Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, December 31, 2015

ADUN DAP PANDAI PINJAM, TAK PANDAI BAYAR HUTANG... KINI TAKUT DAN MINTA POLIS TOLONG LINDUNG DIA DARIPADA PEMUNGUT HUTANG!!!!



Seorang ADUN DAP di Pulau Pinang membuat laporan polis ekoran bimbang akan keselamatan dirinya yang kini diburu pemungut hutang selepas dikatakan gagal melunaskan pinjaman sebanyak RM200,000.

Difahamkan, wakil rakyat lelaki berusia 35 tahun yang memenangi kerusi negeri dalam Parlimen Tanjong dalam pilihan raya umum ke-13 itu membuat laporan polis pada Selasa selepas beberapa kali menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menuntut hutangnya sejak Isnin lepas.

Sumber berkata pusat khidmat ADUN itu di Jalan Free School, di George Town turut didatangi dua lelaki pada Selasa bagi menuntut hutang yang dipinjam wakil rakyat berkenaan.

Katanya berdasarkan siasatan awal polis mendapati peniaga berusia 37 tahun yang memberi pinjaman kepada ADUN itu mendakwa mereka mengenali antara satu sama lain sejak tahun 2012 dan beberapa kali memberi pinjaman kepada wakil rakyat berkenaan.

"Lelaki yang merupakan pemilik sebuah kedai pajak gadai itu mendakwa memberikan pinjaman wang tunai beberapa kali dan paling banyak RM150,000 pada tahun lepas iaitu bagi menampung kos pembinaan sebuah projek perumahan yang dijalankan ADUN berkenaan dengan seorang ahli perniagaan di negeri ini.

"Semua urusan pinjaman itu dibuat di pusat khidmat ADUN itu bagaimanapun tiada sebarang dokumen perjanjian kerana ia berdasarkan atas faktor percaya pada kawan," katanya.

Sumber itu berkata wakil rakyat berkenaan bagaimanapun menafikan ada membuat pinjaman walaupun sebelum ini telah beberapa kali menerima panggilan telefon daripada individu terbabit yang mahu menuntut hutang daripadanya.

Katanya peniaga itu juga memaklumkan sehingga Mei tahun lepas, hanya dua bayaran melalui cek berjumlah RM20,000 dibuat oleh ADUN berkenaan dan selepas itu tiada sebarang bayaran dibuat.

"Selepas itu lelaki berkenaan beberapa kali menghubungi wakil rakyat terbabit untuk menuntut pinjamannya bagaimanapun pelbagai alasan diberikan ADUN tersebut.

"Sebab itu dia buat keputusan untuk menghantar dua pekerjanya ke pusat khidmat wakil rakyat berkenaan pada Selasa bagi menuntut hutang sebelum laporan polis dibuat ADUN terbabit kerana bimbang keselamatannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan polis dari ADUN itu.

- Bernama


ZAHID HAMIDI PERLU ELAK PERANGKAP WSJ DAN SARAWAK REPORT YANG KIAN KALUT DENGAN ISU 1MDB MEREKA!!!



Golongan yang melihat 1MDB sebagai musuh mereka, bahkan berusaha untuk membuktikan bahawa 1MDB adalah punca kepada segala permasalahan di Malaysia, masih lagi terpaksa menggantungkan harapan mereka kepada dua buah media yang berpangkalan di luar negara untuk memburuk-burukkan 1MDB selain cuba meyakinkan rakyat Malaysia bahawa 1MDB tidak akan mampu membayar hutang-hutangnya.

Dan sudah ada yang berkempen kononnya, hutang-hutang 1MDB itu akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung risiko membayar hutang negara menerusi kenaikan cukai dan pelbagai lagi.

Berita terbaru ialah jualan kepentingan 60% Bandar Malaysia kepada Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd, (RUJUK SINI) disambut sinis kononnya 1MDB tidak lagi berkeupayaan sehingga terpaksa menjual segala-galanya.

Anehnya, kumpulan yang sama menyatakan 1MDB tidak mampu membayar hutang, meskipun telah dibuktikan bahawa liabiliti 1MDB jauh lebih rendah berbanding pemilikan aset agensi yang merupakan milik penuh Kementerian Kewangan itu.

Dek kerana itulah, para penentang 1MDB masih lagi terpaksa menggunakan modal basi membabitkan Jho Low, dan segala isu-isu yang dibangkitkan oleh Wall Street Journal dan Sarawak Report. Kedua-dua media tersebut pula kelihatan semakin kelam-kabut apabila berita membabitkan penyerahan bukti percakapan oleh Xavier Justo kepada PDRM mula diperkatakan.

Kenyataan Zahid Hamidi bahawa rakyat Malaysia tidak seharusnya mempercayai bulat-bulat berita yang disiarkan oleh Wall Street Journal kononnya USD850 juta telah dipindahkan dari 1MDB, segera menarik perhatian golongan terbabit.

Berkempen kononnya, kata-kata Zahid tidak boleh dipercayai berbanding laporan yang disiarkan oleh WSJ sudah cukup untuk membuktikan kepada kita, betapa teruknya korupsi yang telah melanda jiwa dan pemikiran golongan terbabit.


Sedangkan pada masa yang sama, PAC yang sedang menyiasat kes tersebut, mempunyai pendapat yang sama sekali berbeza. Tidak itu sahaja, Timbalan Pengerusi PAC yang juga merupakan Ahli Parlimen DAP Kepong, Tan Seng Giaw telah meminta agar WSJ menyerahkan bukti-bukti yang mereka ada kepada PAC untuk disiasat berbanding menjadikannya sebagai isu sensasi untuk melakukan pemberitaan mereka. (RUJUK SINI)

Sebenarnya, apa yang dituduh oleh WSJ dan Sarawak Report langsung tidak mempunyai sebarang bukti. Para pengikut mereka seperti yang kita dapat baca DI SINI, tidak lebih daripada sekadar berusaha meyakinkan diri sendiri bahawa segala siasatan yang dilakukan oleh PAC yang mengandungi para pemimpin pelbagai parti politik termasuklah Tony Pua, tidak lebih daripada wayang semata-mata.

Dengan kata-kata lain, mereka sudah pun membuat kesimpulan bahawa hanya dengan melakukan tekanan kepada Zahid Hamidi, maka Timbalan Perdana Menteri itu akan melatah, melompat dan seterusnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mereka putar belitkan.

