalah maklumat palsu yg akhirnya mereka balik dan maklumkan kepada 'bos' mereka bahawa bukan markaz komunis tetapi rumah ustaz yg mengajar ilmu agama.

10. Ustaz Ibrahim dan 13 orang yg lain terkorban dengan tembakan dari peluru M16, bergelimpangan dihalaman rumah, didepan mata anak dan isteri, tanpa ada belas kasihan mereka terus disepak terajang dan dihentak dengan laras senapang.

11. Yang masih bernyawa dipukul bagaikan binatang, dicampak dalam trak bertindan² tanpa belas kasihan, dipijak dan dilanyak sepuas yg mahu dan dicampak bagai sampah, sungguh kau macam binatang.

12. Ayah saya (Mat Piah Yunus) ditembak dengan peluru M16, tembakan bertubi² sehingga 14 biji peluru hinggap di badannya, jarinya putus, tangannya patah, dadanya tembus ke belakang, beliau dipijak, diherdik kerana tidak 'mampus'.

13. Ayah hanya tersenyum menunggu syahid yg beliau idam²kan, tetapi kuasa Allah mengatasi segala²nya, beliau tidak mati, beliau diseret dan dihumban dalam trak polis.

14. Di hospital, doktor keluarkan dan sahkan 14 biji peluru dalam badannya, dalam keadaan luka yg parah, Ayah diikat dgn rantai besi bagaikan penjenayah paling besar dan merbahaya, sehingga pernah mak bawa saya ke hospital untuk ziarah Ayah, saya waktu itu baru berumur setahun, menjerit ketakutan melihat keadaan Ayah. Kenapa sampai begitu??? Sekali² saya tidak akan katakan ianya 'isu kecil'.

15. Selepas beberapa bulan, Ayah dimasukan dalam tahanan ISA, 2 tahun akan ditahan. Dalam keadaan mak yg tidak sihat dan saya masih kecil, Ayah diperlakukan tanpa prikemanusiaan.

16. Begitu juga kanak² dan wanita disiksa, selain 14 nyawa terkorban, ramai mangsa yg cedera parah, ada yg cacat kekal sampai hari ini.

17. Setelah 32 tahun berlalu, Tun M tidak pernah mengaku salah apatah lagi ingin memehon maaf, Mat Sabu, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub boleh sahkan! Malang, kini ketiga² nama yg saya sebutkan boleh bersama² Tun M, sungguh tiada maruah dan menjilat ludah sendiri!

18. Kami anak² mangsa tidak pernah lupa peristiwa hitam ini, peristiwa ini akan terus menghantui Tun M. Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah berdoa supaya Tun M dipanjangkan umur agar beliau melihat sendiri hasil jenayah dan penyelewengan sepanjang pemerintahannya selama ini. Ya!sekarang Tun M sedang 'menikmatinya'. Yang ingin bersamanya dan bersekutu silakan!

19. Ingat! Ketika seketol batu menghalang kemaraan Nabi dan para sahabat untuk berdepan kumpulan ahzab (bersekutu), Nabi pukul batu tersebut, lalu Nabi sebut kepada para sahabat, kuasa besar Rom akan jatuh. Nabi pukul kali yg kedua, Nabi sebut Parsi juga akan jatuh. Islam pasti menang!

20. Kami anak² muda sekali² tidak akan bersama UMNO/BN dan tidak bersama Pakatan Harapan. Kami akan bersama perjuangan Islam yg dipimpin oleh PAS dan kepimpinan ulamak dengan GAGASAN SEJAHTERA, kami yakin Islam pasti menang. Allahu Akbar!

Sekian, wassalam
15/8/2017. 14:20 (RUJUK DI SINI)


3 comments:

Anonymous said...

Elok2 Tun Razak satukan Umno dan Pas, masuk yg satu tu bukan saja pecah umno pas, malah umno pun terpecah.

Anonymous said...

Setelah sekian lama, Allah buka pekung mereka yg zalim.

Anonymous said...

Al Fatihah buat kesemua allahyarham mangsa tragedi Memali.. Orang Kedah tak pernah lupa tragedi ini walaupun dia kata Melayu Mudah Lupa..

 
Blogger Templates