Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 31, 2015

AZMIN ALI PUTAR BELIT LAGI DAH... KERAJAAN NEGERINYA YANG JUAL TANAH DAN ASET KEPADA PIHAK ASING, KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG DIPERSALAHKAN!!!



Semalam, DYMM Sultan Selangor menegur Azmin Ali dan Kerajaan Negeri kerana bermain politik dalam isu air dan tanah.

Hari ini, Azmin Ali membuat kenyataan kononnya, Kerajaan Persekutuan sebenarnya yang mahu merampas tanah negeri Selangor kerana Kerajaan Persekutuan telah bankrap dan kehilangan banyak duit. Sebab itulah dalam isu penstrukturan air Selangor, Kerajaan Persekutuan tidak dapat menyelesaikan perjanjian dan aset tanah Selangor. (BACA SINI)

Secara terang dan jelas, Azmin Ali berputar belit, menipu dan cuba meletakkan kesalahan kepada Kerajaan Persekutuan dalam kegagalan Pakatan Rakyat memastikan bekalan air bersih terawat kepada pengguna di Lembah Kelang.

Sepatutnya Azmin Ali menerangkan bagaimana putar belit yang dilakukan dari zaman Khalid Ibrahim lagi untuk menjadikan projek Air Langat II sebagai projek kroni Pakatan Rakyat menerusi tuntutan agar segala kontrak dalam projek tersebut diserahkan kepada Kerajaan Negeri Selangor sebaik-baik sahaja mereka mengambilalih kerajaan negeri pada tahun 2008. Sepatutnya juga, Azmin Ali turut menerangkan bagaimana mereka mahu memastikan kroni mereka mendapat keuntungan besar bagi memudahkan penyaluran dana kepada parti menyerupai kegiatan laundering seperti yang berlaku dalam kontrak pembersihan sampah dan sisa pepejal.

Bukankah semasa Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh untuk menghapuskan Alam Flora daripada beroperasi di Selangor, pelbagai janji tentang kehebatan, penyelesaian dan penghapusan masalah sampah dan sisa pepejal telah dibuat. Tetapi sehingga sekarang, setelah 5 tahun berlalu, masalah sampah di seluruh Selangor masih tidak selesai-selesai bahkan semakin bertambah teruk walaupun sekarang ini dioperasikan oleh kroni-kroni Pakatan Rakyat sendiri.

Azmin Ali bercakap soal tanah... Sepatutnya juga Azmin Ali menerangkan tentang kuasa Kerajaan Negeri Selangor dalam hal tanah dan perjanjian yang memberikan kuasa kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk pengurusan tanah dengan bajetnya datang dari Kerajaan Persekutuan.

Azmin kata, Kerajaan Persekutuan mahukan tanah untuk projek Air Langat II.

Barangkali Azmin Ali ini sudah terlalu samdol sehingga tidak dapat berfikir secara waras. Projek apa yang tidak memerlukan tanah? Tanah Datum Jelatek yang diserahkan kepada pihak asing oleh Kerajaan PKR mengapa tak diperkatakan? Mengapa jualan tanah-tanah dan aset-aset Yayasan Selangor, Yayasan Basmi Kemiskinan, PKNS dan sebagainya kepada pihak asing, BERDAULAT SANGAT LER tindakan sebegitu?

Sedangkan penyaluran paip air dan stesen-stesen air yang tanahnya dipajak selama 45 tahun dianggap menjajah?

Ia samalah seperti kes PERAMPASAN TANAH orang Melayu di Kelang untuk projek Jambatan Ketiga Kelang yang kemudiannya dituduh JKR adalah milik kroni UMNO, sedangkan JKR negeri berada di bawah kuasa Kerajaan Negeri!

Bijak sangatlah mereka yang duk menyalak INI KALILAH! UBAH! KITA LAWAN! REFORMASI!?

Kata orang Perak, BIJAK BUAH PELIOR!!!


APA LAGI YANG LEBIH LAYAK MELAINKAN ADUN PAKATAN RAKYAT MEMANG BIADAP DAN TAK SEDAR DIRI!!!



Alasan mereka memakai pakaian serba hitam adalah untuk berkabung sempena kematian Lee Kuan Yew. Dengan alasan kematian Lee Kuan Yew, mereka berasakan sudah cukup halal untuk mereka menghina dan memperlekehkan DYMM Sultan Perak, yang buat kali pertama merasmikan sidang DUN Perak atas kapasiti baginda selaku sultan dan Ketua Negeri Perak.

Sama ada ADUN-ADUN Pakatan itu memang terlalu bangang kerana terlebih banyak makan daging babi bercacing pita, atau sememangnya mereka berniat jahat kerana berasakan mereka sudah terlalu kuat, tindakan mereka sebenarnya langsung tidak mengumpamakan para pemilih mereka sendiri.

Apa pentingnya Lee Kuan Yew kepada rakyat Perak?

Lee Kuan Yew bukannya pemimpin Perak. Bukan juga orang penting Perak. Bukan Orang Besar Perak. Malah langsung tidak bersangkut paut melainkan mempunyai kaitan sentimen kepada DAP yang masih tidak dapat mempercayai pemisahan Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 menyebabkan kegagalan Lim Kit Siang untuk menukar komposisi dan teras negara ini.

Gelagat ADUN-ADUN PR yang memakai pakaian serba hitam pada perasmian sidang DUN, menaikkan kemurkaan DYMM Sultan Perak. Baginda bukan sahaja enggan bergambar, malahan majlis santapan pun ditinggalkan baginda begitu sahaja.

Nizar Jamaluddin bagaimanapun dalam justifikasi pemakaian serba hitam menyatakan, ia adalah lambang solidariti kepada Anwar Ibrahim selain kemarahan kerana GST. Namun kenyataan Nizar Jamaluddin yang mudah dipergunakan oleh Nga-Ngeh itu, telah dijangka dari awal lagi.

Berikut adalah berita penuhnya:

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan semua Adun pembangkang berpakaian serba hitam pada Istiadat Pembukaan Dun hari ini sebagai biadab dan tidak menghormati institusi Diraja.

Zambry turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Adun pembangkang yang tidak menghormati Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang pada hari ini mencatatkan sejarah keberangkatan pertama baginda ke Dun selaku Sultan Perak ke-35 dengan mengenakan pakaian rasmi Sultan.

Menurut beliau, perbezaan yang wujud antara kerajaan dan pembangkang tidak perlu dipanjangkan sehingga ke tahap memalukan Sultan.

"Hari ini merupakan majlis istiadat pembukaan dewan yang memerlukan mereka) memakai pakaian seperti sebelum ini, tetapi mengapa hari ini jadi begini, apa pun alasan yang mereka berikan saya tidak terima sama sekali.

"Pembangkang memakai serba hitam melambangkan kematian, kesedihan, kegelapan dan berkabung," katanya kepada pemberita selepas istiadat itu hari ini.

Zambry berkata, tindakan biadab Adun pembangkang itu juga menyebabkan Sultan Nazrin menitahkan untuk tidak menghadiri sesi bergambar dan majlis santapan.

Ditanya adakah Sultan Nazrin Shah murka dengan tindakan Adun terbabit, menteri besar berkata: "Saya tidak berhak mengatakan Sultan murka atau tidak tetapi kita tahu tindakan tiada sesi bergambar dan sebagainya, kita boleh baca dan sangat mengejutkan baginda.

"Tuanku amat berharap sesi bergambar diadakan kerana pertama kali baginda dengan penuh bersejarah merasmikan Dun dan dalam titah ucapan, tuanku menyebut hari ini adalah pembukaan dewan yang bersejarah bagi baginda selaku seorang Sultan," katanya.

Beliau berkata, kemungkinan Adun pembangkang itu akan memohon maaf kepada Sultan Nazrin Shah atas keterlanjuran mereka tetapi perbuatan memakai pakaian serba hitam telah memperlihatkan sikap sebenar mereka.

"Rakyat akan lihat watak mereka ini... mungkin dia nak elak daripada isu lain, ini strategi mereka, tetapi janganlah sampai perkara yang tidak sewajarnya dipolitikkan turut dipolitikkan," katanya.

Sejumlah 26 Adun pembangkang tiba di perkarangan bangunan Perak Darul Ridzuan pagi tadi, secara berkumpulan dengan berpakaian serba hitam.

Terdahulu, pada sidang akhbar berasingan, Ketua Pembangkang Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata tindakan mereka memakai pakaian serba hitam antaranya sebagai tanda protes dan solidariti terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara.

Tindakan protes itu juga sebagai menunjukkan rasa marah atas kenaikan harga barang kini dan penguatkuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) esok. - Bernama

MENERJAH KEBODOHAN PECACAI DAP YANG CUBA MENFITNAH ROTI GARDENIA DAN SYED MOKHTAR AL-BUKHARY!!!



