Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, November 24, 2017

MAHATHIR TAK PUAS HATI APABILA ANAK-ANAK MUDA BERSIKAP SINIS TERHADAPNYA!!!



Benarlah seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang, Dr. Mahathir sebenarnya telah diberikan maklumat yang salah. Orang di sekelilingnya seringkali mengkhabarkan yang Dr. Mahathir amat-amat dikehendaki dan diperlukan oleh rakyat Malaysia, khususnya golongan muda yang tidak pernah hidup dan membesar pada zamannya. Apatah lagi dengan propaganda pada zaman Mahathir tentang pentadbirannya yang kurang disanggah serta tidak banyak pendedahan tentang pelbagai masalah pentadbirannya secara rasmi, maklumat yang diberikan kepada Dr. Mahathir oleh mereka yang terlalu bercita-cita untuk menjadi 'inner circle'nya, sama sekali bertentangan dengan realiti sebenar.

Pertemuan dengan anak-anak muda di dalam satu program membabitkan golongan tersebut, bukanlah kali pertama berlaku. Dan bukan juga kali pertama Mahathir dihadapkan dengan pelbagai soalan tentang kesalahan pentadbirannya.

Mahathir gagal menjawab setiap soalan yang dilemparkan kepadanya secara tuntas. Permasalahan seperti kehilangan wang negara sebanyak lebih RM30 bilion menerusi perjudian FOREX, cuba dialihkan oleh Mahathir menerusi pelbagai dalih dan jawapan balas.

Namun sesuatu yang tidak disedari oleh Mahathir dan tidak pernah diberitahu kepadanya ialah, golongan muda di Malaysia pada hari ini, bukan lagi golongan muda pada tahun-tahun 1980-an atau 1990-an. Generasi muda zaman kini yang lebih terdedah kepada GAYA HIDUP berbanding keperluan hidup, tidak lagi terpengaruh dengan cerita-cerita retorik tentang perjuangan bangsa atau memartabatkan negara menerusi ucapan semata-mata.

Sebaliknya majoriti golongan muda pada hari ini yang terdedah kepada pelbagai maklumat menerusi media sosial, terutama sekali Internet, selain kempen-kempen yang dijalankan secara berterusan selama bertahun-tahun oleh DAP khususnya, mempunyai cara pemikiran yang lebih kritikal dan sinikal.

Justeru apabila Dr. Mahathir menyatakan dia sedih kerana anak-anak muda tidak peduli dengan gaya pentadbiran Najib dan seperti enggan membantunya menggulingkan Najib, sebaliknya lebih banyak mempersoalkan tentang salah laku serta kleptokrasi yang diamalkannya sehingga menjadikan anak-anaknya kaya raya daripada kantung kewangan negara, Dr. Mahathir seperti baru tersedar, dia sudah terlanjur jauh. Kerja-kerja menggulingkan Najib yang dianggap sanga tmudah, rupa-rupanya tidak semudah yang disangka kerana kisah-kisah silamnya tetap dipersoalkan. Apatah lagi dalam setiap tuduhan yang dilemparkan, Mahathir tidak dapat menyertakan bukti dan hujah yang lebih baik sebaliknya terpaksa terus bergantung kepada persepsi dan teorinya, 'Melayu Mudah Lupa'.

Sesuatu yang mungkin tidak pernah terlintas di fikiran Dr. Mahathir dan para pengikutnya ialah, kebanyakan golongan muda berasakan dan menganggap 'kesusahan' negara sekarang adalah berpunca daripada pentadbiran 22 tahun Mahathir yang berjoli sakan menggunakan wang negara untuk kepentingan sekelompok kecil kroninya. Pemimpin-pemimpin yang mewarisi kepimpinan negara, tidak kira dari mana-mana parti sekalipun selepas Mahathir, terpaksa mencari jalan memulihkan kembali negara dan keluar dari kepompong syok sendiri.

Mahathir acap kali memberitahu bahawa Malaysia semasa di bawah pentadbirannya adalah salah sebuah Negara Harimau Asia. Sedangkan hakikatnya, Malaysia tidak pernah menjadi Negara Harimau Asia seperti yang didakwanya. Hanya 4 buah negara Asia diiktiraf sebagai Negara Harimau Asia berdasarkan pencapaian ekonomi mereka iaitu Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Korea Selatan. Malaysia hanya dianggap sebagai 'Anak Harimau' sahaja.

Kemuncak daripada masalah ekonomi dan struktur kewangan negara yang lemah adalah krisis kewangan pada tahun 1997. Walaupun Mahathir memberi alasan bahawa negara telah diserang oleh penyangak matawang yang diketuai oleh George Soros, tetapi pendedahan terbaru terutama menerusi maklumat RCI menunjukkan Bank Negara Malaysia berhadapan dengan masalah besar setelah terlibat dalam jual beli matawang Pound Sterling yang berakhir dengan kerugian besar, ditokok pula dengan pembabitan aktif BNM di dalam jual beli Forex .

Selama 22 tahun, Mahathir telah dimabukkan dengan kuasa dan cerita-cerita mitos yang dia sendiri cukup percaya!



3 comments:

Anonymous said...

Cukup cukuplah madey..

Unknown said...

Tun Mahadir memang sedih sebab anak-anaki muda ini diperalatkan untuk menyoal perkara-perkara yang berlaku 10 tahun sebelum mereka dilahirkan. Mengapa mereka tak amhu tanya, 'APA MASA DEPAN KAMI DI BAWAH PPBM atau PAKATAN HARAPAN'?????????????????????????????????????????
Ini lebih futurestik, bukan bincang WHAT HAS GONE BY yang takda kaitna dengan masa depan.
Kamu boleh mempergunakan anak-anak muda hingusan ini untuk mengorik cerita-cerita lama tapi orang dewasa yang menjadi pengundi hanya mementingkan MASA DEPAN. Kamu koreklah cerita lama forex, Memali, op-lalang, perwaja, proton or whatever. DO WE CARE.....?????
So, get lost to you.
Nak publish ke tak, I don't give a dam.
I have stressed my opinion and U read it.
Ini yang penting.
Walupun PPBM dibatalkan, kami takkan undi BN or UMNO.
Baik undi BEBAS, AMANAH atau DAP or PKR.

Anonymous said...

bersatu parti baru, ph pakatan baru.. tiada track record lagi. mmg kalau ditanya, jawapan2 yg indah akan ditonjolkan.. adat la tuu..
jd rekod hero2nya yg lalu adalah gambaran tentang profile sikap mereka dimasa depan..

 
Blogger Templates