Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, October 22, 2017

MAHFUZ OMAR SAKIT HATI, PAS KEDAH MENGGUGURKAN NAMANYA PADA PRU-14!!!



Mahfuz Omar dalam nada sinis berkata, dia berterima kasih kepada PAS kerana tidak lagi menamakannya sebagai calon pada PRU akan datang. Ini ekoran kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bahawa nama Mahfuz telah digugurkan daripada dicalonkan pada PRU-14 kerana kegiatannya bersama-sama Pakatan Harapan. 

Pakatan Harapan terdiri daripada PPBM, PAN, PKR dan diketuai oleh DAP. 

Walaupun PAS Kedah secara akar umbinya kelihatan sedikit berbeza berbanding di negeri-negeri lain kerana banyak kes di mana seorang ahli PAS berkongsi keahlian atau sokongan kepada PAN, namun keputusan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan PAS Pusat membabitkan putusnya hubungan antara PAS dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan terutama sekali DAP, dihormati oleh pucuk kepimpinan PAS Negeri.

Satu perkara yang sangat jelas di Kedah jikalau ditanya kepada ahli-ahli PAS terutama golongan yang aktif pada tahun-tahun 80-an dan 90-an, kebencian mereka kepada Dr. Mahathir masih lagi menebal. Ini adalah kerana mereka masih ingat bagaimana layanan buruk yang diberikan oleh pentadbiran Dr. Mahathir kepada ahli-ahli dan parti PAS sendiri. 

Sepanjang pentadbiran 22 tahun Mahathir, ada dua kejadian berdarah membabitkan ahli-ahli PAS. Tragedi paling diingati adalah Peristiwa Berdarah Memali tahun 1985 atau lebih tepat lagi pada 19 November 1985 apabila 14 orang penduduk kampung yang juga merupakan ahli-ahli PAS selain ketua mereka, Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya terbunuh. Turut terkorban dalam insiden tersebut adalah 4 orang anggota polis.

Mungkin tiada kaitan tetapi awal sebelum itu, iaitu pada 18 Januari 1985, ketika kempen Pilihanraya Kecil Padang Terap sedang berlangsung, satu lagi insiden berdarah berlaku di Felda Lubuk Merbau. Juga membabitkan ahli-ahli dan pemimpin PAS setempat. Lima orang cedera parah dan seorang lagi terbunuh iaitu Osman Talib yang merupakan AJK PAS Pusat. Ketika kejadian, Najib Abdul Razak yang merupakan Ketua Pemuda UMNO pada waktu itu sedang berceramah di Balai Raya Felda Lubok Merbau.

Ada beberapa insiden lain termasuklah Operasi Lalang, Operasi Kenari, dan pelbagai operasi yang dijalankan atas nama keselamatan negara tetapi lebih mensasarkan kepada PAS terutama sekali para pemimpin Dewan Pemuda PAS yang seringkali dilabelkan dan dikaitkan sebagai militan. 

Apa yang berlaku sepanjang pentadbiran Mahathir, tidak pernah dilupakan oleh orang PAS. Walaupun zaman telah berubah dan pentadbiran sekarang jauh lebih baik berbanding Mahathir, kebanyakan ahli PAS masih sangsi dan sentiasa beranggapan UMNO dan para pemimpinnya tidak boleh diberikan kepercayaan sepenuhnya selagi Mahathir masih di dalam UMNO.

Justeru apabila Mahathir dan anaknya mengetuai PPBM dan cuba mendapatkan sokongan daripada orang PAS bagi membolehkan DAP melantik PPBM untuk mengetuai pentadbiran negeri dan negara, PAS terus bersikap skeptik. Sikap dan dasar pecah-perintah oleh Mahathir menjadi penghalang kepada kerjasama yang amat diperlukan daripada PAS. Apatah lagi, Mahathir masih tidak dapat membuang kebiasaan lamanya. 

Mahfuz Omar pula dilihat amat kuat menyokong DAP dan Mahathir, walaupun dia masih berada di dalam PAS. Dalam sebarang kenyataan, sokongannya kepada DAP tidak pernah surut dan susut. Berbanding kenyataan-kenyataan keras terhadap partinya sendiri, ramai yang berkata, satu-satunya perkara yang menghalang Mahfuz daripada keluar dari PAS adalah Baiah Talaq Tiga.

Jadi, apabila Mahfuz menyatakan dia berterima kasih kerana PAS tidak menamakannya lagi sebagai calon pada PRU akan datang, kenyataannya itu bukanlah sesuatu yang menghairankan. 

"Saya mahu kata, terima kasih kerana tidak mencalonkan saya. Kalaupun PAS mencalonkan saya, saya tidak akan terima kerana saya tak mahu dilihat mengkhianati rakyat," katanya. (RUJUK SINI)

Mahfuz memberi alasan, dia terpaksa menolak pencalonan dari PAS kerana baginya, parti itu tidak serius dalam usaha untuk mengubah kerajaan dan hanya berkeyakinan untuk memenangi hanya 40 kerusi Parlimen. 

"Kalau saya menjadi calon untuk parti yang hanya mensasarkan 40 kerusi Parlimen, itu maknanya hanya memberi mandat kepada BN untuk terus memerintah," katanya lagi. 

Ditanya sama ada dia sedang berkira-kira untuk bertanding di bawah logo PAN, Mahfuz berkata, isu tersebut tidak perlu timbul buat masa ini. 


2 comments:

Anonymous said...

Kesian mahfuz hang kena tendang keluaq kan2, kik3

Anonymous said...

Padan muka

 
Blogger Templates