Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, January 23, 2018

BERAKHIRNYA SUMPAH RAJA BERSIONG: BALING SUDAH HAMPIR AKAN ADA KAMPUS UiTM... UMPAMA MIMPI MENJADI KENYATAAN!



Sebut nama Baling, ramai yang menjuih. Yang pastinya, ramai yang akan mengaitkan Memali, sebuah lokasi di mana berlakunya pertumpahan darah melibatkan penduduk kampung yang dilabelkan sebagai militan dengan anggota keselamatan yang sudah pasti diarahkan untuk melaksanakan arahan.

Baling adalah sebuah daerah yang terlalu kerap disinonimkan dengan kemiskinan dan kepapaan. Tiada apa-apa yang menarik di Baling selain modal untuk berucap, berceramah dan berkempen politik. Dalam cerita purbakala, Baling mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Raja Bersiong atau nama sebenarnya, Raja Ong Maha Perita Deria dengan beberapa tempat di kawasan tersebut turut dikaitkan dengannya.

Sudah terlalu lama Baling dipinggirkan dan tidak dipedulikan. Malahan imej Baling terlalu diburukkan seolah-olah ia adalah sebuah daerah yang telah dilupakan. Dan walaupun wakil-wakil rakyat silih berganti namun Baling kekal seperti yang dilihat walaupun Baling tidaklah sepedalaman dahulu.

Namun pada 19 Januari lalu, satu majlis taklimat di Dewan Seri Baling Inn, Jalan Bukit, Charuk Nau selain lawatan tapak UiTM Kampus Baling telah diadakan. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Baling dengan Kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Baling.

Seramai 35 orang yang terdiri daripada Pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Baling, kakitangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Baling, wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia dan wakil UiTM Shah Alam, Selangor telah hadir.

Antara mereka termasuklah,

(a) Dato Paduka Abdul Azeez Abdul Rahim, Ahli Parlimen Baling merangkap Ketua Umno Baling.
(b) Datuk Md Shuhaimi Abdul Rahman, Pegawai Daerah Baling.
(c) Zulkefly Alias, Setiausa Bahagian Pembangunan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
(d) Prof. Hj. Shahrul Zaman Mohd Salleh, Ketua Bahagian Hartanah UiTM Shah Alam.
(e) Ilias Shuib, Ketua Penolong Pegawai Tadbir (Pengurusan Tanah) Pejabat Daerah dan Tanah Baling.
(f) Aswad Md Isa, Jurutera Daerah JKR Baling.
(g) Azhari Mat Rasol, pegawai SADA Daerah Baling.

Dalam ucapannya, Abdul Azeez Abdul Rahim amat berharap KPT dan UiTM mempertimbangkan permintaannya agar kampus tersebut dibina di lokasi berhampiran Kampung Bandar. Ini adalah kerana selepas jalanraya Kupang-Grik dibina, pekan Baling dan kawasan kampung sehingga ke Batu 8, menjadi suram dan aktiviti ekonomi turut perlahan.

Kewujudan UiTM Kampus Baling akan menjana semula sosio ekonomi di pekan Baling dan kawasan kampung-kampung berhampiran. Selain itu, infrastruktur seperti jalanraya, bekalan air paip dan elektrik yang sudah dirancang untuk kampus tersebut, pastinya akan turut dinikmati oleh kawasan-kawasan sekitar.

Difahamkan, Perdana Menteri telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk pembelian tanah dan RM50 juta lagi untuk pembinaan kampus. Perdana Menteri sendiri akan hadir di Baling pada Mac 2018 untuk membuat lawatan kerja dan tinjauan.

Lokasi sebenar Kampus UiTM Baling masih lagi dalam perundingan apabila cadangan terbaru adalah pembelian sebidang tanah milik individu seluas 161.263 ekar berbanding tapak yang dicadangkan oleh UiTM di Kampung Teluk Teduri, Pulai, Baling yang dimiliki oleh 18 orang individu. Tanah di Kampung Bandar itu dimiliki oleh Meenachi Holding lebih dilihat sebagai strategik kerana kedudukannya dan lebih mudah berunding walaupun harga yang ditawarkan lebih tinggi.

Semoga dengan kehadiran Kampus UiTM Baling nanti akan memberikan wajah baru kepada Baling, Kupang, Siong, Badang, Kuala Ketil dan kawasan sekitarnya sehinggalah ke Labu Besar yang sebelum ini hanyalah merupakan kawasan-kawasan yang 'wujudnya hanya di atas kertas' tetapi tidak di bawah kepedulian!


4 comments:

Anonymous said...

hahaha..setiap kali nak PRU keluarlah uitm ni..5 tahun dah berlalu habuk pun tarak...
sampai pru 15 nanti pun cerita yang sama jg..jual minyak je..jom ubah

Anonymous said...

Wayang nk dekat pilihanraya. Bertahun2 baru dlm perundingan.good job

Anonymous said...

Wayang nk dekat pilihanraya. Bertahun2 baru dlm perundingan.good job

Anonymous said...

Baling kena sumpah dengan Raja Bersiong?
Tak pernah dengar pun!

 
Blogger Templates