Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, December 9, 2017

DAKWAAN FATHIA LATIFF ADALAH SERIUS DAN PERLU DISIASAT SERTA DIAMBIL TINDAKAN!!!



Seorang pelakon wanita yang beberapa minggu ini menjadi sasaran kecaman netizen kerana kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan 'menghiburkan' di Twitter, hari ini membuat satu lagi kegemparan.

Fathia Latiff yang diketahui amat pro-Mahathir, mendakwa dia telah diserang oleh seorang lelaki yang sangat dikenalinya. Bukan itu sahaja, lelaki itu turut memberi amaran akan menembaknya. Lelaki berkenaan juga didakwa telah membaling rantai dan mengenainya.

Kenyataan yang dibuat oleh Fathia menerusi Twitter itu merupakan sesuatu yang sangat serius, walaupun beberapa pihak berpendapat pelakon tersebut sekadar membuat kontroversi untuk mendapatkan publisiti murahan.

Ada beberapa perkara yang agak pelik menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Fathia sendiri.

Agak aneh, mengapa ada orang yang sanggup membunuh seorang artis wanita gara-gara tidak senang dengan tweet yang dibuatnya. Lebih aneh lagi ialah, mengapa Fathia langsung tidak membuat laporan polis sekalipun nyawanya terancam. Sedangkan pada masa yang sama, dia juga mendakwa, dia mengenali lelaki tersebut, bahkan tahu nama lelaki yang mengugutnya itu.


Dengan kata lain, tidak sukar untuk Fathia membantu pihak polis menangkap dan menahan lelaki tersebut yang boleh mengancam atau pun mendatangkan kecederaan kepada orang lain.

Berkenaan parang yang dibawa oleh Fathia dan diletakkan di belakang keretanya, boleh jadi pelakon wanita tersebut sekadar bermegah-megah... kita bersangka baiklah bab ni. Lainlah kalau dia mengakui, dia membawa pistol atau senjata api.

Walau bagaimanapun, tidak salah sekiranya PDRM didesak dan diminta untuk menyiasat dakwaan Fathia Latiff. Kalau benar seperti yang didakwa, lelaki yang dikenali dan diketahui namanya oleh Fathia itu perlu ditahan dan disiasat.

Namun sekiranya dakwaan Fathia adalah palsu dan sengaja direka-reka, wajar pula PDRM menahan dan menyiasat Fathia Latif kerana telah menimbulkan kegusaran awam.


No comments:

 
Blogger Templates