Salahkah Zahid Hamidi dalam isu ini sedangkan kes 1MDB masih dalam siasatan PAC? Apa perlunya, WSJ, Sarawak Report atau sesiapa sahaja yang mempunyai prasangka buruk terhadap 1MDB cuba menjadi batu api sedangkan yang turut menyiasat 1MDB untuk membuktikan wujudnya salah laku adalah pemimpin-pemimpin parti kesayangan mereka sendiri iaitu DAP dan PKR?


TAK MAMPU BELI WALAU SEHELAI PUN BAJU SEKOLAH ANAK DI KAWASAN PARTI KERAJAAN... MANA PUSAT ZAKAT? MANA JKM? MANA WAKIL RAKYAT? MANA KETUA KAMPUNG?



Semalam ini diviralkan satu kisah sedih yang melibatkan seorang ibu tunggal yang merayu jasa dan budi baik rakyat Malaysia untuk menyumbang pakaian sekolah terpakai untuk melengkapkan persediaan persediaan anaknya menjelang sesi persekolahan 2016 yang akan tiba tak sampai seminggu sahaja lagi.

Bicara.news terpanggil untuk mencari maklumat tentang ibu tunggal tersebut. Pencarian itu telah berjaya mendapatkan sendiri ibu tunggal yang bernama Puan Noridah binti Mohd Nor yang tinggal di Kampung Chendering Baru Pandan 2, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Kisah sedih ibu tunggal bersama tujuh anaknya yang kehilangan suami tercinta bermula apabila suaminya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya setahun yang lalu.

Sejak itu bermulalah kisah hidup terumbang-ambing apabila kehilangan mengejut itu pergi bersama hilangnya satu-satunya sumber rezeki dan pendapatan isi rumahnya.

Justeru, untuk menampung kehidupan baru, beliau mengerah kudrat untuk mebuat kuih-muih untuk dijual di sekitar kawasan kejiranan dengan jualan oleh anaknya sendiri. Difahamkan kisahnya juga pernah diterbitkan oleh salah sebuah tabloid tetapi malangnya, seperti tiada pihak yang mahu mengambil endah dan peduli nasib mereka selama ini walaupun edaran tabloid berkenaan boleh dikatakan luas dan menyeluruh segenap pelusuk negeri.

Noridah yang nyata amat resah bila ditemubual wakil kami tentang nasib yang menimpanya dan kegelisahannya lebih kepada memikirkan persediaan persekolahan empat anaknya yang akan menyambung pengajian di sekolah tahun depan.

Selain daripada memikirkan kos hidup yang semakin meningkat dan kos pengajian anak sulungnya di peringkat kolej, beliau terpaksa mengenepikan rasa malu dan sanggup menebalkan muka untuk merayu simpati rakyat yang prihatin.

Kisah ini yang dinaikkan semula oleh sebuah portal internet yang menarik pelbagai komen yang bersimpati dengan nasib yang menimpa ibu tunggal ini.

Beliau yang turut mengaku ada menerima bantuan tetap dari Pejabat Zakat Negeri berjumlah RM300 sebulan bagaimanapun menyatakan ia sememangnya tidak mencukupi perbelanjaan harian keluarganya.

Itu satu-satunya bantuan yang diterima beliau untuk mengharungi detik sukar kehidupan bersama tujuh anak yatim yang sentiasa mengharapkan perhatian.

Noridah menceritakan anaknya yang kedua yang telah mengambil keputusan tidak mahu menyambung pengajian di sekolah kerana enggan menambah bebanan ibunya dan mengambil tugas untuk menjaja kuih-muih yang dibuat ibunya dalam kawasan kejiranan sebagai usaha untuk menambah pendapatan keluarga.

Bayangkan episod ini masih wujud di sebuah negeri yang kaya dan YBnya hebat bergaya tetapi ada lagi rakyat di dalam kawasannya tidak mampu untuk membeli setin kaya.

Si ibu mengetahui beliau tak berdaya untuk menolak kehendak anaknya yang enggan bersekolah lagi kerana mahu membantu pekerjaan ibunya yang terpaksa menjaga anak bongsunya yang masih kecil.

Bekas pelajar ini merelakan diri untuk berkorban demi keluarganya. Tidakkah ia mengundang rasa sedih dan prihatin kita sebagai rakyat yang masih mampu untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak kita walaupun dalam himpitan kos dan suasana ekonomi yang kurang mantap kerana kejatuhan harga minyak dunia?

Apabila ditanya wakil Bicara.News tentang keperluan semasa yang diharapkan ada, Noridah mengharapkan persediaan 4 orang anaknya yang akan memulakan sesi persekolahan tidak terjejas dengan persiapan baju seragam sekolah yang lengkap serta bayaran persekolahan yang wajib dibayar nanti.

Setakat ini hampir tiada mampu dibeli walaupun satu baju sekolah yang baharu untuk anak-anaknya, apatah lagi bayaran persekolahan wajib.

Sememangnya beliau amat buntu memikirkannya. Beliau sebolehnya tak mahu ada lagi anak-anaknya berhenti sekolah atau enggan ke sekolah kerana malu dengan cemuhan rakan-rakan bila tiada kelengkapan yang sempurna untuk mereka pakai nanti.

Hakikatnya beliau sendiri tidak tahu bila akan selesai dan sejauh mana beliau mampu bertahan dalam keadaan sekarang. Ditambah pula dengan tunggakan sewa rumah serta bayaran deposit rumah sewa yang masih gagal dijelaskan.

Kos sewaan rumah agak mahal di kawasan kejiranan yang diduduki sekarang namun beliau tidak mempunyai sebarang pilihan.

Beliau juga tidak mempunyai sebarang peninggalan tanah untuk dibina rumah di atas tapaknya kerana arwah suaminya hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah berhampiran rumahnya sekarang sebelum maut dalam kemalangan tragis.

Di Mana JKM?

Pihak Bicara.News yang turut cuba untuk menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang (JKM) untuk mendapatkan penjelasan, namun mereka gagal dihubungi. Anehnya, di manakah beradanya JKM Negeri Pahang?

Tidur lagikah?

Apakah JKM Pahang mahu masalah rakyat ini mesti diselesaikan oleh menteri di kementerian berkenaan juga? Kenapa mahu menteri juga yang turun padang bertemu rakyat yang mempunyai masalah yang dikategorikan sebagai amat layak menerima bantuan baru boleh diselesaikan?