Puak-puak ini sudah lama geramkan dengan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Syed Mokhtar Al-Bukhari. Sebaliknya untuk pesaing Syed Mokhtar, Robert Kuok yang merupakan orang terkaya di Malaysia tetapi tidak tinggal di Malaysia, semua yang dilakukannya adalah betul.

Antara yang kerap menjadi sasaran adalah roti Gardenia. Suatu ketika dahulu sebelum kempen mereka dibalas dengan 'BUY CHINESE LAST', puak-puak berkenaan telah terlebih dahulu berkempen agar semua produk keluaran syarikat yang ada kaitan dengan Syed Mokhtar Al-Bukhari diboikot oleh pengguna-pengguna Cina. Sehinggakan Petronas yang tiada kena-mengena juga turut mahu diboikot.

Kali ini, admin Suara Rakyat, page Facebook yang sangat pro-DAP dan Anwar Ibrahim cuba melakukan fitnah ke atas Roti Gardenia tanpa mereka sedar yang mereka sebenarnya telah menunjukkan kebodohan dan ketidakfahaman dengan apa yang mereka tuliskan.

Mereka baru sahaja menyiarkan senarai harga Gardenia dan berkata, 'Dulu harga SST (10%) Gardenia Butterscotch RM3.82. BILA DAH GANTIKAN SST (6%) HARGANYA 'JADI MURAH' RM4.45... kan kan kan..."

Dan mereka pun menyiarkan gambar Syed Mokhtar dan berkata, kroni semakin kaya.

Nampak gayanya, orang Pakatan Rakyat memang suka mengambil kesempatan untuk menyebarkan pembohongan dan kebencian ke atas individu sasaran dan kerajaan.

Wahai SUARA RAKYAT YANG BODOH!

'WP' yang ditunjukkan pada harga tersebut bukanlah bermaksud harga sebelum GST dan RRP bukannya bermakna harga selepas GST.

WP bermaksud WHOLESALE PRICE (harga borong). Dalam bahasa yang lebih mudah, harga untuk pemborong dan RRP bermaksud, Recommended Retail Price' atau harga peruncit yang dikenakan kepada pelanggan.

Oleh kerana itu, harga Gardenia Butterscotch tidak meningkat dari RM3.82 kepada RM4.45 seperti yang difahami oleh otak udang admin SUARA RAKYAT. Sebaliknya harga RM3.82 adalah harga yang ditolak pemborong kepada peruncit yang dijangka mengenakan harga RM4.45 (termasuk GST) kepada pelanggan dengan profit margin RM0.42 sen + GST RM0.25.

Harga Gardenia Butterscotch, menjadi produk istimewa untuk diserang kerana ia melibatkan sekelompok pengguna dan dikenakan GST. Harga runcit sebelum ini adalah RM4.20 dan dengan GST 6% bermula esok, ia akan menjadi RM4.45.

Bagi orang kebanyakan yang tahu beza antara roti 'mewah' dan roti 'biasa', tidak akan terkesan langsung memandangkan harga roti 'biasa' Gardenia Original Classic 400g TIDAK AKAN MENINGKAT kerana GST. Ia dibeli runcit pada harga RM2.40 hari ini dan selepas GST dilaksanakan esok, roti tersebut masih lagi dijual pada harga RM2.40.

Inilah masalah kalau pencari besi-besi buruk tidak berpuas hati mengapa dia dan keluarganya tidak boleh beli kereta mercedez sebaliknya hanya mampu naik bas!!!

Lim Sian See

Monday, March 30, 2015

LAGI DRAMA PAS-DAP, TETAPI PAS KEKAL UNTUK TERUS BERSAMA-SAMA DAP TANPA CUBAAN FASAKH DAN MUFARAKAH!!!



Ibarat rumahtangga pasangan suami isteri yang bermadu, sedang bergolak dan sudah di ambang keruntuhan.

PAS bolehlah diibaratkan sebagai isteri yang bermadu suami. Suami pertama yang sangat garang, sangat dominan dan sangat bersifat memerintah adalah DAP, manakala suami kedua pula adalah PKR yang cuba untuk menyembunyikan hubungan terlarang berkongsi isteri dengan DAP, terpaksa bersilat ikut rentak DAP agar kudis tokak pada tubuhnya tidak ditunjal oleh DAP.

Di Kedah, DAP tak tolak PAS. Di Pulau Pinang, DAP halau PAS. Di Perak, DAP benci PAS. Di Johor, DAP nak kerjasama dengan UMNO untuk bentuk rumahtangga baru. Di Sarawak, DAP putuskan semua hubungan dengan PAS sebab PAS hanyalah janda hanyir yang sudahlah tidak cantik, lebam dan lembam pulak. Di Sabah, PKR bersama DAP baru petang tadi mengumumkan, mereka sudah tidak inginkan PAS dalam sebuah rumah tetapi masih berharap PAS akan terus membantu mereka melakukan serangan ke atas UMNO dan Barisan Nasional.


Di Selangor, DAP dan PKR yang cukup takut kalau-kalau PAS berpaling tadah, bersikap lebih lembut dan kurang menyerang. Dek kerana itulah, PAS seperti semulajadinya sebagai betina jalang yang lapar jantan, segera cuba melakukan pujukan dengan Pemuda PAS Kawasan Gombak mahu mengadakan tunjuk perasaan anti-GST di kawasan yang diketahui kubu kuat Azmin Ali kerana sokongan ahli-ahli PAS walaupun pada masa yang sama, Azmin Ali telah menyatakan bahawa PKR tidak akan menyokong hudud yang dibawa oleh PAS.

Begitulah PAS...

Walaupun ditunjal, walaupun diludah, walaupun dikeji dan disumpah seranah oleh PKR dan DAP, sedikit pun mereka tidak mempunyai maruah diri. Bagi mereka, yang penting, DAP dan PKR akan terus menyimpan mereka, bergilir-gilir menyetubuhi mereka dan bergilir-gilir memberikan kenikmatan yang kadar dan tahapnya berbeza-beza.


Disebabkan untuk menutup malu, UMNO dan Barisan Nasional yang tidak ada kena-mengena dengan Pakatan Rakyat dan usul hudud yang mahu dibentangkan oleh PAS, dipersalahkan dan cuba dijadikan kambing hitam. Bersungguh-sungguh PAS menyalahkan UMNO bagi mengiyakan tuduhan DAP bahawa pembentangan hudud di DUN Kelantan dan usul yang akan dibuat di Parlimen, adalah perbuatan UMNO manakala PAS pula sekadar menjadi pak turut UMNO yang telah terpedaya.




SELEPAS PEJABAT RAFIZI RAMLI DIGELEDAH, KINI SKMM DAN PDRM SERBU PULA PEJABAT THE MALAYSIAN INSIDER!!!



Ini berita terbaik yang diterima sepanjang hari ini....

Lebih kurang 10 orang pegawai dan anggota dari SKMM dan PDRM telah menyerbu pejabat The Malaysian Insider, portal berita milik Tong Koii Ong yang terletak di Petaling Jaya. Dipercayai, serbuan tersebut mempunyai kaitan dengan laporan yang cuba menfitnah Majlis Raja-Raja menerusi keputusan tentang hukuman hudud.

The Malaysian Insider cukup terkenal dengan berita-berita fitnah mereka selain provokasi yang dibuat ke atas pihak berkuasa. Bagaimanapun, sehingga kini, hanya amaran diberikan kepada mereka manakala tindakan perundangan tidak pernah dikenakan.

Sementara itu Portal MalaysiaKini melaporkan, serbuan tersebut susulan laporan TMI yang menyebut Majlis Raja-Raja Melayu menolak hudud.

Difahamkan editor kanan Lionel Morais, Amin Iskandar dan Zulkifli Sulong akan diambil kenyataan dan ditahan di lokap Balai Polis Jinjang di bawah Akta Hasutan.


Pada 25 Mac lalu, TMI mengeluarkan laporan mengenai mesyuarat Majlis Raja-Raja menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan Pas Kelantan bagi pelaksanaan hudud.

Pada hari yang sama, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan dengan menyangkal laporan TMI.

Jurucakap SKMM ketika dihubungi mengesahkan serbuan tersebut namun enggan mendedahkan sebab serbuan itu dilakukan.

Semalam, PDRM telah menyerbu Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya. Rafizi Ramli dan macainya cuba mensensasikan cerita tersebut kononnya, polis telah menyerbu, memecah masuk dan memaksabuka selain menggeledah, sedangkan Rafizi Ramli turut ada sekali dalam serbuan berkenaan. 
Polis Diraja Malaysia (PDRM) me­nyerbu Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya berhubung kenyataan Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli yang mengeluarkan surat arahan kepada penyokong-penyokongnya supaya keluar beramai-ramai bagi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.

