Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, November 23, 2017

KUASA DEMO PAN! DEMO 42 JAM, MINYAK TURUN HARGA, KADAR RINGGIT NAIK!!!



Sikit-sikit demonstrasi... tapi hasil demonstrasi, hanyalah menyusahkan pengguna yang lain.

Lain pula halnya apabila PAN buat demonstrasi 42 jam sehingga menyebabkan bukan sahaja harga minyak turun 8 sen, kadar Ringgit Malaysia berbanding Dollar Amerika Syarikat pun mengukuh.


Bayangkanlah kalau PAN buat demonstrasi secara berterusan selama berbulan-bulan, sudah pasti rakyat Malaysia bukan sahaja menikmati minyak percuma bahkan kerajaan perlu membayar rakyat bagi setiap liter penggunaan. Malahan rakyat Malaysia hanya perlu bekerja sekali dalam hidup kerana wang gaji sekali itu sudah boleh menampung hidup selama berpuluh-puluh tahun kerana nilai matawang Malaysia yang tersangat-sangat tinggi.


Tidak mustahil ramai yang akan percaya dengan cerita dongeng PAN dan demonstrasi 5 orang mereka itu telah menurunkan harga minyak dan menaikkan kadar Ringgit Malaysia walaupun pada masa yang sama, maklumat-maklumat bagaimana kaedah pengiraan harga apungan petroleum dikira  atau dijangka, boleh diperolehi dengan mudah. Atau bagaimana kadar Ringgit berbanding matawang-matawang utama lain berbeza-beza nilainya.

Apatah lagi dengan akidah dan kepercayaan yang sangat menebal bahawa apa-apa yang berlaku dalam negara ini adalah 'SEMUA SALAH KERAJAAN, SALAH UMNO dan SALAH NAJIB.'

3 comments:

Anonymous said...

Adoi.. senak perut pikior standard pihak sebelah ni.. bonyi hon bleh ubah harga minyak.. lawak tahap gaban

Anonymous said...

Pan mimpi ke apa ni..

Prince Righty 1 said...

Alhamdulillah. Lepas ni Pan berdemo je lah sana. Biar minyak free😂😂😂😂

 
Blogger Templates