Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, November 6, 2017

PULAU PINANG DI BAWAH GUAN ENG-DAP ADALAH NEGERI GAGAL, MUFLIS DAN NEGERI MUDAH BANJIR!!!



Penulis: AZMI ARSHAD

Dua jam sebelum Lim Guan Eng mengalirkan air mata penipunya, Kerajaan Persekutuan telah pun menggerakkan pasukan tentera untuk membantu mangsa-mangsa banjir dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri. Nasib baik Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Najib Abdul Razak tidak menunggu panggilan telefon daripada Lim Guan Eng.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Najib: 

Berkenaan banjir ini memang tak payah kerajaan negeri minta, kalau ada musibah walaupun kerajaan negeri pembangkang, kita memang bantu atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab kita." (RUJUK SINI)


Ketika ratusan orang terbabit secara langsung dengan operasi bantuan mangsa-mangsa banjir, ADUN DAP dari Seri Delima, RSN Rayer pula terlalu sibuk merakamkan gambar-gambar peribadinya serta selfie. 

Saya tidak tahu sudah berapa banyak peringatan dan nasihat diberikan, sesiapa sahaja yang melihat orang yang sedang memerlukan bantuan, mereka perlu membantu berbanding mengeluarkan telefon pintar dan merakamkan gambar, video serta yang paling teruk, berswafoto untuk dimuatnaik ke Facebook dan Instagram. Ya, material-material tersebut akan membuktikan dia telah turun melawat mangsa banjir dan berfungsi sebagai Wakil Rakyat sedangkan hakikatnya, gambar-gambar itu sendiri membuktikan dia sekadar mempromosikan dirinya. Apabila publisiti dan promosi diri lebih diutamakan berbanding membantu rakyat, bermakna memang tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan walaupun dia memberitahu dia sedang terlibat dalam penyaluran bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir.


Tiada apa-apa kritikan untuk kehadiran Wan Azizah dalam babak banjir itu KECUALI perlukah kipas di tangannya?

Mejar Huan pula benar-benar telah membalun Guan Eng termasuklah mendesak agar Guan Eng meletak jawatan. Kenyataan di FBnya wajar dibaca. (RUJUK SINI)

"Malahan, satu lagi aspek mengejutkan tentang bencana banjir ini ialah, parti yang mentadbir Pulau Pinang iaitu DAP sedang mengutip derma daripada rakyat Malaysia, kononnya bagi membolehkan mereka membantu mangsa-mangsa banjir Pulau Pinang! Saya  menyeru rakyat supaya tidak menderma kepada DAP memandangkan wang yang didermakan itu, akan disalurkan terus ke akaun parti. Sekiranya berbilion ringgit boleh hilang dari Kerajaan Negeri, jutaan pula boleh hilang dari akaun parti DAP. Saya menyeru mana-mana rakyat Malaysia yang mahu memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang, lakukannya menerusi agensi-agensi atau NGO-NGO yang lebih dipercayai. Jangan menderma menerusi DAP memandangkan Kerajaan Negeri sendiri pun telah terbukti hampir bankrap sehingga mereka perlu mengutip derma untuk membantu mangsa banjir." - Mejar Huan.


Saya bersetuju sepenuhnya dengan saranan Mejar Huan.

Sudah pastilah, simpati kita kepada semua yang terlibat dalam bencana banjir di Pulau Pinang. Ramai yang kehilangan harta benda dan kita mengharapkan kediaman mereka masih boleh diperbaiki. Doa dan harapan kita bersama-sama mereka serta golongan yang terlibat dalam misi menyelamat dan operasi penyaluran bantuan makanan.

Berapa banyak lagi kediaman dan nyawa yang harus dikorbankan sebelum DAP dihalau keluar dari Pulau Pinang?

AZMI ARSHAD


1 comment:

Johan said...

Ingat bagaimana LGE menghina kerajaan Kelantan sebagai tidak cekap, korup dan tidak peka alam sekitar dgn menebang pokok hutan.

 
Blogger Templates