Apa gunanya wujudnya pengarah serta jentera JKM di peringkat negeri dan daerah sekiranya hal yang sudahpun dibongkarkan oleh sebuah tabloid tempatan sebelum ini masih gagal diselesaikan?

Apakah mahu menunggu satu pasukan khas seumpama skuad BERSAMAMU milik stesen televisyen swasta membuat serbuan ke lokasi barulah mahu kelihatan kelibat hebat YB kawasan dan parlimen menghulurkan bantuan itu dan ini kononnya terlalu prihatin dengan masalah rakyat?

Atau mungkin mahukan pemimpin pembangkang ‘makan atas pengandar’ masuk dan menziarahi serta bercakap bagi pihak keluarga malang ini barulah ia boleh diselesaikan?

Kegilaan apa yang sedang ditarisumbangkan ini? Tidak malukah kepada rakyat yang sedang menonton perilaku bodoh sombong mereka yang diberikan amanah tetapi enggan melaksanakan mengikut apa yang telah diikrarkan dalam akujanji perkhidmatan?

Inilah antara faktor kenapa kerajaan selalu dipersalahkan walaupun kesalahan berlaku di peringkat pelaksana.

Netizen tentunya akan melihat peluang ini sebagai sesuatu yang terbaik untuk menghentam menteri sebagai gagal menjalankan tanggungjawabnya.

Sayangnya, kalau itu yang bakal berlaku nanti. Sebagai rekod, ibu tunggal bersama tujuh anaknya ini berada dalam kawasan parti pemerintah dan bukannya kawasan pembangkang!!!

JKM!!! Awak di mana? Awak di mana? Tidurlah JKM…. Jangan terkejut kalau menteri anda bakal mengejutkan kalian dari mimpi serta melakukan lawatan mengejut ke kawasan ibu tunggal ini. Kita tunggu!



DAP TIDAK MAMPU JAWAB DAKWAAN DR. ZUHDI MARZUKI MENGENAI BANTUAN USD300 JUTA DARI ISRAEL, TERPAKSA KALIH KEPADA UMNO!!!



Lim Guan Eng jangan cakaplah... memang senyap terus.

Lim Kit Siang?

Dia pura-pura pekak dan kononnya itu bukan masalah.

Tony Pua?

Tony Pua masih mencari-cari isu baru yang boleh dibangkitkan untuk menutup isu DAP dan Israel yang lebih awal didedahkan oleh orang DAP sendiri sebelum PRU-13 dahulu lagi.

Pendedahan yang dibuat oleh Dr. Zuhdi Marzuki bukannya pendedahan baru. Dr. Zuhdi hanya memperbaharui fakta yang cuba ditutup dan diselindungi oleh DAP daripada pengetahuan orang ramai, samalah seperti PKR dan Anwar Ibrahim cuba menyembunyikan pelbagai bentuk kewangan dan taktikal selain sokongan moral daripada pelbagai agensi yang mempunyai kaitan dengan Zionis Amerika Syarikat dan Jerman. (RUJUK SINI)

Cubaan DAP untuk menipu kononnya kesemua dananya berasal daripada jualan meja makan malam, kutipan derma dan potongan gaji langsung tidak terpakai memandangkan jumlah yang dibelanjakan oleh DAP sepanjang tahun 2008-2015 secara kasarnya mengatasi jumlah yang mampu dikutip. Tiada sesiapa pun yang percaya, hatta mayat reput dalam liang lahad, bahawa segala perbelanjaan dan kewangan DAP datangnya daripada sumber-sumber berkenaan.

Ditambah pula dengan berkembang biaknya industri lendir dan maksiat di kawasan-kawasan yang DAP kuasai!

Dr. Zuhdi Marzuki mengulangi pertanyaan daripada dakwaan bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng sendiri iaitu Mohamed Razali Abdul Rahman yang sehingga kini tidak dijawab-jawab oleh DAP.

Dari MyMassa:

“Dakwaan yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel ini lebih serius, malah apa yang didedahkan itu lebih mengancam keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam di Malaysia.

“Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian yang jelas dari DAP. Tiga dakwaan tersebut termasuk DAP didakwa ditawarkan dana PRU Ke-13 sebanyak USD300 juta (RM1.2 billion) oleh Israel,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, Mohamed Razali turut mendedahkan seramai 17 pemimpin DAP dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi kerana beliau antara yang menjalani latihan tersebut.

Katanya lagi, Mohamed Razali turut mendedahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.

“Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.

Tidak menjawab pertanyaan tersebut, DAP menerusi Ketua DAPSY Perak, Howard Lee Chuan How menggunakan taktik sedia ada iaitu mengaitkan Zuhdi dengan UMNO. Zuhdi segera dijadikan sebab untuk mengaitkan UMNO dengan Israel pula sedangkan yang jelas menyokong Israel adalah DAP terutama menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Nga Kor Ming beberapa hari lepas ekoran keengganan Kerajaan Malaysia memberikan visa kepada dua pelayar Israel untuk menyertai pertandingan kapal layar di sini.

Pertanyaan Zuhdi tidak dijawab. Dakwaan Mohamed Razali tidak pernah dibalas, malah Mohamed Razali sendiri tidak pernah diheret ke mahkamah untuk disaman walaupun saman fitnah adalah salah satu daripada rukun wajib DAP.

Zuhdi jadi mangsa dan pengalihan isu telah dibuat oleh DAP... DAP dalam duk sibuk dana politik orang lain, langsung tidak berani menjawab berhubung isu dana politik yang mereka sendiri terima.


Wednesday, December 30, 2015

INI BETUL-BETUL, BUKAN FAKE!!! REMAJA 14 TAHUN YANG DIKATAKAN HANTAR MESEJ MINTA TOLONG, BENAR-BENAR DILARIKAN DUA PEMUDA INDIA DENGAN VAN PUTIH!!!



PENJELASAN SEBARAN VIRAL BERKAITAN KEJADIAN REMAJA BERUMUR 14 TAHUN DILARIKAN OLEH VAN PUTIH.

1. Polis Kontinjen Selangor dengan ini mengesahkan ada menerima laporan polis mengenai kehilangan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di kawasan Klang Utara pada 28.12.2015 jam 8.20 malam, yang telah tersebar viral dalam laman media sosial Facebook.