Beliau memberitahu, serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 1 petang itu bagi mendapatkan bahan-bahan berkaitan bagi membantu siasatan berhubung kenyataan berbaur hasutan yang dibuatnya.

“Ketika serbuan, sebuah komputer, sepucuk surat pekeliling dan kenyataan media berkait satu perhimpunan haram di ibu negara dirampas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Zainuddin, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan ditahan mengikut Akta Hasutan 1948.

GURU PAS DI KELANTAN BARU TERSEDAR, DIA SUDAH TERBOCOR RAHSIA, CEPAT-CEPAT PADAM POSTING ANTI-GSTNYA DI FACEBOOK!!!




Seorang guru yang mengajar di SMK Bukit Jawa telah membuat posting awal tentang bagaimana dia terpaksa menutup gerainya di KB Mall yang telah dibukanya selama 10 tahun. Alasan penutupan adalah GST.

Untuk makluman, KB Mall terletak di Kota Bharu dan merupakan pemilikan salah satu anak syarikat kerajaan negeri. Kota Bharu terletak di Kelantan. Kelantan pula berada di bawah Kerajaan Negeri PAS semenjak tahun 1990.

Paling menarik ialah apabila Husam Musa, orang yang paling banyak membuat 'penemuan menggemparkan' di Kota Bharu dan Kelantan, termasuklah penemuan telaga minyak, turut menyambut posting berkenaan sebagai bukti betapa buruk dan zalimnya GST.

Para macai Pakatan Rakyat terutama sekali yang tegar menyokong DAP yang cuba melindungi kebuasan para peniaga DAP mengaut keuntungan besar, turut menggunakan posting tersebut sebagai bahan untuk mereka menyerang Kerajaan kerana implementasi GST.


Bagaimanapun, setelah terdedah, wanita berkenaan telah melupuskan posting tersebut. Dan lebih menarik lagi ialah, rupa-rupanya wanita itu bukanlah peniaga sepenuh masa, sebaliknya merupakan seorang guru!!!

Kakitangan awam rupa-rupanya di pengkomplen itu!

Pada ketika para guru kononnya tidak mempunyai banyak masa kerana terlalu dibebankan oleh kerjaya dengan sebahagian daripada mereka pula mengeluh kerana terpisah dengan suami atau isteri sehingga ada yang kononnya hampir bercerai, guru ini pula mempunyai banyak masa lapang untuk berniaga.

Apa yang ditulis oleh guru ini, sememangnya menarik perhatian daripada golongan yang cukup dikenali sebagai pemacai tegar DAP seperti di bawah tanpa dia sedar, posting berkenaan telah pun dilupuskan oleh penulisnya sendiri.




POTA MULA DIBENTANGKAN, PARA PEGUAM PAKATAN RAKYAT BAKAL HILANG AKAL SEBAB SUSPEK BOLEH DITAHAN SELAMA 59 HARI!!!



Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Rang undang-undang tersebut yang akan membolehkan pihak berkuasa melakukan tahanan pencegahan dibentangkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Suspek boleh ditahan sehingga 59 hari sebelum dibawa Lembaga Pencegahan Keganasan yang mana boleh dikenakan hukuman penahanan selema dua tahun.

Ekoran itu juga, tempoh penahanan juga boleh diperbaharui.

Bagaimanapun, lembaga itu mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada penahanan itu mempunyai asas dan mengarahkan individu itu dibebaskan jika perlu.

Akta itu juga mencegah penahanan daripada mengganggu mahkamah dengan matlamat untuk membuat permohonan semakan kehakiman atau habeas corpus.

Ahli lembaga terdiri darpada pengerusi, timbalan pengerusi dan antara tiga hingga enam menjadi anggota lemabaga, yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk berkhidmat selama tiga tahun.

Pengerusi memerlukan kelayakan undang-undang dan sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman di lapangan tetapi tidak memperincikan kriteria bagi anggota yang lain.


TAHNIAH 141 MELAYU KELANG KERANA ANDA DIHALAU SEPERTI ANJING KURAP DALAM KEADAAN SEHELAI SEPINGGANG SETELAH TANAH DIRAMPAS KERAJAAN PKR DENGAN KERJASAMA DAP DAN PAS!!!




Kira-kira 144 pemilik tanah di Kampung Sungai Bertek di sini kini dalam dilema apabila menerima arahan untuk mengosongkan kediaman masing-masing esok bagi membolehkan Projek Jambatan Ketiga Klang dilaksanakan.

Penduduk juga tidak berpuas hati apabila notis pengosongan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) itu hanya diterima mereka Khamis lalu.

Seorang penduduk, Afian Ahmad, 30, berkata, JKR ternyata tidak adil apabila notis bertarikh 23 Mac 2015 itu diserahkan lewat kepada mereka.

Malah dia mendakwa, ada penduduk tidak menerima secara terus sebaliknya diperolehi daripada pihak lain seperti jiran.

“Mereka seolah-olah mahu memaksa kami keluar dengan segera.

“Mana kami nak cari tempat tinggal lain dalam tempoh singkat ini,” katanya kepada pemberita selepas taklimat awam mengenai pelaksanaan projek berkenaan di sini hari ini.

Taklimat tersebut dianjurkan oleh JKR Klang, Majlis Perbandaran Klang serta Pejabat Tanah dan Daerah Klang.

Seorang lagi penduduk, Razman Abu Bakar, 65, memberitahu, taklimat berkenaan tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga semata-mata.

Ini kerana jelasnya, program tersebut tidak dapat menjawab sepenuhnya kemusykilan penduduk yang mahu tahu tentang pelbagai isu termasuk notis pengosongan pada saat-saat akhir.

Menurutnya, mereka yang tidak berpuas hati atau mahu mengadu tentang isu-isu tertentu hanya diminta berbuat demikian secara rasmi kepada agensi-agensi terbabit.

“Ini bukan isu ‘ikan bilis’ tapi tentang nasib kami yang kini sudah hilang tempat tinggal,” ujarnya.

Sehubungan itu, dia merayu kepada kerajaan negeri supaya menangguhkan arahan pengosongan rumah ke tarikh lain.

“Sekurang-kurang biarlah selepas hari raya supaya kami dapat menyambutnya dengan sempurna,” katanya lagi. (SUMBER)

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA MELAYU-MELAYU BERKENAAN.... UBAHLAH LAGI! INI KALILAH LAGI!!!


MAT SABU MAKIN DIKETEPIKAN BILA TUAN IBRAHIM SUDAH CUKUP PENCALONAN UNTUK MENCABARNYA... BIARPUN TUAN IBRAHIM PUN TAK SECERDIK MANA!!!



Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat pencalonan mencukupi untuk mencabar Mohamad Sabu bagi jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti itu Jun depan.

Menurut laporan sebuah portal berita pada Ahad, Tuan Ibrahim menerima pencalonan kedua apabila PAS Kawasam Kluang mencalonkan beliau untuk jawatan berkenaan.

Beliau menerima pencalonan pertama minggu lepas dari PAS Kawasan Kuala Kedah.

Seseorang calon memerlukan sekurang-kurangnya dua pencalonan untuk melayakkan mereka bertanding untuk sebarang jawatan.

Cubaan untuk mendapatkan reaksi Tuan Ibrahim berhubung pencalonan itu tidak berjaya.

Sebelum ini timbul spekulasi bahawa beliau berminat untuk mencabat Mohamad bagi jawatan nombor dua parti itu.

Sehingga kini Mohamad masih belum menerima pencalonan bagi membolehkan beliau untuk mempertahankan jawatannya.-mstar.



Dalam perkembangan terbaru, geng-geng PASMA yang diketuai Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad di Selangor, terhumban dan langsung tidak dicalonkan oleh PAS Kawasan Kelang dalam mesyuarat agong mereka malam tadi. Sebaliknya PAS Kawasan Kelang secara sebulat suara telah membuat pencalonan berikut: 

Presiden YB TG Dato Seri Abdul Hadi Awang
Timbalan Ust Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib YB Ust Dato Nik Amar Abdullah
Naib YBUst Nasruddin Hassan Tantawi
Naib YB Dato Iskandar Samad

AJK Pas Pusat YB Ust Idris Ahmad
AJK Pas Pusat Ust Riduan Mohamad Nor
AJK Pas Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil 
AJK Pas Pusat Ust Nik Zawawi Nik Salleh
AJK Pas Pusat Ust Nuridah Salleh
AJK Pas Pusat YB Dato Takiyuddin Hassan
AJK Pas Pusat YB Ust Dato Dr Khairuddin Aman Razali
AJK Pas Pusat Hj Razman Zakaria 
AJK Pas Pusat Dr Mohd Zuhdi Marsuki
AJK Pas Pusat YB Dr.Mohamad Fadzli Hassan
AJK Pas Pusat YB Ust Sallehen Mukhyi
AJK Pas Pusat Ust Mokhtar Senik
AJK Pas Pusat Ust Zaharuddin Muhammad
AJK Pas Pusat Kamaruzzaman Mohamad
AJK Pas Pusat Dr. Ali Akbar
AJK Pas Pusat Muhammad Sanusi Md Nor
AJK Pas Pusat YB Ust Abdullah Husin
AJK Pas Pusat YB Ust Nassuruddin Haji Daud

Justeru tidak hairanlah apabila puak-puak Anwarinas dan PASMA yang sebelum ini galak berkokok kerana di belakang mereka adalah DAP, tiba-tiba sahaja bertukar wajah dan suara. Kalau sebelum ini, masing-masing begitu berani dan angkuh menyatakan PAS tidak boleh membentangkan hukum hudud, sekarang sudah boleh. Kalau sebelum ini dikatakan, Hadi Awang perlu digulingkan, sekarang mereka sudah jadi penyokong Hadi Awang.

