Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, November 13, 2017

ISU TANAH DI MUKIM IJOK, AHLI PARLIMEN UMNO-BN DAN ADUN IJOK PKR, HANYA TAHU BESARKAN TELUR SENDIRI!!!



DUN Ijok terletak dalam Parlimen Kuala Selangor. Ahli Parlimen Kuala Selangor adalah Irmohizam Ibrahim mewakili UMNO-BN. Parlimen Kuala Selangor dirampas dari tangan Dzulkefly Ahmad yang ketika itu mewakili PAS dan merupakan penyandang pada PRU-13 tahun 2013. Irmohizam berjaya memperolehi undi majoriti 460 undi sahaja.

ADUN Ijok pula adalah Idris Ahmad dari PKR. Idris Ahmad pernah dinamakan sebagai calon Menteri Besar Selangor ketika krisis kepimpinan melibatkan penggulingan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Namun akhirnya Idris Ahmad yang disokong oleh PAS, terpinggir sebaliknya yang naik menggantikan Khalid Ibrahim yang berjaya digulingkan dengan bantuan DAP adalah Azmin Ali.

Isu tanah di Mukim Ijok masih berlarutan sehingga ke hari ini biarpun sudah mencecah hampir tiga dekad. Dari zaman Barisan Nasional sebagai pentadbir Negeri Selangor, tanah yang sepatutnya diserahkan dan dibangunkan oleh penduduk, akhirnya jatuh ke tangan pihak pemaju menerusi proses perundangan dan mahkamah.

Beberapa buah blog dan portal telah mendedahkan isu berkenaan. Selangor-leaks.com contohnya mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri yang menjual tanah yang sepatutnya diserahkan kepada lebih 200 orang penama. Turut didedahkan ialah proses mahkamah dan pampasan yang sepatutnya diterima oleh penama dan pewaris mereka. Selain itu portal berkenaan turut mendedahkan tentang pembabitan beberapa syarikat termasuklah yang dimiliki oleh penyokong kuat Dr. Mahathir, Khairuddin Abu Hassan yang mengancam akan menyaman sesiapa sahaja yang cuba mengaitkannya dengan tanah berkenaan.

Projek Bandar Alam Perda dan Tanah Revolusi Hijau sememangnya merupakan skandal tanah terbesar di Selangor. Peralihan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat pada tahun 2008 sehingga kini telah memburukkan lagi situasi berkenaan, malahan telah menghitamkan nasib para penama ke atas tanah-tanah yang dimajukan itu. (RUJUK SINI)


Sepatutnya ADUN Ijok dari PKR menjadi juara mengembalikan hak rakyat yang telah dirampas oleh Kerajaan Negeri pimpinan Azmin Ali. Apatah lagi ADUN Ijok, Idris Ahmad itu sendiri banyak bercakap tentang hak dan kuasa rakyat dalam usahanya untuk menjadi ADUN.

Atau Ahli Parlimen Kuala Selangor, Irmohizam Ibrahim yang mewakili UMNO-BN menjadi jurucakap rakyat khususnya mereka yang teraniaya dalam isu Projek Bandar Alam Perda dan Tanah Revolusi Hijau memandangkan ia membabitkan kawasan di dalam Parlimennya.

Malangnya, baik dari Pakatan, mahupun dari UMNO-BN, tidak banyak yang mahu bercakap isu tanah ini. Mereka seolah-olah telah memihak kepada pihak pemaju yang ramai juga tahu, mereka adalah pemodal dan pembiaya sebuah parti politik yang baru sahaja selesai pemilihan CECnya yang menyaksikan TIADA SEORANG PUN MELAYU-BUMIPUTERA dalam hierarki tertinggi kepimpinan parti.

Apa sudah jadi dengan KEBERANIAN MELAYU?

Kalau sesama sendiri, berpolitik sesama sendiri, bukan main hebat tetapi apabila membabitkan kepentingan rakyat, khususnya masa hadapan pemilikan hartanah, TIADA SESIAPA PUN termasuklah wakil-wakil rakyat yang dipilih berani bersuara?

Inikah cerminan nasib yang bakal menimpa rakyat Selangor apabila wakil-wakil rakyat mereka hanya tahu MEMBESARKAN TELUR SAHAJA?


No comments:

 
Blogger Templates