2. Pada 28/12/2015 lebih kurang jam 8.20 malam, pihak polis telah menerima satu laporan polis yang dibuat oleh ibu (pengadu) remaja perempuan tersebut bersabit kehilangan anaknya itu. Pengadu menyedari ketiadaan anaknya itu sejak 27/12/2015 lebih kurang jam 2.30 petang dan anaknya itu dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga laporan polis dibuat. Walaubagaimanapun, pada peringkat awalnya, mangsa masih boleh dihubungi oleh ibunya (pengadu) menerusi telefon bimbit dimana anaknya itu memaklumkan bahawa beliau telah keluar untuk berjumpa rakannya.

3. Siasatan awal oleh pihak polis menerusi seorang saksi iaitu adik kepada remaja perempuan tersebut, mengesahkan bahawa kali terakhir beliau dilihat adalah bersama seorang lelaki Cina, yang di percayai teman lelakinya iaitu pada 27/12/2015 lebih kurang jam 7.00 malam di sebuah kedai makan di Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang.

4. Siasatan polis selanjutnya mendapati remaja perempuan tersebut memang sering keluar rumah untuk berjumpa dengan rakannya. Beliau juga pernah beberapa kali pulang lewat ke rumah tetapi tidak pernah melarikan diri dari rumah dan beliau tidak mempunyai masalah serius dengan ahli keluarganya.

5. Namun, pada 29/10/2015 lebih kurang jam 7.30 malam, ibu remaja berkenaan (pengadu) telah menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu bahawa beliau telah dilarikan oleh 2 orang lelaki India yang tidak dikenali semasa beliau dalam perjalanan pulang ke rumah. Remaja tersebut juga memberitahu bahawa beliau telah dibawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van warna putih.

6. Sehubungan itu, pihak polis telah menubuhkan satu pasukan penyiasat untuk menjejak dan mengesan lokasi remaja tersebut.Kes ini diklasifikasikan sebagai kes culik di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan siasatan serta operasi untuk mengesan remaja tersebut sedang giat dijalankan oleh pihak polis.

7. Justeru, pihak polis meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat keselamatan remaja tersebut.Orang ramai juga diminta menyalur sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan polis kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau hubungi terus Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Polis Klang Utara, ASP Burhanuddin bin Mustafa ditalian 019-3829212 atau Pegawai Penyiasat, Insp.Ahmad Tarmizi bin Umar di talian no 013-3430150.

CP Dato Abdul Samah bin Hj.Mat.
KETUA POLIS SELANGOR.
30 December 2015.

Sumber: Polis Selangor

#SELAMATKANZULKIFLI... BEZA ANTARA PENDAPAT KEYBOARD WARRIOR DENGAN PENDAPAT PENGAMAL UNDANG-UNDANG!!!



Hanya di Malaysia yg aman saja perkara macam ni berlaku....hak rakyat dicabul...only in malaysia...jika bertindak mempertahankan diri ianya adalah satu kesalahan
Adakah polis dapat melakukan sesuatu tanpa mencederakan mangsa dlm sekelip mata diwaktu kejadian...wallahualam

#SELAMATKANZULKIFLI
#ZULKIFLIHERORAKYAT Minta sokongan semua.

Zulkifli, 50 tahun, hampir 3 minggu lalu telah mempertahankan diri dan harta dari dirompak. Perompak telah mati setelah ditikam oleh Zulkifli namun Zulkifli pula direman bawah seksyen 302. 2 minggu direman Zulkifli kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 15 ribu apabila kes ditukar kepada 304.

Baru beberapa hari keluar dari reman Zulkifli kemudian ditahan semula atas perintah mahkamah dengan pertuduhan 302 dan 326 kanun keseksaan.

302 jika sabit kesalahan maka digantung sampai mati mandatori.

Patutkah ayah pada 3 anak kecil ini (anak kedua menghidap autisme) dihukum sebagai penjenayah hanya kerana mempertahankan diri dan harta?

Minta like page ini, tukar dari mode following kepada see first, kemudian sebarkan. Page ini akan update dari masa ke semasa perkembangan Zulkifli dan keluarga.

#ZulkifliHeroRakyat #SelamatkanZulkifli

https://m.facebook.com/selamatkanZulkifli/


PEMBACA FACEBOOK




INI PULA TULISAN SEORANG PEGUAM:



Assalamualaikum semua.

Izinkan saya memberi pandangan utk menjelaskan apa yg berlaku. Memang kita semua bersimpati dengan Abg Zulkifli ini tetapi proses undang2 itu harus di lalui dahulu oleh Abg Zulkifli sebelum keadilan di tegakkan.

Mempertahankan diri dan maruah keluarga sememangnya adalah satu pembelaan bermerit yg di benarkan di dalam Kanun Keseksaan walaupun ketika mempertahankan diri itu, kita menyebabkan kematian orang lain.

Tetapi, fakta ini tak boleh di selesaikan di fb. Abg Zulkifli perlu juga menjalani proses tahanan reman, pendakwaan dan perbicaraan sehinggalah Hakim yg membicarakan kes itu nanti memutuskan beliau tidak bersalah kerana mempertahankan diri dan keluarga dari rompakan.


Tempohmasa perbicaraan pula boleh selesai dlm tempoh 1 tahun. Di sebabkan kes yg di tuduh terhadap abg Zulkifli ini adalah kes bunuh, maka Peguam yang akan mewakili abg zulkifli nanti adalah peguam lantikan mahkamah. Ini bermaksud tak perlu kita nak kumpul duit cari peguam utk membela kerana kerajaan kita memang menyediakan peguam percuma jika tertuduh menghadapi kes yg melibatkan hukuman gantung.

Ok selesai bab abg Zulkifli. So apa jadi dgn keluarga beliau sementara beliau melalui proses mahkamah ini? Maka inilah tanggungjawab warganegara yg prihatin utk membantu meringankan beban keluarga. Nak kutip derma kutiplah untuk bantu keluarga abg zulkifli ni.

Tapi tak perlulah nak kritik sistem kehakiman negara ke apa sebab apa yg di lalui oleh abg zulkifli ni adalah prosedur biasa. Memang dia tak salah tapi sebab membunuh tu tetap suatu jenayah maka dia tetap kena menghadap Hakim dan melalui proses bicara.

Cuma sbb beliau mempertahankan diri dan keluarga maka mudahlah Peguam yg akan mewakili beliau nanti menimbulkan keraguan yg munasabah atas kes pendakwaan dan seterusnya membebaskan abg zulkifli.

