Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, December 15, 2017

HELAH APA LAGI YANG AKAN DIBUAT OLEH GUAN ENG DAN PARA PEGUAMNYA UNTUK MENGELAK PERBICARAAN RASUAH PADA JANUARI 2018 NANTI?!!!



Mahkamah Persekutuan telah membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang berpihak kepada Lim Guan Eng sebelum ini apabila mengesahkan peruntukan dalam Akta SPRM, khususnya Seksyen 62.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 62 Akta SPRM yang mensyaratkan tertuduh menfailkan pembelaan sebelum perbicaraan adalah tidak sah.

Panel hakim lima anggota yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif semalam, secara sebulat suara memutuskan bahawa peruntukan itu adalah mengikut perlembagaan dan bukannya ultra vires dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pengurusan kes rasuah membabitkan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang - yang telah mencabar Seksyen 62 Akta SPRM - diadakan di Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang pada 10 Januari 2018.

Pada 7 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan peruntukan Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang menghendaki seseorang tertuduh memfailkan pembelaannya sebelum perbicaraan sebagai tidak sah dan terbatal.

Ketiga-tiga panel anggota yang diketuai oleh Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid sebulat suara bersetuju bahawa Seksyen 62 akta itu bercanggah dengan Artikel 5 (1) dan 8 Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 62 Akta SPRM menyebut bahawa apabila telah berlaku penyerahan dokumen oleh pihak pendakwa mengikut Seksyan 51A Kanun Tatacara Jenayah, tertuduh perlu menyerahkan dokumen berikut kepada pihak pendakwa sebelum perbicaraan bermula:

(a)Suatu pernyataan pembelaan yang menyatakan secara am jenis pembelaan dan perkara-perkara mengenai pendakwaan yang dibantah oleh tertuduh, dengan menyatakan sebab-sebabnya; dan (b)suatu salinan mana-mana dokumen yang akan dikemukakan sebagai sebahagian daripada keterangan bagi pembelaan.

Pada 30 Jun tahun lalu, Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Guan Eng, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam, iaitu ketua menteri Pulau Pinang, untuk mendapatkan keuntungan bagi diri dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan permohonan penukaran status tanah pertanian kepada kawasan perumahan awam di daerah barat daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Aras 28, Bangunan Komtar di George Town pada 18 Julai 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Guan Eng menghadapi tuduhan kedua iaitu menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan bagi dirinya satu lot tanah dan sebuah banglo di No 25, Jalan Pinhorn, George Town pada 28 Julai 2015 daripada Phang pada harga RM2.8 juta, harga yang didakwanya ketahui tidak sepadan dengan nilai pasaran bagi hartanah berkenaan iaitu RM4.27 juta.

Tuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. (RUJUK SINI




2 comments:

Anonymous said...

Pan ada peguam. Bolehlah bantu abg besar.

Anonymous said...

LEPAS NI LGE AKAN KE LUAR NEGARA ATAS BERBAGAI ALASAN. MUNGKIN DIA AKAN "MASUK HOSPITAL" UNTUK RAWATAN UNTUK MENGELAK HADIR KE MAHKAMAH...MACAM2 DIA BOLEH LAKU SAMA SEPERTI YANG ADA DIPENJARA BAMBOO RIVER...

 
Blogger Templates