Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, October 19, 2017

SKANDAL KKLW-SHAFIE APDAL... AKHIRNYA SHAFIE DIPANGGIL SPRM UNTUK BERI KETERANGAN!!!



Ramai yang masih keliru dan kurang jelas berhubung skandal rasuah Shafie Apdal-KKLW yang menyaksikan lebih 45 orang telah disoalsiasat oleh SPRM dan ramai juga yang telah direman. 

Antara mereka termasuklah, Naib Presiden Parti Warisan Peter Anthony yang juga merupakan kontraktor merangkap ahli perniagaan berstatus jutawan yang telah lama dikaitkan dengan Shafie. Juga adik lelaki Shafie, Yusof Apdal yang merupakan ADUN Lahad Datu. Seorang lagi adik lelaki Shafie, Hamid Apdal turut ditahan bersama-sama menantunya. Ketua Pemuda UMNO Tenom Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Tawau Ariffin Kassim yang pernah bekerja dengan Shafie ketika di KKLW turut disoalsiasat dan direman. Seorang lagi ahli keluarga Shafie, Azis Jamman yang merupakan Ketua Pemuda Warisan turut ditahan. Selain itu, turut ditahan dan disoalsiasat adalah beberapa orang pegawai kanan KKLW dan ahli-ahli perniagaan. 

Berdasarkan laporan, dianggarkan lebih RM1.5 bilion telah disonglap dari RM7.5 bilion peruntukan untuk pelbagai projek di Sabah membabitkan pembekalan air bersih, elektrik dan pembangunan infrastruktur jalan. Dikatakan, Shafie selaku menteri akan 'memilih' tender-tender daripada projek-projek ini untuk dianugerahkan kepada syarikat-syarikat tertentu yang sebelum itu telah dijemput untuk membuat bidaan.

Wujud kepentingan dalam syarikat-syarikat tersebut. Jadi, apabila projek-projek yang diberikan gagal disiapkan atau langsung tidak disiapkan, bayaran tetap dibuat dengan kelulusan tidak sah menerusi beberapa orang pegawai kementerian. 

Pada tahun 2013, apabila Kementerian Kewangan enggan memberikan kelulusan kepada beberapa tender terpilih dan mahukan tender dibuat secara terbuka, Shafie yang pada waktu itu merupakan Menteri KKLW telah menulis beberapa pucuk surat rayuan untuk mendapatkan tender-tender terpilih itu. Apabila rayuan dan permintaannya tidak ditunaikan, maka tidak hairanlah apabila Shafie mula bercakap tentang salahlaku dalam kerajaan.  

Sebahagian orang bertanya, mengapa tindakan ini hanya diambil sekarang, dan bukannya ketika Shafie masih berada di dalam kerajaan?


Perlu diingat, sebahagian projek-projek tersebut dilaksanakan antara tahun 2009 dan 2015. Jadi, ia memerlukan tempoh dan ruang masa yang spesifik, selain memastikan sama ada projek-projek berkenaan telah diselesaikan dengan baik atau sebaliknya. Keputusan hanya boleh dibuat setelah mengambil kira tempoh kontrak berdasarkan spesifikasi dan kos.

Hanya setelah kegagalan semua perkara tersebut, barulah tindakan boleh diambil. Itu pun selepas SPRM menerima laporan dan memulakan siasatan. Dan itulah yang berlaku kepada Shafie dan kelompoknya. 

Dalam kes ini, selain pemimpin-pemimpin tertinggi Warisan, beberapa orang pemimpin UMNO juga telah ditahan. Sekaligus menunjukkan tindakan SPRM tidak berpilih-pilih, menyanggah tuduhan dan dakwaan pihak pembangkang kononnya SPRM pilih kasih dan hanya mengambil tindakan untuk menekan pihak pembangkang. 

Sesuatu yang menarik, projek-projek yang terbabit dalam kes ini terletak di kawasan-kawasan pedalaman Sabah yang merupakan kawasan orang paling susah di Malaysia. Kebanyakan daripada projek tersebut melibatkan keperluan asas. Sepatutnya mereka dibantu, bukannya peruntukan mereka dari Kerajaan Pusat disapu!

Kerajaan Pusat telah menyediakan peruntukan sewajarnya untuk golongan terbabit. Pembelaan telah dibuat, malangnya pada peringkat perlaksanaan, penyamun perompak pula yang datang. Justeru, adalah satu jenayah seandainya penyelewengan ini tidak disiasat dan dikenakan tindakan.

Tidak ada kena-mengena langsung dengan tindakan berpilih-pilih.


1 comment:

Anonymous said...

Isu air tu bukan ke salah design ke? Sapa konsultan?

 
Blogger Templates