Itu saja yg saya nak cakap sekarang.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz



KAZIM ELIAS DEDAH, ORANG TENGAH PERDAYA YB DAN WAKIL RAKYAT, KENAKAN YURAN CERAMAHNYA PULUHAN RIBU RINGGIT!!!



Pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias menafikan dirinya mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit membuat kerja dakwah dengan mengenakan bayaran tinggi apabila dijemput menyampaikan ceramah.

Sebaliknya beliau, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim Elias, menuding jari kepada orang tengah yang “memperdayakan” pihak ketiga terutamanya ahli politik, dengan mengenakan bayaran sehingga RM25,000 bagi satu ceramah.

“Kebanyakan mangsanya ialah Yang Berhormat (YB), orang tengah bagi tahu kepada YB kalau hendakkan saya berceramah, kena bayar sebanyak RM20,000 hingga RM25,000.

“YB terpaksa mencari duit berkenaan, selesai saya berceramah, orang tengah itu bagi kepada saya RM2,000. Baki RM18,000 dia masuk poket,” katanya dipetik laporan akhbar Harian Metro hari ini.

Beliau kesal secara tidak langsung imejnya sebagai pendakwah terjejas, katanya semasa menyampaikan ceramah Maulidur Rasul Peringkat Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi di Alor Gajah, kelmarin.

“Sebenarnya saya tidak pernah tetapkan sebarang bayaran, berapa hendak bagi, terpulanglah kepada tuan-tuan.

“Saya sudah berceramah 25 tahun tidak pernah saya menetapkan bayaran, apatah lagi yang melambung sampai RM25,000.

“Gilakah saya hendak mengenakan bayaran macam itu? Asalkan lepas minyak dan tol sudah cukup, pernah orang cuma bagi bunga telur saya hendak buat macam mana, terima sajalah,” katanya.

Tambahnya, mana-mana pihak yang berminat ingin menjemputnya diminta berhubung terus dengannya dan tidak menggunakan khidmat orang tengah.

Beliau turut menafikan dakwaan mendapat kontrak besar daripada kerajaan membina Pusat Pendidikan al-Barakah di Manjoi, Perak, sebaliknya berkata wang yang diterima daripada jemputan ceramah disalurkan untuk membina sekolah agama berkenaan, selain hasil derma orang ramai. - MALAY MAIL ONLINE


WAHAI PENGKOMEN YANG TONGONG, TANGAN-TANGAN NURSE YANG KOTOR ITULAH YANG BASUH BERAK KENCING MAK BAPAK KORANG DI HOSPITAL!!!



Saya mendapat kiriman gambar di atas (rujuk gambar) dari seorang follower saya. Di dalamnya terkandung penghinaan terhadap jururawat di hospital kerajaan.

Pertamanya, ini bukan kali pertama saya mendengar ucapan seperti ini. Saya kira rakan2 jururawat saya berhadapan dengan celaan2 sama dengan agak kerap.

Ya, tangan2 mereka adalah tangan2 yg mencuci kencing dan berak. Tetapi mereka mencuci kencing dan berak mak dan bapak kamu yang kamu sendiri geli untuk membersihkannya.

Tangan2 yang sama jugalah yang menyuapkan makanan kepada para pesakit yg tidak mampu makan.

Tangan2 yang sama jugalah yang akan memandikan pesakit2 yg tidak larat bangun ke bilik air.

Tangan2 yang samalah yang akan membancuh ubat2an untuk anda.

Tangan2 yang sama jugalah yang akan tangkas menekan dada pesakit (CPR) ketika mereka mengalami renjatan jantung.

Tangan2 yang sama jugalah yang akan melindungi maruah pesakit dengan menarik skrin ketika aurat mereka terdedah.

Tangan2 yang sama juga lah yang akan menenangkan pesakit kanak2 yang ketakutan.

Tangan2 yang sama jugalah yang akan menyeka air mata pesakit2 kami dan memberikan kata2 semangat agar berjuang melawan penyakit.

Banyak lagi yang kalau saya senaraikan mungkin hingga esok tidak habis.

Ya. Tangan2 mereka memang melakukan kerja2 kotor seperti yang kamu hina. Tetapi mereka adalah rakan2 perjuangan kami para doktor, para MA dan para petugas perubatan. Mereka adalah wirawati dan wirawan kami.

Kami tahu pengorbanan mereka demi pesakit dan negara bukanlah sedikit. Tangan yang kamu hina itu adalah tangan yang mulia di sisi kami. Di dunia yang hina ini mungkin tangan2 ini adalah tangan2 jijik dan nista. Namun kami yakin dan berdoa agar para pemilik tangan2 mulia ini di puji oleh Allah dan Malaikat di akhirat kelak.

‪#‎BIARLAH_KITA_VIRAL_DI_LANGIT‬



GST 6%, INCOME TAX 11%, MASIH RAMAI RAKYAT MALAYSIA BONGOK YANG BANDINGKAN KATIL HOSPITAL NEGARA PUJAAN DENGAN KATIL HOSPITAL KERAJAAN DI MALAYSIA!!!



Ini adalah contoh spesies macai yang kufur nikmat.

Tak salah mengkagumi kemewahan negara lain tapi jangan pulak kutuk negara sendiri. Apatah lagi tuduh pulak pemimpin kedekut.

Di Belanda, perkhidmatan mereka memang mewah. Apatah tidaknya rakyat mereka WAJIB MEMBELI INSURANS.
Juga, income tax mereka adalah setinggi 52%!
GST (VAT) mereka pula adalah setinggi 21%!

Tapi di Malaysia, rakyat takde insurans, miskin malah gelandangan pun boleh mendapatkan perawatan pakar, ubat2an mahal hingga CT scan (jika perlu) pada harga RM 1 (itupun boleh ngelat bayar kalau x mampu sangat).

Subsidi kesihatan kita adalah antara yg tertinggi di dunia dengan 95% ditanggung oleh kerajaan. Masuk wad berbulan2 hampir tak terasa bayarannya.

Pendapatan bawah RM 5K dikecualikan income tax. Majoriti rakyat kalau kena tax pun pda kadar 11% sahaja.

GST kita hanya 6% sahaja itupun begitu banyak barangan dan ubat2an dikecualikan GST.

Tapi macai dok terliur tengok negara lain. Nak negara kita macam Belanda....Tapi GST 6% je dah behave macam akan meninggal papa kedana. Bayar income tax pun sambil maki hamun pemimpin negara. 

