Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, December 10, 2017

DI SUNGAI YAN, MUKHRIZ JANJI AKAN HAPUSKAN GST KALAU DIBERI KUASA, TAPI TAK BERANI JANJI AKAN SERAHKAN KEMBALI HARTA NEGARA YANG DISAKAU SEMASA BAPANYA BERKUASA!!!



Antara satu kriteria yang terdapat pada kebanyakan orang politik adalah KEBOLEHAN UNTUK BERJANJI. Lebih hebat seseorang ahli politik itu, lagi menggunung janjinya. Lebih berazam untuk ahli politik itu mencapai maksudnya, lagi mustahil janji-janji yang dibuatnya.

Begitulah juga dengan Mukhriz, anak Mahathir yang tidak mempunyai bakat sebagai seorang ahli politik tetapi boleh dikatakan berjaya kerana naungan bapanya sehingga menjadi Menteri Besar Kedah walaupun dalam tempoh yang agak singkat dan dia tidak berbuat apa-apa untuk memperolehi jawatan berkenaan kerana segala-galanya dihidangkan dan diserahkan kepadanya.

Semalam, Pakatan Harapan telah mengadakan ceramah di market Yan, Sungai Yan. Lebih tepat lagi dalam Parlimen Jerai. Kawasan yang dianggap sebagai kubu kuat UMNO.

Sama seperti di Pendang, sambutan yang diberikan kepada Mukhriz Mahathir dan Mahfuz Omar agak hambar. Walaupun turut membariskan Akramsyah Sanusi Junid, Phahrulrazi Zawawi dan beberapa orang yang lain, kehadiran tetap tidak seperti yang diharapkan.



Keadaan di dalam khemah hanya dikuasai oleh kerusi-kerusi kosong berbanding manusia. Walaupun terdapat ramai di luar khemah, kebanyakan daripada mereka adalah penyokong dan ahli-ahli PAS setempat yang hanya mahu mendengar ceramah Mahfuz. Selesai Mahfuz berceramah, mereka berlalu meninggalkan tempat tersebut, sekaligus apabila tiba giliran Mukhriz, dia bercakap dengan kerusi kosong. 

Ramai yang berpendapat, program ceramah tersebut tidak mendapat sambutan memandangkan diboikot oleh penyokong dan pengikut Ketua Srikandi PPBM Yan yang telah keluar parti tempoh hari. PPBM Yan sedang berhadapan dengan pergolakan dan perpecahan yang agak teruk. Beberapa hari lepas pun, beberapa orang Ketua Srikandi PPBM bertindak mengisytiharkan diri keluar parti dalam satu majlis ringkas, biarpun pada masa yang sama, ada usaha-usaha sabotaj daripada kalangan penyokong setia Mukhriz.


Laporan kononnya seramai 400 orang hadir ke program ceramah tersebut, boleh dipertikaikan. Namun sesuatu yang lebih menarik ialah janji yang dibuat oleh Mukhriz Mahathir yang konon-kononnya berjuang bagi pihak rakyat. 

Mukhriz mengulangi gaya janji Anwar Ibrahim, hari ini Pakatan berkuasa, esok minyak turun. Hari ini, Mukhriz diberi kuasa, esok GST akan dimansuhkan!


Sebenarnya kalau Mukhriz benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan rakyat sepertimana yang diikrarkannya di dalam ceramah malam tadi, Mukhriz boleh sahaja melakukan sesuatu yang lebih mulia. Iaitu memulangkan kembali kontrak dan tender mewah pembekalan serta pemonopolian fiber optik yang diperolehinya secara 'tandatangan bapa' kepada rakyat dan negara. Malahan, apa-apa sahaja projek dan kontrak mewah yang diperolehi daripada Kerajaan sebelum ini menerusi ratusan buah syarikat miliknya, diserahkan kembali kepada rakyat, itu jauh lebih baik berbanding dia berjanji untuk memansuhkan GST. Projek-projek Kerajaan yang disakau oleh syarikat-syarikat milik Mukhriz sendiri bernilai berbilion-bilion ringgit. Itu belum lagi termasuk syarikat-syarikat yang dikuasai oleh adik beradik dan bapanya sendiri. Kalau digabungkan 488 buah syarikat tersebut dan semua penjarahan harta negara yang telah dilakukan dari semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sehinggalah isu 1MDB mulai timbul, sudah pasti jumlahnya jauh lebih banyak berbanding perolehan daripada kutipan GST. Bahkan rakyat dapat dikurangkan bebannya apabila kerajaan tidak perlu membayar konsesi mahupun royalti kepada syarikat-syarikat tersebut dalam angka yang sangat besar saban tahun. 

Malagnya, Mukhriz tidak berani langsung menyebut tentang hal tersebut!


1 comment:

Cencaluk said...

Tak payah poyo ler mukriz balik ajar anak kau tentang aurat dah hukum bercamput bukan muhrim apatah lagi dlm keadaan yang memalukan.

Tapi tak boleh nak salahkan mukhriz 100%. Kalau bapa borek anak rintik mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke spegatie. Dah bupak tak bagi isteri tutup aurat so tak leh salahkan mukhriz kalau isteri dan anaknya beroakaian menjolok mata dan tak bertudung.

 
Blogger Templates