IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Showing posts with label kamelia ibrahim shahrizat jalil. Show all posts
Showing posts with label kamelia ibrahim shahrizat jalil. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

KAMELIA MAKIN SAKIT TAPI DITUDUHNYA SHAHRIZAT YANG SAKIT!!!!

Sunday, April 1, 2012

Nampaknya Naib Ketua Wanita UMNO, Kamelia Ibrahim sudah pun mempunyai sekutu baru untuk menghentam Shahrizat Jalil, ketuanya sendiri. Dzn menariknya sekutu baru Kamelia Ibrahim itu pula adalah seorang Cina DAP yang sangat berbangga dengan Cina malah tidak segan-segan mempamerkan dia adalah Cina walaupun sibuk nak mengenakan mana-mana pemimpin UMNO dengan slogan MALAYSIAN FIRST, CHINESE SECOND!

Yang dimaksudkan dengan Cina DAP totok itu adalah Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Taiping juga seorang pencipta surah baru yang kemudian disambut takbir oleh pengikut PAS.

Kamelia mengulangi kata-katanya sebelum ini bahawa Shahrizat Jalil perlu melepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO kerana Shahrizat adalah 'sakit'. Seruan Kamelia yang sebelum ini tidak pernah muncul menjalankan tugasnya selaku pemimpin Wanita UMNO, kemudiannya disambut oleh Nga Kor Ming menerusi TWITTER dan kemudian menimbulkan persoalan, adakah seruan Kamelia kali ini akan disambut dan didengar oleh orang UMNO.

ngakorming Wanita umno No.2 Dato Kamilia hari ini tegas bahawa Sharizat adalah Ahli UMNO yg "sakit" & mesti ditinggalkan. Adakah Org UMNO akan dengar?

Bertuahlah nampaknya Kamelia yang dijangka akan dicalonkan oleh mentornya di Kuala Kangsar dengan bantuan yang diperolehi daripada Nga Kor Ming.

Bukan mudah untuk melihat wakil UMNO bekerjasama dengan mana-mana pemimpin DAP. Jadi, benarlah kata Kamelia yang Shahrizat sedang sakit dan dia pula sedang sihat kerana mendapat bantuan daripada DAP. Tentu Kamelia kembang-kembang hidung apabila Nga Kor Ming memberi sokongan moral kepadanya walaupun seperti yang diketahui, DAP tidak pernah berniat baik terhadap Malaysia, Melayu-Bumiputera dan Islam.

0 comments

Blog Archive

Labels