Paling ketara Husam Musa!

Yang terkontang-kanting sekarang tak berpenyokong adalah Mat Sabu, Ahmad Awang dan Phahrolrazi Zawawi.


HINA DAN ANTI LEE KUAN YEW, KERAJAAN SINGAPURA ISA KAN SEORANG REMAJA BERUSIA 17 TAHUN!!!



Di Malaysia, Pakatan Rakyat begitu membangkang dan bencikan Akta Keselamatan Dalam Negeri sehingga mereka menganjurkan demonstrasi dan pelbagai ancaman. Alasan yang diberikan ialah, negara sudah tidak mempunyai ancaman komunis lagi walaupun 'pengganas komunis' sedia ada bukan lagi berbaju khaki bertopi bucu lima dengan tampalan tiga bintang pada topi mereka dan membawa raifal warisan Perang Kedua, sebaliknya berpakaian kemas, bercampur dengan orang awam malah ada yang berkot dan menjadi Ahli Parlimen dan ADUN.

Bila Akta Keselamatan Dalam Negeri dilupuskan, terus negara jadi huru-hara dan berlaku peningkatan jenayah dan huru-hara politik seperti yang dihadapi sekarang. Fitnah dan tohmahan bermaharajalela dan kemudian mereka mempersoalkan pula mengapa PDRM mengambil tindakan undang-undang dengan menangkap mereka atas alasan mereka melakukannya kerana kebebasan bersuara dan berhimpun tanpa sedikit pun memperkatakan tentang dalam Artikel yang sama, wujudnya kuasa polis untuk menahan, membubarkan perhimpunan dan menguatkuasakan undang-undang larangan berhimpun.

Dalam banyak hal, DAP dan para balaci mereka akan membandingkan 'kemajuan dan progresifnya ekonomi serta kewangan Singapura' dengan Malaysia. Tetapi tidak pula mereka membandingkan penguatkuasaan undang-undang di Singapura yang sangat ketat bagi mengekalkan kemajuan dan progresif pencapaian negara kecil itu.

Ini sebagai contohnya yang tidak akan disebut oleh para macai dan pecacai Pakatan Rakyat.

Seorang remaja berusia 17 tahun yang pada minggu lepas telah memuatnaikkan video YouTube bagaimana dia meraikan kematian Lee Kuan Yew serta mengkritik kerjaya politik Lee Kuan Yew, telah ditangkap semalam. Dalam video berkenaan, dia telah mencabar Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long untuk menyamannya. Selain itu, dia turut membuat kenyataan sensitif berhubung agama Kristian.

Sekurang-kurangnya 20 laporan polis telah dibuat terhadap Amos Yee semenjak 27 Mac lalu sebaik-baik sahaja dia dipercayai memuatnaikkan klip video berdurasi lapan minit.

Semalam, seorang pembaca telah membuat satu lagi laporan polis ke atas remaja tersebut, dan kali ini membabitkan posting di blognya yang mengandungi bahan lucah. Klip video tersebut telah dikecam oleh netizen dan tiada lagi di saluran YouTube. Blognya juga telah disekat. (SUMBER)

Macam mana pula dengan di Malaysia?

Tidakkah anda hairan apabila orang yang sama, yang menentang dan mendesak penghapusan ISA, kini bertanya mengapa Kerajaan gagal menjana pendapatan untuk rakyat Malaysia?



NGA KOR MING SEDANG GIAT MELAKUKAN HASUTAN, MAHU MELAYU TERUS BERPECAH DAN POLIS TAKUT DENGAN ANCAMAN PEGUAM!!!



Nga Kor Ming patut disenyapkan!

Dari sehari ke sehari, dia merupakan antara pemimpin DAP yang paling banyak tweet, paling bising, dan paling kuat menghasut. Tidak cukup dengan itu, dia juga yang paling kuat melakukan fitnah selain berusaha menghalang pihak polis melakukan tugas-tugas mengamankan negara ini dengan ancaman saman dan sebagainya.

Semalam sahaja, dalam usahanya untuk mewujudkan kekacauan besar dalam negara ini, Nga Kor Ming telah menggunakan sekeping gambar lama dan membuat fitnah ke atas Rosmah Mansor. Modus Operandi DAP yang cuba mewujudkan sentimen kebencian mendalam ke atas Rosmah Mansor dan mendakwanya sebagai orang yang paling berkuasa di negara ini menerusi campurtangan dalam pentadbiran, berjaya menarik perhatian para pembenci dan mereka yang gagal menggunakan otak.

Nga Kor Ming mendakwa, Rosmah sengaja melibatkan dirinya dalam mesyuarat menteri-menteri kabinet. Gambar yang dipaparkan menunjukkan memang benar Rosmah ada di kalangan menteri-menteri kabinet selain Perdana Menteri.

Namun sesuatu yang tidak dapat diterima akal ialah apabila orang yang begitu pandai menghasut, CUKUP BANGANG dan tidak dapat membezakan antara bilik mesyuarat dengan bilik hotel!

Di dalam gambar berkenaan, amat jelas kejadian berkenaan berlaku dalam sebuah bilik sebuah hotel. Meja yang digunakan pula adalah meja makan. Menurut sumber, ia adalah lawatan Perdana Menteri di sebuah negara asing. Sudah menjadi kelaziman untuk Perdana Menteri dan isteri, menjemput menteri-menteri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang bersama-sama delegasi rombonganya untuk makan sekali.

Apakah meja makan di RUMAH PUTIH NGA KOR MING di Ipoh, meja makannya hanyalah sebuah meja makan plywood zaman tahun 1970-an? Kalau di rumah besar Nga Kor Ming sendiri harga meja makannya sahaja sudah mencecah ribuan ringgit, masakan bilik hotel yang digunakan oleh Perdana Menteri hanya berstatus standard dengan dua katil bujang atau sebuah katil bersaiz queen?


Nga Kor Ming turut menggunakan gambar Rafizi Ramli yang bergari dengan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo yang tidak bergari untuk menimbulkan kebencian dan persepsi negatif rakyat kepada perundangan negara. Kononnya ia adalah satu penindasan, kezaliman dan pilih kasih.

Bangang apakah orang yang sibuk bercakap tentang perundangan negara tetapi SECARA SENGAJA DAN BERNIAT JAHAT dengan mewujudkan persepsi sebegitu? Tidak dapatkah dia membezakan antara TAHANAN REMAN dan BUKAN TAHANAN REMAN?

Dalam kes berkenaan, Khir Toyo hanya dipanggil memberikan keterangan tetapi tidak direman. Manakala Rafizi Ramli pula dipanggil memberikan keterangan dan kemudiannya direman. Mana-mana orang yang direman, akan digari!

Bodoh jenis apakah Nga Kor Ming ini? Apakah sama seperti dia menuduh orang lain melakukan rasuah dan penyelewengan sedangkan dia yang hanya dua penggal menjadi Ahli Parlimen, mampu membina rumah besar yang dikenali sebagai RUMAH PUTIH IPOH dan mempunyai barisan kenderaan mewah, tidak mampu langsung menjelaskan sumber pendapatan dan kekayaannya yang menonjol secara tiba-tiba?



Sekeping gambar lama dengan dua kenyataan berbeza membabitkan pertemuan dan ziarah tidak rasmi antara Jamil Khir Baharom dengan Nasharudin Mat Isa dan Haron Din Al-Hafiz telah digunakan oleh Nga Kor Ming untuk membangkitkan kebencian kepada golongan pemimpin Melayu yang mahu mengekalkan ukhwah dan persaudaraan Islam. Nga Kor Ming dengan NIAT JAHAT DAN SECARA SENGAJA cuba menggambarkan bahawa HARON DIN AL-HAFIZ adalah seorang PENGKHIANAT yang perlu dinyahkan dan tidak wajar dipatuhi oleh ahli-ahli PAS walaupun dia adalah MURSYIDUL AM PAS yang merupakan jawatan tertinggi dalam parti berkenaan.

