Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, December 17, 2017

MINGGU DEPAN, NAJIB DAN ABDUL HADI AWANG AKAN BERSOLIDARITI DI PUTRAJAYA... PAN DAN DAP AKAN KUAT TOHMAH, PAS DAH KENA DEDAK UMNO!!!



Benar seperti yang dikatakan oleh Presiden PAS. PAS tidak boleh bergantung kepada ahli-ahli dan penyokong parti itu sahaja untuk menang, sebaliknya perlu mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi atas pagar termasuklah ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO.

Oktober lalu, Majlis Syura PAS menentang usul bekerjasama antara parti itu dengan UMNO dengan alasan, kerjasama tersebut akan melemahkan PAS.

Berbanding parti serpihan PAS iaitu PAN, kekuatan PAS yang mempunyai 195 Bahagian atau Kawasan di 222 kawasan Parlimen, tampak tidak terjejas walaupun PAS telah memutuskan hubungan dan kerjasama politik atau lebih dikenali sebagai tahaluf siyasi dengan Pakatan yang terdiri daripada PKR dan DAP.

Antara kelebihan PAS berbanding parti-parti lain ialah gerakan anak muda yang mendominasi akar umbinya. Malahan berbanding UMNO yang masih lagi membariskan kepimpinan yang sudah tua dan renta, PAS sudah mula mentransformasi dan meremajakan parti mereka semenjak beberapa tahun kebelakangan ini bertujuan untuk menarik pengundi-pengundi muda.

Nyata, aktiviti parti yang berterusan telah memberikan kesan yang lebih baik kepada PAS apabila rata-rata akar umbinya yang boleh dikerah secara sukarela, bahkan sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk kepentingan parti, adalah golongan anak muda. Terlalu berbeza berbanding UMNO!

Secara tidak langsung dan secara tidak keterlaluan, jikalau UMNO masih mengekalkan gaya dan taktik seperti sekarang, PAS akan mengatasi mereka dalam tempoh terdekat. Lebih-lebih lagi apabila PAS lebih banyak dibarisi dan dipimpin oleh golongan yang mempunyai latarbelakang akademik yang jauh lebih baik termasuklah golongan profesional.

Tidak seperti tahun-tahun 2013 dan sebelumnya, PAS kali ini lebih senyap walaupun gerak kerja mereka berterusan dan bersifat mikro. Sesekali PAS muncul dengan gerakan makro menerusi Fastaqim, Himpunan RUU355 dan sebagainya.

Kenyataan terbaharu yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, sebenarnya mempunyai signifikan yang amat besar. (RUJUK DI SINI)

Sudah pasti yang akan bertepuk tangan dan menyorak adalah puak-puak PAN dan DAP yang pada setiap masa melabelkan PAS sebagai pemakan dedak UMNO. Presiden PAS sendiri pun dituduh sebagai pemakan dedak Najib. Bahkan ditohmah kononnya telah dirasuah RM90 juta oleh Najib Abdul Razak hanya kerana PAS enggan bekerjasama dan menyediakan segala keperluan untuk DAP dan PKR seperti PRU-12 dan PRU-13.

Terbaharu ialah, pada minggu hadapan, Presiden PAS dijangka akan bersolidariti bersama-sama Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO untuk menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin yang sedang tertindas di Putrajaya.

Program tersebut dijangka akan dilangsungkan pada 22 Disember.

Dilaporkan Najib akan bersama-sama Abdul Hadi Awang untuk mengecam pengiktirafan Amerika Syarikat yang mengiktiraf BaitulMaqdis sebagai ibu negara, negara haram Zionis Israel. Keputusan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump itu telah mencetuskan kemarahan dan kecaman daripada umat Islam seluruh dunia.

Dalam perhimpunan tersebut, Perdana Menteri akan turut membangkitkan keputusan sidang luar biasa Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC) yang telah berlangsung di Istanbul berhubung perkara berkenaan.

Perdana Menteri sekarang masih berada di Manama dalam lawatan rasminya ke Bahrain.

3 comments:

Anonymous said...

Syabas...teruskan usaha utk kepentingan Islam

Anonymous said...

Umno dan pas .. Walau lain parti, tapi DNA tetap sama iaitu Islam. Org kafir dan org jahil je yg x suka Islam berkerjasama.

Anonymous said...

Depa makan dedak dap tak ckp pl duk ckp psl dedak org ja..apa pun tak boleh..

 
Blogger Templates