Katil spital pun salah pemimpin?
Ko patut lahir kat Myanmar atau Uganda. Beranak atas lantai baru ada akal.



Tuesday, December 29, 2015

PPIM LAHIR KEKESALAN KERANA PENIAGA PENIPU KOTA RAYA SANGAT KEBAL DAN TIDAK DITANGKAP WALAUPUN MENGURUNG DAN MENIPU ORANG RAMAI!!!



Adakah peniaga gajet telekomunikasi, terutama telefon bimbit di Kompleks Kota Raya mempunyai kekebalan, apabila tiada seorang pun daripada mereka ditangkap berhubung dakwaan menipu dan mengurung pelanggan di sebuah bilik di premis itu?

Demikian persoalan yang dilontarkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut kesal dengan tindakan polis menahan dua aktivis PPIM yang telah membantu beberapa mangsa penipuan telefon di Kompleks Kota Raya.

Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata beliau yakin terdapat komplot dengan apa yang berlaku dan peniaga di kompleks itu seolah-olah mempunyai kekebalan apabila tiada seorang pun dari peniaga itu ditangkap berhubung dakwaan menipu dan mengurung pelanggan di sebuah bilik di premis tersebut.

“Saya benar-benar percaya. Memang benar. Tetapi pada tahap mana, saya tidak tahu,” katanya pada sidang media bersama 25 NGO lain di sini, hari ini.

Beliau berkata, tindakan PPIM membantu mangsa yang ditipu bukanlah bermotifkan perkauman sebaliknya ia merupakan tanggungjawab untuk membela mereka yang teraniaya, terutama dalam isu yang berlaku di Kompleks Kota Raya.


Tiada isu perkauman. Kita sedia bantu mana-mana pengguna atau pembeli yang teraniaya atau ditipu oleh peniaga.

“NGO cuba tolong dapatkan kembali wang daripada peniaga yang cuba menipu beberapa pelanggan di kompleks itu.

“Ingatkan kerajaan atau polis bagilah hadiah, rupanya hadiah ke ‘dalam’,” katanya.

Katanya, beliau pelik dengan keadaan undang-undang Malaysia yang bertindak menahan mereka yang membantu orang ramai yang ditindas sedangkan mereka yang bersalah dibiarkan bebas.


“Ini suatu yang pelik dan tidak sepatutnya berlaku kerana orang yang ditangkap adalah orang yang membantu bukannya yang menipu,” katanya.

Antara 25 NGO lain yang turut hadir pada sidang media itu ialah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang diwakili Timbalan Ketua Pemudanya, Alwi Adam; Yayasan Patriot Negara Malaysia; Perkasa; Gabungan NGO Islam dan Bersatu Malaysia. - ISMAWEB


AKTIVITI JENAYAH GORES DAN MENANG TERUS BERLELUASA, JADIKAN WANITA DAN SURIRUMAH MELAYU SEBAGAI MANGSA... SIAPA YANG AKAN BELA APABILA AKTIVIS PPIM PUN DIGARI DAN DILOKAPKAN!!!




Pada November 2011, negara digemparkan apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama-sama Pasukan Bertindak Hak Pengguna (CRTF) telah menyerbu sebuah pejabat 'GORES DAN MENANG' setelah isu penipuan tersebut seperti tidak dapat diatasi oleh KPDNKK dan agensi-agensi berkuasa Malaysia. (RUJUK SINI)

Turut bersama-sama mereka adalah mangsa GORES DAN MENANG yang telah diperdayakan oleh syarikat tersebut.


Julai 2015, satu lagi operasi menyerbu pejabat GORES DAN MENANG telah dibuat oleh PPIM. (RUJUK SINI)

Persoalan yang dibangkitkan tentang GORES dan MENANG ini ialah tempat operasi mereka memperdayakan mangsa adalah di pusat-pusat membeli belah. Sekaligus menimbulkan tanda-tanya yang besar, mengapa mudah mereka beroperasi memperdayakan mangsa sebelum mengheret mangsa mengikut mereka ke pejabat mereka bagi proses penipuan dan pemerdayaan seterusnya.



Hari ini, satu lagi kes membabitkan penipuan GORES dan MENANG telah didedahkan oleh Netizen. Penjenayah-penjenayah yang tidak takut dengan hukuman denda RM2,000 atau penjara sebulan, telah cuba menjadikan wanita-wanita dan surirumah sebagai mangsa mereka.

Mujurlah mangsa tersebut berjaya mendapatkan bantuan daripada seorang Netizen yang kemudiannya memuatnaikkan berita tersebut di Facebook



Komen-komen seterusnya menunjukkan terlalu ramai yang sudah terkena dengan sindiket GORES DAN MENANG. Di sebalik iltizam kononnya pihak berkuasa sedang melaksanakan pelbagai langkah proaktif untuk menghalang dan membanteras sindiket tersebut, ternyata mereka masih beroperasi dan bergerak secara bebas.

DAlam kejadian terbaru itu juga, anggota sindiket beroperasi di hadapan TESCO EXTRA.



Baru-baru ini, dua orang aktivis PPIM telah ditahan dan dilokap, malahan reman ke atas mereka cuba ditambah kerana mereka membela pelanggan-pelanggan yang telah ditipu oleh peniaga-peniaga handphone di Kompleks Kota Raya Kuala Lumpur. Agak malang kerana peniaga-peniaga penipu itu pula, tidak ditahan, dilokapkan, ditahan reman atau pun reman mereka mahu ditambah kerana telah mencetuskan kemarahan orang ramai dengan menipu dan melakukan pemerasan.

Apakah sindiket GORES DAN MENANG juga hanya akan membuka mata pihak berkuasa apabila kejadian seperti di Low Yat dan Kota Raya tercetus?


PERANGAI BURUK PELAYAN RESTORAN YANG BALING MAKANAN KE ATAS MEJA, CETUSKAN PERGADUHAN DENGAN PELANGGAN DI BRICKFIELDS!!!


video

Satu lagi klip video tersebar. Kali ini membabitkan pergaduhan di sebuah restoran di Brickfields membabitkan sekumpulan pemuda dengan kakitangan restoran berkenaan.

Klip video tersebut dimuatnaik oleh My Malaysia



Berdasarkan laporan yang dibuat oleh My Malaysia, pekerja Restoran Sri Paandi, Brickfields itu yang memulakan pergaduhan dan mencetuskan kemarahan kerana sikap kurang ajarnya. 