Nga Kor Ming memberikan isyarat bahawa sikap berbaik-baik antara para pemimpin UMNO-PAS merupakan sesuatu yang bersifat subversif. Para pemimpin UMNO-PAS tidak boleh berbaik-baik. Mereka mesti kekal bergaduh dan bergasak. Lagi teruk Melayu berpecah, itu adalah SANGAT BAIK bagi pandangan Nga Kor Ming.



Niat jahat Nga Kor Ming begitu ketara apabila dia cuba menakut-nakutkan Ketua Polis Negara dan PDRM secara keseluruhannya kerana menjalankan tugas mereka, dengan mengugut saman berjumlah jutaan ringgit akan dibuat kerana Ketua Polis Negara telah mengarahkan PDRM menguatkuasakan undang-undang dengan menangkap para pemimpin Pakatan Rakyat yang sengaja melakukan hasutan serta cuba mewujudkan ketakutan di kalangan rakyat dengan tindakan-tindakan agresif dan provokatif mereka.

Nga Kor Ming cuba menggambarkan bahawa para pemimpin Pakatan Rakyat dan pencetus provokasi adalah mereka yang tidak bersalah. Mereka berada di atas undang-undang. Mereka kebal daripada sebarang tindakan penguatkuasaan undang-undang.

Ketua Polis Negara dan PDRM secara keseluruhannya tidak boleh menyentuh mereka kerana mereka mempunyai barisan peguam-peguam yang akan menyaman Ketua Polis Negara, PDRM dan Kerajaan Malaysia sampai bankrap kerana dengan telah menangkap mereka ketika mereka cuba menghuru-harakan negara ini.

Nga Kor Ming juga cuba menjadikan orang Melayu sebagai pihak yang paling ke hadapan melawan dan menyerang pihak polis dengan memberikan pujian kepada seorang gadis Melayu bertudung yang sedang memaki hamun anggota polis yang sedang menjalankan tugas mengawal keamanan. Niat jahatnya terpampang jelas bilamana dia cukup giat menaikkan sentimen di kalangan orang Melayu untuk berbuat demikian dalam tulisan Bahasa Melayu manakala tulisan dalam Bahasa Cina pula, langsung tidak kelihatan cubaannya mengarahkan orang Cina menyerang pihak polis sebagaimana yang dibuatnya ke atas orang Melayu!

Seharusnya, Nga Kor Ming ini perlu dilayan secara penjenayah. Dia semakin lama semakin galak mencabar pihak berkuasa khususnya PDRM. Tweet serta posting-postingnya di Facebook, semakin lama semakin menyamai kempen subversif yang dilakukan oleh Pengganas Parti Komunis Malaya suatu ketika dahulu!!!



Saturday, March 28, 2015

MANA PERGI HABIS SEMUA AHLI KELUARGA ANWAR IBRAHIM DALAM DEMONSTRASI HARI INI?



Selalunya yang paling kalut hendak berdemo demi membebaskan Anwar Ibrahim adalah ahli-ahli keluarga Anwar Ibrahim membabitkan Wan Azizah, Nurul Izzah dan Nurul Nuha.

Memandangkan hari ini dikatakan himpunan terbesar yang akan memalukan Najib dan Rosmah serta Kerajaan Malaysia, sepatutnya ada ler kelibat Wan Azizah kalau tidak pun Nurul Izzah mahupun Nurul Nuha.

Malangnya, #kitalawan yang tidak mampu menghimpunkan jumlah besar pendemonstrasi sepertimana yang dijangkakan, turut tidak memperlihatkan kelibat Wan Azizah, Nurul Izzah mahupun Nurul Nuha. Kalau ada pun yang menyalak, cumalah para peguam pro-Anwar Ibrahim seperti Latheefa Koya dan N.Surendran serta Eric Paulsen.

Ada yang beritahu yang Wan Azizah dan anak-beranaknya 'lari' ke Turki untuk mendapatkan bantuan. Tidak pula diketahui, bantuan yang sebagaimanakah yang diperlukan, memandangkan pada tahun 2008, Turki pernah menolak permohonan bantuan daripada Anwar Ibrahim yang cuba melarikan diri dengan meninggalkan anak beranaknya setelah laporan polis dibuat oleh mangsa liwatnya.

Laporan polis itulah yang akhirnya menyebabkan pada 10 Februari 2015, 7 tahun kemudian, Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara selama 5 tahun. Ketika cuba mendapatkan bantuan daripada Turki, Anwar Ibrahim menerusi mulut Wan Azizah memberi alasan, ada pihak yang mahu membunuhnya. Justeru itulah, dia melarikan diri walaupun hakikatnya, sepanjang 7 tahun perbicaraan, tidak ada sekali pun ancaman keselamatan ke atasnya. Malah cubaan untuk membuktikan kebenaran ancaman pembunuhan itu menerusi kerosakan pada bahagian brek keretanya yang tidak digunakan, telah menambahkan lagi koleksi lakonan Anwar Ibrahim dan keluarganya yang tidak menjadi.

Atau barangkali juga ahli-ahli keluarga Wan Azizah sudah berasa malu kerana jumlah yang berdemonstrasi semakin hari semakin mengecil jumlahnya dan jumlah tersebut mengecil bukan secara perlahan-lahan, sebaliknya secara drastik!

Sebab itulah mereka tidak menunjukkan batang hidung, kut?

LU ORANG KIRA LU ORANG PUNYA HAK DEMO, HAK ORANG YANG BENCI DEMO TAK MAHU AMBIK KIRA?



Jangkaannya lebih kurang 5,000 penyokong ‪#‎KitaLawan‬ berjuang untuk membebaskan Anwar dari penjara atas kesalahan liwat bakal membanjiri pusat bandar Kuala Lumpur hari ini untuk 'meraikan' perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Najib Razak. Malangnya, jumlah tersebut tidak tercapai. Sebaliknya jumlah yang hadir terlalu hambar dan terlalu kecil setelah 8 orang pemimpin mereka ditahan polis lebih awal.

Rombongan itu sepatutnya berhimpun di Dataran Merdeka, Masjid Jamek, dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, dan berkumpul di Sogo sebelum menuju ke arah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada pukul 4 petang di mana PM Najib mengadakan majlis perkahwinan untuk anak perempuannya.

Antara tetamu kehormat akan menghadiri sambutan itu ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah; Raja-raja Melayu; Negeri Yang di-Pertua Negeri; Menteri Besar; Ketua menteri; Menteri Kabinet; Timbalan menteri; pegawai-pegawai kanan kerajaan; ahli politik; tokoh korporat dan pemimpin masyarakat.

Juga dijadual menghadiri adalah orang kenamaan asing dan pemimpin termasuk Presiden Indonesia, Jokowi dan Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth Chan-ocha.

Dan ini adalah sebab mengapa Polis mahu menghentikan perhimpunan ini.


Mengapa Pakatan Rakyat sentiasa melakukan perkara-perkara yang tidak mulia seperti mengganggu perkahwinan seseorang dan cuba memalukan negara kita di hadapan tetamu antarabangsa kita - semua kerana mahu membela peliwat yang disabitkan oleh 8 hakim yang telah memutuskan dia bersalah atas jenayah yang dia didakwa.

Kesabaran saya berjalan sangat nipis sekarang untuk orang-orang seperti ini dan saya tidak lagi rasa simpati yang Rafizi (yang sakit kerana Asid Reflux - mungkin dari makan berlebihan), Hishamuddin Rais, Mat Sabu dan Tian Chua telah ditahan dan direman.

Orang-orang ini adalah gila dan bodoh. Sila hantar banyak banyak Black Maria.

Ya, mereka mempunyai hak untuk membantah tetapi anak perempuan Najib mempunyai hak untuk mempunyai perkahwinan yang tidak diganggu, tetamu beliau mempunyai hak untuk menikmati makan malam pada majlis perkahwinan dan rakyat Malaysia mempunyai hak untuk tidak malu di peringkat antarabangsa oleh sekumpulan bodoh dan gila yang berjuang untuk peliwat yang dihukum.

JOM BANTU POLIS CAMKAN MUKA-MUKA PENDEMONSTRASI #KITALAWAN DAN PENGACAU MAJLIS PERKAHWINAN ORANG NIH!!!

video
Semalam, Ketua Polis Negara mengumumkan dan mengarahkan agar kumpulan #kitalawan diberkas dan tidak dibenarkan membuat sebarang demonstrasi di mana-mana tempat setelah insiden memukul dan menumbuk seorang anggota penguatkuasa DBKL berbangsa Melayu membabitkan dua orang ADUN PKR iaitu Chang Lih Kang dan Tan Ka Heng yang merupakan ADUN Teja dan ADUN Simpang Pulai.

