Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, November 16, 2017

KARTEL SUDAH BAGI AMARAN, HARGA IKAN, KERANG DAN SAYUR AKAN NAIK MENDADAK!!!



Walaupun pergantungan Malaysia, khususnya di Semenanjung kepada makanan laut domestik agak rendah berbanding import, namun penguasaan kartel ke atas pengedaran dan pemborongan barangan makanan amat kuat. 

Kartel sebenarnya tidak perlu memberikan sebarang alasan untuk menaikkan harga agar mengurangkan pembekalan ke pasaran. Mereka boleh berbuat sesuka hati apatah lagi pihak berkuasa khususnya KPDNKK terlalu takut untuk bertindak terhadap mereka. Dalam sebarang masa, KPDNKK akan mencari-cari alasan yang paling sesuai untuk mewajarkan tindakan kartel. 

Kartel menguasai segala-galanya, dari pemborongan sehinggalah ke pengedaran. Mereka membeli pada harga murah, kemudian menggunakan kuasa monopoli yang membabitkan pengangkutan dan berselindung di sebalik pelbagai persatuan, untuk menetapkan harga tinggi yang tidak boleh ditolak oleh pengguna. 

Pengguna di Malaysia sebenarnya tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan terpaksa menggunakan khidmat yang dipaksa oleh kartel ini.

Walau bagaimanapun, sama seperti perniagaan-perniagaan kapitalis lain, kartel di Malaysia masih lagi memberikan pelbagai alasan untuk mewajarkan tindakan mereka menaikkan kadar harga. 

Terbaru, beberapa kartel yang terbabit dalam industri perikanan memberi amaran, harga ikan dan hasil laut dijangka naik kerana alasan monsun dan musim tengkujuh. 

Walaupun sebahagian besar hasil laut yang digunakan oleh rakyat Malaysia khususnya di Semenanjung berasal dari Thailand dan Indonesia, manakala hasil-hasil laut Malaysia pula dihantar ke Singapura untuk dieksport ke negara-negara lain termasuklah Hong Kong, alasan monsun itu akan digunakan untuk mewajarkan kenaikan. 

Persatuan Nelayan Pantai Remis contohnya berkata, harga kembung akan meningkat antara RM5 dan RM10 sekilogram, manakala sardin pula akan meningkat dari RM4 kepada RM7. Koperasi Nelayan Kuala Sepetang pula berkata, kerana musim hujan, penangkapan ikan jatuh mendadah berbanding tahun-tahun lepas. Persatuan Nelayan Johor Selatan pula berkata, orang tengah atau pemborong adalah penyebab harga ikan meningkat semasa musim tengkujuh. (RUJUK SINI

Ironinya, harga ikan dan sayur di Singapura langsung tidak terjejas dengan musim tengkujuh seperti alasan yang diberikan di Semenanjung Malaysia. 

Sepatutnya pihak berkuasa mengeluarkan lebih banyak AP untuk mengimport lebih banyak hasil laut ke pasaran bagi menstabilkan harga, bukannya hanya menerima alasan-alasan yang diberikan oleh pihak kartel. Dan sepatutnya pasaran di Malaysia perlu lebih terbuka berbanding sekarang yang dikawal dan dimonopoli oleh kartel-kartel yang berselindung di sebalik nama persatuan.

Atau barangkali sudah sampai masanya pihak berkuasa didesak untuk mendedahkan kepada siapa AP dan permit diberikan?

No comments:

 
Blogger Templates