Perbuatannya membaling makanan yang dipesan oleh pelanggan ke meja membuatkan pergaduhan tercetus. 

Dilaporkan juga, restoran tersebut gemar menaikkan harga makanan sesuka hati mereka. Apabila resit pembayaran diminta, pekerjanya enggan menyerahkan resit. Malah apabila ditanya tentang harga makanan yang dijual dan dikenakan kepada pelanggan, pekerjanya hanya sekadar mendiamkan diri serta enggan menjawab. 



Lebih menarik lagi ialah, apabila pelanggan berkeras mahukan resit, sekumpulan samseng yang bertindak sebagai pengawal restoran tersebut, menyerbu dan menakut-nakutkan pelanggan berkenaan. 

Netizen turut melahirkan kemarahan berhubung sikap yang ditunjukkan oleh pekerja berkenaan, malahan bersetuju agar restoran tersebut diboikot. Malah ada yang meminta agar lokasi dan alamatnya didedahkan bagi mengelakkan pengguna atau pelanggan memasuki restoran tersebut.

Turut dilaporkan juga bahawa layanan buruk dari restoran tersebut kepada para pelanggan sudah berlarutan begitu lama tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Tidak pula diketahui sama ada, kegiatan pencatutan dan penipuan serta pemerdayaan dan kekerasan yang dilakukan di restoran tersebut, telah dilaporkan kepada pihak berkuasa atau tidak.


PENGARAH JPJ PULAU PINANG KENA JAWAB: LELAKI BERANG, KERETANYA YANG TELAH DISITA DAN SEPATUTNYA DILUPUSKAN OLEH JPJ, KINI DIGUNAKAN OLEH ORANG LAIN DAN DIA TIDAK BOLEH PERBAHARUI CUKAI JALAN KERETA BARUNYA!!!


video

video

Marah betul abang dalam klip video yang sedang viral di Facebook ini. 

Individu yang tidak dikenali itu berang apabila percubaannya untuk menghidupkan cukai jalan, tidak dilayan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan kerana sebuah keretanya yang telah dirampas kerana masalah nombor chasis pada tahun 2001 telah disita oleh JPJ, 'wujud' kembali di jalanraya.

Lelaki berkenaan telah membuat siasatan dan mendapati kereta tersebut sememangnya digunakan oleh individu tertentu semenjak dari tahun 2013. Segala butiran telah diberikan untuk tindakan lanjut, tetapi menurutnya, pihak berkenaan memberi alasan, mereka tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menahan kenderaan tersebut serta pemilik barunya. 

Dia mendakwa, sepatutnya selepas disita, kereta berkenaan telah dimusnahkan. Namun pihak tertentu di dalam Jabatan Pengangkutan Jalan telah mengeluarkan kereta tersebut, sehingga akhirnya mendatangkan masalah kepadanya. 

Menurutnya, kalau sekiranya individu yang menggunakan kereta tersebut melakukan kesalahan dan jenayah, dia yang akan menanggung akibatnya memandangkan namanya sebagai pemilik asal kereta tersebut masih belum dipotong dan dihapuskan.

Bagaimana agaknya, perkara seperti ini berlaku?

Tidakkah ini menganiayai orang awam?


Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kementerian Pengangkutan serta SPRM perlu memberikan reaksi dan bertindak dengan sewajarnya, apatah lagi, terdapat banyak kes 'kereta-kereta hantu' yang melibatkan penggunaan satu nombor pendaftaran seperti yang didedahkan oleh media. (RUJUK SINI


TAHNIAH KERAJAAN DAP PULAU PINANG.... PADAN LER MUKA MELAYU PULAU PINANG! CINA DAN INDIA PULA SELEPAS INI!!!



Menjadikan Pulau Pinang sebagai syurga untuk kelompok berada yang mampu meninggikan taraf pemimpin-pemimpin dan kerajan negeri merupakan satu cita-cita. Menghalau dan menghapuskan kelompok yang membolehkan Pulau Pinang dilihat sebagai sebuah tempat miskin yang tidak tersusun dan lintang pukang dengan perumahan daif, bukanlah sesuatu yang menyenangkan mata.

Itulah yang dilakukan oleh DAP dan Lim Guan Eng.

Satu lagi perkampungan Melayu di Batu Feringgi menjadi mangsa apabila tindakan menerusi tuan tanah perkampungan tersebut memilih untuk menghalau penduduk yang telah mendiami kawasan berkenaan.

Agak aneh memandangkan sebelum DAP memerintah Pulau Pinang semenjak 7 tahun lalu, amalan menghalau penduduk di atas tanah-tanah yang telah dimiliki secara warisan atau baru dimiliki menerusi pertukaran status menerusi prosedur undang-undang, tidak berlaku sekalipun parti yang memerintah Pulau Pinang adalah parti berteraskan kaum Cina iaitu GERAKAN.


Walaupun ada perpindahan dibuat, tetapi kebanyakan penduduk bukan sahaja diberikan pampasan bahkan juga turut ditempatkan di rumah-rumah pangsa.

Difahamkan Kampung Mutiara, Batu Feringgi, Pulau Pinang akan menjadi satu lagi legasi kezaliman DAP ke atas kelompok selain penyokong mereka. Bermula dengan retorik Lim Guan Eng kononnya, pentadbirannya sangat berjaya, lebihan pendapatan negeri melonjak tinggi, terhapus sudah kemiskinan tegar dan akhir sekali, dengan penuh bangga mengumumkan tiada lagi kemiskinan tegar di Pulau Pinang, perobohan dan penghapusan apa yang disifatkannya sebagai mengganggu dan mencacatkan kemewahan di Pulau Pinang dimulakan dengan jayanya.

Kampung Mutiara adalah salah satu mangsanya daripada sekian banyak perkampungan Melayu yang telah dirobohkan dan dihapuskan. Dalam insiden terbaharu ini, sebanyak 42 buah rumah - 40 buah rumah Melayu dan 2 buah rumah India - yang mengandungi 96 keluarga yang terdiri daripada 350 orang terlibat.

Dato' Jahara, orang yang digelarkan oleh Lim Guan Eng sebagai 'NENEK RASIS' tetapi kemudian berkata, dia menarik balik gelaran yang telah diberikannya apabila kalah di mahkamah, telah berusaha menawarkan kepada pemilik tanah tersebut untuk membeli tanah yang menempatkan Kampung Mutiara. Bagaimanapun, setelah puas dipujuk, tuan tanah enggan menjual tanah itu kepada Dato' Jahara.