Bagaimanapun, hari ini demonstrasi #kitalawan tetap juga berlangsung sekalipun hambar dan tidak cukup orang. Mungkin ada masalah-masalah tertentu yang tidak boleh dielakkan membuatkan tiada tangkapan di tempat kejadian hari ini sekalipun demonstrasi tersebut melakukan perarakan yang menyusahkan pengguna jalanraya.

Oleh kerana itulah, kita mahu MEMPROMOSIKAN dan MEMPUBLISITIKAN SEBAHAGIAN daripada puak-puak pendemonstrasi #KITALAWAN yang berlangsung siang tadi.

Ini adalah sebahagian daripada mereka....







WARGA INDONESIA YANG DATANG SEHELAI SEPINGGANG, KINI BERUMAH MEWAH, SEDANGKAN RAKYAT MALAYSIA KEKAL DI RUMAH KOS RENDAH CIKAINYA!!!



Ketika sebahagian besar rakyat Malaysia lupa diri di mana mereka berpijak dan bagaimana mewahnya persekitaran mereka sedang merungut dan tidak berpuas hati, beberapa perkara yang sepatutnya mereka teladani, terlepas pandang. Sekaligus membuktikan bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia adalah golongan manja yang mahu makan bersuap, bahkan makanannya turut dikunyah dan dihadamkan oleh kerajaan dan untuk mereka hanya mahu merasai kekenyangan dan kesedapan makanan itu sahaja.

Tulisan panjang lebar Lim Sian See ini wajar diberikan perhatian dan difikir-fikirkan:

Saya membaca artikel ini dengan penuh minat di mana warganegara Indonesia yang telah bermastautin di Malaysia selama beberapa dekad (dan telah memperolehi kad pengenalan merah atau status PR) telah membeli sebuah rumah kos rendah berharga RM25,000 dan kemudian berbelanja sebesar RM500,000 untuk mengubahsuainya selama beberapa tahun.

Ia berlaku di Johor dan anda dapa melihat dengan jelas bagaimana rumah-rumah di persekitarannya, masih berkeadaan sama seperti rumah kos rendah sebelum itu, manakala rumah miliknya pula tersergam megah.

Artikel itu juga menyatakan, warga Indonesia berkenaan telah mencapai kejayaan kerana 'hasil kerja keras yang tidak pernah putus-putus'.

Penulis turut berkata, ketika rakyat Malaysia merungut tentang GST dan menyalahkan kerajan untuk semua perkara dan kerana kononnya tidak menolong rakyat, warga Indonesia tersebut yang langsung tidak menikmati sebarang 'pertolongan' daripada kerajaan, terus bekerja keras dan sekarang mampu pula mengupah dan menggaji warga tempatan sebagai pekerjanya.

Persoalannya, sekiranya warga Indonesia itu tidak mendapat bantuan daripada kerajaan kita boleh mencapai kejayaan, bagimana RAKYAT MANJA MALAYSIA langsung tidak boleh mencapai kejayaan yang sama, sebaliknya mengharapkan Kerajaan akan terus membantu mereka dengan menyumbat terus perut mereka dengan makanan. Tidakkah pelbagai bantuan dan kemudahan telah disediakan oleh Kerajaan kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu?

Warga Indonesia itu pastinya tidak banyak merungut tentang GST 6% yang bakal berkuatkuasa dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi kerana dia sudah maklum yang negaranya telah mengenakan GST sebanyak 10% semenjak 33 tahun lampau.

Malangnya, ramai rakyat Malaysia yang turun ke jalanraya, menghadiri ceramah, membuat pelbagai posting dan komen tidak masuk akal di Facebook tentang GST dan menyalahkan segala-galanya atas kerajaan, ibu bapa mereka serta segala benda yang lain kecuali diri mereka sendiri, sedangkan orang asing pula bekerja kuat untuk menikmati dan mengambil kemewahan di negara ini.

Tiada mana-mana pihak termasuklah Kerajaan yang menghalang sesiapa pun daripada menjadi kaya dan berjaya, sama ada dalam bentuk material mahupun spiritual. Malahan kerajaan telah menyediakan pelbagai skim untuk membantu dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk berjaya, tetapi malangnya, yang wujud akhirnya adalah kelompok besar rakyat Malaysia yang kuat merungut dan menyalahkan pihak lain.

Rakyat Malaysia sepatutnya kurang merungut sebaliknya lebih kuat bekerja, lebih berani untuk berhadapan dengan risiko untuk mencapai kejayaan. Bayangkanlah bagaimana rakyat Indonesia yang datang ke sini dengan sehelai sepinggang, menyelinap dalam segala hutan bakau dan menggunakan bot pancung untuk masuk, tetapi akhirnya mereka berjaya membina kejayaan, baik di negara yang mereka tumpang mahupun di negara asal.

Seperkara lagi, kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai perangai suka mengambil kredit kejayaan kepada diri sendiri sekalipun kejayaan mereka itu adalah hasil bantuan kerajaan yang berjaya mewujudkan persekitaran yang kondusif selain program-program yang banyak membantu, tetapi pada masa yang sama, menyalahkan orang lain terutama sekali kerajaan sekiranya mereka gagal.

Malah TONY PUA sendiri pun banyak mendapatkan bantuan serta projek dan geran daripada inisiatif MSC ketika dia memulakan sarikatnya, tetapi kemudian apabila syarikatnya gagal, dan dia tidak lagi berniaga serta menyertai politik, KERAJAAN JUGA YANG DIPERSALAHKAN!!!


LIM SIAN SEE



JOM TENGOK MUKA TERBARU RAFIZI RAMLI, YANG KONONNYA BERJUANG UNTUK RAKYAT, TETAPI SEBENARNYA BERJUANG UNTUK KARTEL!!!



Hanya orang bodoh dan tidak waras sahaja yang beranggapan, Rafizi Ramli adalah pejuang rakyat. Hanya mereka yang cukup bebal dan nanar sahaja akan menerima segala tutur kata Rafizi Ramli dan menelannya sebagai satu kebenaran, kerana apa-apa sahaja yang didedahkan oleh Rafizi Ramli sebenarnya adalah satu cubaan untuk memporak-perandakan negara ini. Tiada niat baginya untuk menambahbaik pengurusan mahupun pentadbiran negara ini.

Kalau benar dia pejuang rakyat, Parlimen Pandan sudah tentu jauh lebih baik dan menjadi contoh kepada Parlimen-Parlimen lain di seluruh Malaysia. Sebaliknya Parlimen Pandan yang diwakili oleh Rafizi Ramli kalau bukan kerana perancangan Kerajaan Negeri Barisan Nasional sebelum tahun 2008, kalau bukan kerana khidmat terbaik daripada bekas Ahli Parlimennya, Ong Tee Keat, sudah pasti ia tidak lebih baik dari pekan Danok atau Sungai Golok di seberang sempadan di utara Semenanjung.

Malangnya, sudah berkali-kali Rafizi terbukti bekerja untuk orang lain. Dia telah ditugaskan untuk terus membodoh-bodohkan rakyat Malaysia. Dan dia ditugaskan untuk menimbulkan pelbagai isu yang bagi si bebal dan si bodoh serta si gila terima sebagai realiti.

Semoga LAKNAT ALLAH TAALA KE ATAS RAFIZI RAMLI DAN PARA PENYOKONGNYA diberikan hidayah ke jalan yang benar!!!

Jom kita tengok muka si penyangak dan pengkhianat bangsa ini setelah dia ditangkap.


Pejuang kununnnn...

Masa kena tangkap kerana kes BAFIA mukanya pucat lesi dan dia menggigil-gigil ketakutan. Tetapi dia dibebaskan dan sampai ke hari ini, kes BAFIAnya masih tidak disebut di mahkamah, menjadikan isu yang sangat penting dan kes yang amat nanang beratnya kerana bersangkutan dengan kepercayaan luar kepada keselamatan kewangan di negara ini terancam, paling lama untuk dibawa ke tengah.

Sebaik ditangkap semalam, Rafizi terus jadi tak sihat. Tetapi berdasarkan gambar yang dirakamkan, dia tersenyum ketika melantak daging ayam KFC bersama-sama COCA-COLA dalam apa yang dipanggil oleh para penyokongnya sebagai KEKEJAMAN PIHAK POLIS.


Friday, March 27, 2015

HARAP-HARAP ADA LER TAHANAN SELOKAP RAFIZI RAMLI YANG AJAR, BUKAN MULUT DAN LIDAH DIA SAHAJA YANG LINCAH!!!



Patutlah penggulungan perbahasan tentang 1MDB, tidak dihadiri oleh Rafizi Ramli dan Tony Pua. Rupa-rupanya Rafizi Ramli sudah mencium berita bahawa sempena Ulangtahun Hari Polis Ke-208, tindakan lebih tegas akan diambil oleh PDRM ke atas penghasut-penghasut sepertinya.

