Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, January 22, 2018

DI SEBALIK SABOTAJ DAN TEKANAN PKR SELANGOR, PAS TETAP BERJAYA ADAKAN FASTAQIM 2.4 DENGAN KEHADIRAN 5000 ORANG!!!



Jauh daripada publisiti atau promosi besar-besaran seperti yang sering dibuat sebelum ini, ternyata Fastaqim 2.4 yang dianjurkan oleh PAS Selangor tetap juga mendapat sambutan. Sasaran kehadiran seramai 5000 orang tetap tercapai pada jam 11:20 pagi, hanya 3 jam selepas program.

Fastaqim 2.4 telah diadakan pada 21 Januari 2018. Sepatutnya program tersebut diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor. Bagaimanapun, pada saat-saat akhir, pihak Majlis Daerah Kuala Selangor tidak membenarkan penganjuran program berkenaan. Alasannya, PKR turut menganjurkan program di tempat yang sama.


Akhirnya, PAS Selangor melangsungkan program berkenaan di Kompleks Sukan (Stadium Mini) JKR Seksyen 17 Shah Alam yang disempurnakan dan dirasmikan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Tekanan demi tekanan cuba dilakukan oleh PKR yang diketuai oleh Azmin Ali bagi mengelakkan PAS keluar daripada pakatan di Selangor. Sebelum ini, PAS telah memutuskan hubungan dan kerjasama politiknya dengan DAP malah dengan PKR pun. Bagaimanapun, kerajaan negeri yang dipimpin oleh Azmin Ali di Selangor masih tetap 'hidup' apabila PAS memutuskan untuk terus berada dalam kerajaan negeri sebagai mematuhi titah KDYMM Sultan Selangor yang mahukan semua pihak mengekalkan kestabilan politik negeri itu selepas hiruk-pikuk Selangor kerana cubaan mahu menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dan kemudian bertukar menjadi Langkah Kajang untuk Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor.


Apabila PKR tetap mematuhi perintah DAP yang mahu menyingkirkan PAS dan menggantikan kedudukan parti tersebut di dalam Pakatan dengan PAN, PAS akhirnya memutuskan hubungan dengan PKR pula. Azmin Ali melakukan pelbagai misi dan berusaha untuk memujuk PAS agar terus menyokongnya. Namun apabila pujukan demi pujukan tetap tidak melenturkan keputusan PAS untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru sekurang-kurangnya di Selangor, Azmin mula menggunakan taktik ugut dan gertak.

Difahamkan, kesemua peruntukan untuk ADUN PAS Selangor telah dibekukan mulai Januari 2018!


Dalam ucapan ketika merasmikan pelancaran jentera pilihanraya PAS Selangor ketika Fastaqim 2.4 itu, Presiden PAS berkata, PAS berhasrat mahu merampas Selangor dari tangan Pakatan yang sekarang ini diketuai oleh PKR dan DAP.

Katanya, walaupun kerajaan negeri yang akan dibentuk oleh PAS nanti akan mengutamakan pemimpin dari kalangan orang Islam, tetapi PAS tetap akan menyediakan ruang kepada pemimpin bukan Islam berada dalam kerangka kerajaan negeri sebagai wakil golongan itu.

"Ada wakil orang bukan Islam, bukan tak ada wakil tapi Islam memimpin. Ada Exco bukan Islam, ada menteri yang bukan Islam, ada urusan-urusan bukan Islam tapi dasar dan polisi negara mesti Islam. Ini fleksibel Islam. Keanjalan Islam. Di negara lain, kalau komunis yang memerintah, mesti orang komunis 100 peratus," katanya.

24 Ogos lalu, PAS Selangor mengumukan akan bertanding di sekurang-kurangnya 42 kerusi DUN Selangor termasuklah kawasan yang dimenangi oleh Azmin Ali dan Wan Azizah Wan Ismail.

Selangor mempunyai 56 DUN sehingga artikel ini ditulis.



PAS kini menjadi sasaran serangan dan hamburan caci maki oleh penyokong Pakatan. Selain daripada propaganda kononnya PAS ber'UG' dengan UMNO, Presiden PAS serta beberapa orang pemimpin muda PAS seperti Nik Abduh pula dituduh menerima 'dedak' daripada Najib Abdul Razak. Para penyokong dan ahli-ahli PAS dihina sebagai golongan pemakan dedak dan 'walaun' yang jumud, jahil dan tidak peduli dengan penyelewengan serta rasuah kerana dedak dan taksub. Sebaliknya ahli-ahli serta penyokong PAS dihasut serta digalakkan untuk menyokong PAN yang dianggap lebih aula kerana bekerjasama rapat dengan DAP serta PKR bagi membolehkan DAP menerajui negara ini sama ada secara langsung seperti yang berlaku di Pulau Pinang atau sebagai tok dalang seperti yang berlaku di Selangor.

Dan biarpun, PAS berulang-ulang kali menafikan mereka akan bersatu dengan UMNO malah mengumumkan bahawa PAS akan bertanding di 140 kerusi Parlimen pada PRU-14 nanti, namun para penyokong dan pemimpin Pakatan tetap menuduh, PAS akan bertanding untuk membolehkan UMNO dan BN menang di Selangor serta seluruh Malaysia!

Namun seperti Fastaqim 2.4 yang tetap juga berjaya diadakan meskipun cuba disabotaj oleh Azmin Ali serta PKR, para penyokong dan ahli-ahli PAS nampaknya tetap istiqamah dengan perjuangan mereka.


2 comments:

Anonymous said...

Tahniah Pas

Anonymous said...

Dah terdesak sangat PH ni sampai terpaksa hina Tuan Guru HH sampai begitu sekali.

 
Blogger Templates