Berita penangkapan Rafizi Ramli sudah pun tersebar. Disebarkan sendiri oleh orang-orang Rafizi Ramli. Pihak polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi lagi. Tetapi orang-orang Rafizi menyatakan Rafizi telah ditangkap di pejabatnya dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi atas tuduhan hasutan.

Menurut PKR sendiri, beberapa nama bakal disenaraikan sebagai orang kena tuduh dalam tempoh yang terdekat ini. PDRM dilihat bergerak lebih tegas untuk berhadapan dengan puak-puak yang kuat menghasut dan menfitnah yang selama ini begitu bebas melakukan perbuatan tersebut.

Golongan seperti Rafizi Ramli seharusnya diletakkan dan dikurung bersama-sama suspek jenayah berat yang melakukan pembunuhan kejam, rogol dan liwat. Mereka tidak harus dibezakan hanya kerana mereka menghasut dan menfitnah memandangkan jenayah yang mereka lakukan jauh lebih besar dan berat berbanding membunuh mahupun merogol dan meliwat.

Layan penjenayah dengan penjenayah. Selagi dilayan lemah lembut seperti sekarang, mereka bukan sahaja pihak kepala, bahkan muka kita pun mereka injak-injak dengan telapak kaki!!!


MALAYSIAKINI KHABARKAN PERMOHONAN WAN AZIZAH UNTUK PENGAMPUNAN ANWAR IBRAHIM DITOLAK LEMBAGA PENGAMPUNAN!!!



Lembaga Pengampunan telah melupuskan (disposed) petisyen dari keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia nampaknya bukan satu berita baik untuk ketua pembangkang itu.

Bagaimanapun, peguam Anwar N Surendran tidak mahu mendedahkan apa keputusan tersebut, sementara menunggu pengesahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Rabu.

Ketika ditemui, Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh memberitahu pemberita petisyen itu telah dilupuskan (disposed), dan dengan itu, kedudukan perlembagaan adalah jelas mengenai perkara itu.

Tambahnya, afidavit yang dibuat oleh Ketua Pengarah Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon.

Ketua pengarah adalah sebahagian daripada urusetia Lembaga Pengampunan, yang dipengerusikan oleh Yang di-Petuan Agong.

Dengan ini, permohonan Anwar untuk mendapatkan pengampunan mungkin ditolak dan akan menjalani hukuman lima tahun penjara selepas disabitkan atas tuduhan liwat.

Ini juga bermakna bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh yang diwakilinya akan diisytiharkan kosong tidak lama lagi.

Keputusan itu disampaikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Asmabi Mohamad dalam kamar, yang kemudian menetapkan Rabu ini untuk pengesahan lanjut.

Hari ini pada mulanya ditetapkan untuk mendengar permohonan Anwar untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman bagi menghadiri sidang parlimen yang berakhir pada 9 April. (MALAYSIAKINI)


Thursday, March 26, 2015

BAGHAL JENIS APA PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS NIH? YANG DISIBUKKAN UMNO, RAMAI PEMIMPIN PAS YANG TOLAK HUDUD TU, TAK NAK TANYA?



Hari ini, Mahfuz Omar diarahkan keluar Dewan apabila terus mendesak dan marah apabila pada 11 Mac dalam Majlis Raja-Raja, Kerajaan tidak membawa usul hudud ke dalam mesyuarat tersebut. Kata mereka, Kerajaan atau lebih tepat lagi UMNO memungkiri janji dalam JawatanKuasa Teknikal Hudud.

Baghal apa agaknya Mahfuz Omar dan Ahli-Ahli Parlimen PAS dalam kes ini?

DUN Kelantan hanya luluskan Enakmen Undang-Undang Syariah (II) Kelantan pada 19 Mac. Majlis Raja-Raja bermesyuarat pada 11 Mac.

Bukankah sehingga 11 Mac, malah sampai sekarang pun, di kalangan PAS dan Pakatan Rakyat sedang bercempera kerana tidak menyokong dan menentang hudud?

Kenapa nak salahkan UMNO dan Kerajaan kerana tidak membawa usul hudud ke Majlis Raja-Raja dan mengamuk apabila mendapat tahu ianya tidak dibawa ke persidangan tersebut?

Takkanlah UMNO yang mendahului PAS sedangkan yang benar-benar memperjuangkan isu hudud adalah PAS?

Sepatutnya Mahfuz Omar dan Ahli-Ahli Parlimen PAS yang keluar Dewan kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan bahawa isu hudud tidak dibawa dalam mesyuarat Raja-Raja, lebih sibukkan dengan para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri yang sedang menentang Hudud dan PAS selain memastikan DAP akur dengan rancangan hudud PAS, bukannya menentang seperti sekarang.

Lagipun, PAS adalah rakan sekutu DAP, bukannya rakan sekutu UMNO. Yang Mahfuz nak mengamuk tu pasai apa?

Macam mana nak usulkan isu hudud dalam mesyuarat Raja-Raja pada 11 Mac sedangkan DUN Kelantan baru meluluskannya pada 19 Mac. Berselang 8 hari. Kalau berselang 8 jam pun,tak boleh mendahului, apatah lagi 8 hari.

Sepatutnya selepas DUN, isu tersebut dibentangkan di Parlimen. Keputusan di Parlimen, barulah dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja, bukannya terbalik dan songsang sana sini.


Mahfuz dan Ahli-Ahli Parlimen PAS ni cerdik ke tidak? Ke sebab kalut sangat nak cover penentangan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan DAP, selain mahu menuduh UMNO menentang hudud untuk mudah dipersalahkan, walaupun pada 19 Mac, UMNO Kelantan telah terbukti menyokong dengan sokongan sebulat suara berbanding Husam Musa yang lari kononnya ke Turki tetapi setelah 'ditangkap' berceramah di PRK DUN Chempaka pada malamnya sehingga memaksa esoknya dia hadir sidang DUN?

Nampak sangat kerja-kerja bodoh ini didalangi DAP yang cuba mengelak daripada dipersalahkan kerana menentang kuat hudud. Nampak sangat Ahli-Ahli Parlimen PAS itu cuba menyembunyikan pendalangan dan jenayah DAP terhadap hudud dengan cuba menjadikan UMNO dan Majlis Mesyuarat Raja-Raja sebagai kambing hitam mereka.

Dah boleh baca dah!!!


INGAT LIM KIT SIANG ATAU GUAN ENG SAJA BOLEH HALAU PAS, HARON DIN PUN BOLEH LA HALAU DAP!!!



Lim Guan Eng uji kekuatan DAP dalam PAS. Dia keluarkan kenyataan, halau Hadi Awang keluar dari Pakatan Rakyat. Tak halau PAS keluar dari Pakatan Rakyat sebab kalau PAS keluar, Selangor akan jatuh ke tangan gabungan UMNO-PAS yang memiliki 27 kerusi DUN campur kerusi bebas Pelabuhan Kelang yang disandang oleh Khalid Ibrahim.

Jadi, sebab itulah, DAP tak berani halau PAS atau bersegera memutuskan hubungan dengan PAS. Sebaliknya Lim Guan Eng sekadar halau Hadi Awang bagi memudahkan penggantian jawatan Presiden PAS dengan calon yang ditaja oleh DAP.

Bila Lim Guan Eng buat ujian sebegitu, segera disambut oleh para pemimpin PAS yang cenderung kepada DAP seperti Mat Sabu. Pujukan dibuat agar kononnya Lim Guan Eng tarik balik maki hamunnya ke atas Hadi Awang. Ada pulak yang kata, halau Presiden PAS samalah dengan menghalau PAS.

Jadi, para penyokong Hadi Awang, kendurlah sekejap kerana mereka melihat PAS bersatu semula dengan para pemimpin yang kuat menyokong DAP, sanggup menyanggah Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang serta mempertahankan Presiden mereka.

Hakikatnya, jarum hasutan Lim Guan Eng berjalan lancar. Selangor dapat diselamatkan dan kedudukan Presiden PAS sekarang, terancam.

Barangkali kerana melihat senario yang tidak begitu menguntungkan PAS, maka Mursyidul Am PAS, Haron Din menjelaskan kepada DAP dan Lim Guan Eng bahawa kata-katanya tentang memutuskan hubungan dengan Hadi Awang bermakna, menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat walau sesiapa pun yang akan digunakan oleh DAP sebagai calon Presiden PAS pada pemilihan akan datang.

“Adakah pada saat seperti ini ketika kita semua mahu perbaiki semua keretakan, tiba-tiba DAP buat kenyataan yang meluaskan retak itu? "Memutuskan hubungan dengan presiden mengisyaratkan kepada PR akan berpecah," katanya.

Haron menekankan, bukan PAS memulakan masalah keretakan di dalam PR.

"Tidak fahamkah DAP yang presiden ialah sebahagian dalam parti, dan parti merupakan sebahagian presiden. Jadi, mana mungkin dipisahkan? Kalau tidak mahu berhubung dengan presiden, nak berhubung dengan siapa?

“Parti di bawah arahan presiden. Amat pelik tindakan DAP itu. Kita nampak isyaratnya ialah ke arah itu (berpecah).

"Apa maknanya kalau putus kepala kalau ekor tidak putus? Putus kepala maknanya mati, ertinya habis,” tambah beliau.

Haron dilaporkan turut mempersoalkan kewajaran tindakan DAP itu yang seperti mahu mengajar PAS dan mengarahkan parti itu menukar presiden jika mahu terus kekal dalam pakatan pembangkang.

HADI AWANG KATA, WAN AZIZAH TIDAK LEBIH DARI SEKADAR BURUNG KAKATUA YANG TAK TAHU APA YANG DICAKAPNYA!!!


19 Mac, Wan Azizah dengan penuh yakin memperkatakan tentang Fiqh Al-Awlawiyat, Maslahah Ummah dan Maqasid Syariah dalam usahanya meyakinkan DAP bahawa PKR mempunyai cara menolak hudud yang tidak akan membangkitkan kemarahan para penyokong Melayu-Islam, dan pada masa yang sama, berjaya pula menggunakan elemen agama untuk memperdayakan ahli-ahli PAS yang tidak begitu faham tentang fiqh siyasah melainkan sebagai burung kakatua yang mengulang-ulang kata ustaz masing-masing.

Hari ini, iaitu 26 Mac, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang membelasah Wan Azizah dan menyifatkan Wan Azizah sebagai burung kakatua yang tidak faham, tidak mengamalkan dan tidak mendalami apa yang dituturkannya, melainkan semata-mata berdasarkan skrip.


Suatu ketika dahulu, telah didedahkan bahawa Wan Azizah sebenarnya tidak tahu apa-apa sebaliknya sekadar bertindak sebagai burung kakatua yang membacakan skrip yang telah dikarang oleh Anwar Ibrahim. Wan Azizah seringkali terbabas atau out-of-date daripada maklumat terkini.

Samalah seperti dia membela suaminya, Anwar Ibrahim walaupun pada masa yang sama, dia tahu tentang segala bukti dan fakta yang tidak langsung dapat disanggah oleh belasan orang peguam upahan Anwar Ibrahim. Dia masih menyatakan suaminya difitnah dan sekarang menjadi tahanan politik di Penjara Sungai Buloh walaupun sebenarnya Anwar Ibrahim adalah BANDUAN JENAYAH LIWAT.

Tak lama dulu, Wan Azizah dikatakan sebagai burung kakatua, para pengikut PKR, mengamuk sampai mencakar-cakar tanah. Sekarang, Presiden PAS pula kata Wan Azizah burung kakatua... nak kata apa?

DAP BIJAK MENGATAKAN HUDUD LANGGAR PERLEMBAGAAN, MALAYSIAN MALAYSIA DAP TU TAK LANGGAR PERLEMBAGAAN?


Mengata orang, dia yang lebih.

Hudud kalaupun diluluskan, hanya dilaksanakan di Kelantan. Hanya dilaksanakan kepada umat Islam. Dan hukum hudud itu masih lagi di bawah kuasa Mahkamah Syariah tanpa sedikit pun melibatkan masyarakat bukan Islam.

Lim Kit Siang berkata pelaksanaan rang undang-undang kanun jenayah syariah hudud di Kelantan akan mencabul Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963.

Macam ni, senang cerita... KEPALA BAPAK KAU LER APEK PUAKA!!!!

Dari tahun 1965 sampai sekarang, MALAYSIAN MALAYSIA yang diperjuangkan oleh DAP yang merupakan sinambungan daripada perjuangan Lee Kuan Yew-PAP tu, jadahnya apa?

Tak langgar Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian Malaysian 1963?

Bukankah terang-terang MALAYSIAN MALAYSIA DAP itu mahu memansuhkan Artikel 152, Artikel 153, Artikel 10 membabitkan Islam, Artikel 11 membabitkan penyebaran agama lain kepada umat Islam, Artikel 3 pada menyatakan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan Artikel-Artikel lain yang berkaitan Melayu, Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan Agama Islam serta adat-istiadat Melayu?

Hudud melanggar perlembagaan atau Malaysian Malaysia sebenarnya yang lebih mendatangkan kemudaratan kepada Melayu-Bumiputera-Islam di negara ini? 


Wednesday, March 25, 2015

MAJLIS RAJA-RAJA SUDAH MURKA SAMA THE MALAYSIAN INSIDER, TAPI PORTAL ZIONIS ITU SEDIKIT PUN TAK KESAL!!!



Berita pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh The Malaysian Insider, portal yang dimiliki oleh Tong Koii Ong dan George Soros, orang yang didakwa mempunyai kaitan dengan serangan ke atas matawang Ringgit Malaysia dan serangan berterusan ke atas 1MDB sebagai cara memastikan keuntungan besar tetapi pada masa yang sama dapat menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional, (RUJUK DI SINI), mula didedahkan. The Malaysian Insider telah melakukan fitnah besar yang sepatutnya membuatkan keseluruhan pengurusan, pentadbiran dan tenaga produksi The Malaysian Insider serta entiti-entiti berkaitan berhadapan dengan natijah undang-undang.

Hari ini sahaja, The Malaysian Insider membuat dua fitnah besar membabitkan Majlis Raja-Raja Melayu dan ucapan Perdana Menteri yang membabitkan Akta Hasutan.

The Malaysian Insider telah menfitnah Majlis Raja-Raja kononnya Majlis Raja-Raja telah menolak hudud PAS Kelantan sedangkan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung pada 11 sehingga 12 Mac lalu langsung tidak membincangkan tentang hudud Kelantan.

Satu kenyataan Penyimpan Cop Mohor Raja-Raja Melayu menafikan fitnah The Malaysian Insider boleh dibaca DI SINI.



Pejabat Perdana Menteri (PMO) turut mengeluarkan kenyataan menafikan fitnah yang dibuat oleh portal berkenaan membabitkan Akta Hasutan yang dikatakan oleh The Malaysian Insider sebagai akan diperkukuhkan oleh Najib untuk mencegah keganasan ATAU dengan kata lain, The Malaysian Insider cuba menggambarkan bahawa Perdana Menteri akan menggunakan Akta Hasutan 1948 sewenang-wenangnya untuk menyingkirkan musuh-musuh politiknya - sesuatu yang mahu dilakukan oleh Anwar Ibrahim jikalau berjaya menjadi Perdana Menteri!

Pada petang tadi juga Pejabat Perdana Menteri Malaysia mendedahkan bahawa Malaysian Insider langsung tidak memberi memberi sebarang maklum balas atau reaksi kepada permintaan mereka supaya membetulkan laporan yang tidak benar mengenai ucapan Perdana Menteri.

Tiga hari lalu, Pejabat Perdana Menteri telah menghantar nota bantahan dan memohon pembetulan dibuat ke atas laporan Malaysian Insider yang menyebut Perdana Menteri Mohd Najib Razak menyatakan “Akta Hasutan diperlukan bagi menghalang pengganas.”

Sebaliknya ucapan Perdana Menteri yang sebenar ialah, “Akta Hasutan diperkukuhkan kerana mengutamakan keharmonian antara kaum dan agama.”

Namun permintaan Pejabat Perdana Menteri untuk membuat pembetulan tersebut langsung tidak diendahkan oleh Portal berita ini. (BACA SETERUSNYA DI MYKMU.NET)

Kesalahan yang dilakukan oleh portal berita milik Tong Koii Ong itu amat serius dan benar-benar mengancam keselamatan negara. Portal berkenaan telah menjadikan fitnah dengan niat jahat semata-mata untuk memastikan negara ini hancur dan mudah dikuasai oleh pihak-pihak tertentu.

Pihak berkuasa, khususnya SKMM dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Dalam Negeri seharusnya bertindak secara lebih agresif untuk memastikan gejala negatif yang dibawa oleh The Malaysian Insider dibanteras secepat mungkin memandangkan The Malaysian Insider berada di bawah jurisdiksi mereka!!!

Walaupun Lee Kuan Yew mungkin dibenci oleh ramai orang terutama sekali orang Melayu dan Islam, tetapi pendiriannya bahawa UNDANG-UNDANG PERLU DIKUATKUASAKAN AGAR UNDANG-UNDANG TERLAKSANA, perlu dipraktikkan di negara ini. Bukan dengan sikap lemah lembut, lembik dan sangat takut dengan suara-suara tekanan Peguam-Peguam Majlis Peguam dan Pakatan Rakyat seperti yang berlaku sekarang!!!


 
Blogger Templates