Sekaligus mengingatkan kita bagaimana Lim Guan Eng melakukan pelbagai tipu daya dalam isu Taman Manggis di Jalan Burmah yang tanahnya telah dijual kepada pihak swasta sekaligus mengenepikan projek perumahan rakyat yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri GERAKAN Pulau Pinang sebelum itu.

Dalam isu Kampung Mutiara, UMNO Bukit Bendera melalui peguam mereka telah menfailkan agar perintah mahkamah yang lalu, dibatalkan. Pendengaran kes tersebut akan didengar pada 6 Januari 2016 di Putrajaya.

Sedangkan pada masa yang sama, pemilik tanah tersebut sedang berusaha membersihkan tanahnya daripada rumah-rumah orang Melayu.

Siapakah pemilik tanah berkenaan? Semenjak bilakah dia memperolehi tanah itu?

Menariknya, Lim Guan Eng dikhabarkan telah menghantar seorang budak Cina yang mengaku dia Melayu iaitu Zairil Khir Johari yang merupakan pengundi di DUN Pulau Tikus dan Parlimen Bukit Bendera untuk memujuk Melayu-Melayu Kampung Mutiara yang akan dihalau sehelai sepinggang.




Monday, December 28, 2015

#CELCOMBANGKAI... NETIZEN LAPOR 'PENIPUAN' CELCOM YANG POTONG DATA PLAN YANG TIDAK DILANGGANNYA!!!



Salam. Saya baru je kembali ke homestay di Bukit Katil setelah selesai membuat penggambaran dokumentari Daulah Melayu di tengah bandar raya Melaka. Tapi saya belum dapat berehat kerana ada hal yang mengganggu. Lihat pada gambar2 yang dilampirkan. Nampak tak bahawa baki topup telefon bimbit saya apabila dibuat pertanyaan pada 21 Dec adalah RM25.31?

OK. Saya ni jarang nak menelefon orang. Walaupun sejak itu saya ada membuat beberapa panggilan telefon, ia memakan masa paling lama pun sekitar 2 minit. Jadi bila saya mahu menghubungi isteri malam semalam (saya bertolak ke Melaka petang semalam), saya agak terperanjat apabila mendapati kredit telefon dah habis. Saya menjangkakan harus ada baki sekitar RM10 atau lebih berdasarkan tabiat saya jarang menghubungi orang kecuali ketika betul2 perlu. Selain daripada itu saya setakat menerima panggilan daripada orang.

Tapi takpa. Saya bersangka baik. Setelah dapat menghubungi isteri menggunakan telefon kawan saya mintak beliau topup kredit saya secara on-line daripada pejabatnya. Anda boleh lihat pada gambar yang dilampirkan bahawa saya telah menerima reload sebanyak RM31.80 pada jam petang 3.07 tadi. Pun begitu, disebabkan gst, kredit yang betul2 masuk menjadi RM30.04.


Kemudian saya mendapat msg daripada Celcom menyatakan saya telah menggunakan RM10 Internet. Kebetulan sejak semalam saya asyik menerima message serupa Celcom, ada yang menyatakan saya telah menggunakan RM3, ada RM10. Sebelum ini saya tidak pernah menerima msg sebegini rupa. Saya tak faham pun apa ia.



Tapi bila dapat lagi petang tadi saya mula curiga. Saya pun check balance. Alangkah terperanjatnya saya melihat dah tinggal RM19.54 sahaja! Sedangkan saya tak pakai pun Internet melalui telefon kecuali apabila bersambung dengan Wi-Fi. Saya punya switch data sentiasa off sejak saya terkena hilang RM30 sekelip mata akibat data on semasa bertukar daripada telefon lama ke telefon kini lebih setahun lalu.

Ya. Saya tak pakai data kat handphone. Satu kerana saya berdikit, guna Internet connection bila dapat sambungan Wi-Fi sahaja. Selain itu, saya selalu buat kerja menggunakan laptop. Jadi rata2 saya menggunakan Internet melalui laptop sahaja, apabila ada sambungan Wi-Fi di rumah atau mana2 yang saya dapat connect. Saya tak pernah apply atau langgan mana2 plan data Internet untuk telefon bimbit.

Jadi kenapa saya kena deduct sampai kredit RM30.04 yang ditunjukkan jam 3.07 petang tadi tinggal RM19.54 apabila disemak balance jam 5.45 petang? Nampaknya kredit saya habis langsung malam semalam pun sebab Celcom deduct sejak petang semalam.

Saya semak balik. Memang takda on data. Apakah saya ada terbuka secara tidak sengaja? Saya rasa tidak. Apakah disebabkan saya pakai Wassap? Dah dekat setahun saya pakai Wassap, ia akan cuma update apabila dapat Wi-Fi kerana memang saya tak on data. Cuma dalam tempoh sekitar 24 jam kebelakangan ini baru kena macam ni. Saya semak status data, Memang tak on.

Saya pun call hotline Celcom di talian 1111. Dapat cakap dengan customer service sekitar 6.20 petang tadi, saya pun complain apa yang berlaku. Memang confirm saya takda data plan. Tapi katanya mengikut record dalam sistem saya ada on data. Huh? Saya pasti takda on data. Dia kata mungkin sebab saya pakai Wassap. Jadi dia mintak saya uninstall Wassap untuk selesaikan masalah.

Saya jawab dah dekat setahun saya pakai Wassap baru la ni kena benda ni dalam sehari dua kebelakangan. Takkan senang2 nak uninstall? Putus le contact saya dengan beberapa group. Dah satu kerja nanti sambung balik.

Saya pun minta dia betulkan jugak hal ini melalui Celcom, unsubscribe mana yang patut jika ia menjadi punca hal ini berlaku. Dia kata tunggu, dia buat formal complain.

Saya pun tunggu. Terdengar muzik daripada talian. Tunggu punya tunggu, lagu dah bertukar 3-4 buah, customer service tak menjawab balik. Saya terasa seperti dibodohkan. Macam dia sengaja tak nak layan lagi. Ni bukan toll-free line, ni line kena charge, Maka saya pun putuskan panggilan.


Saya check balance terbaru. Allah! Dah tinggal RM17.99. Ertinya RM1.55 dah deduct untuk panggilan yang dibuat kepada customer service. Dalam tempoh 24 jam, selain RM10 yang pasti hilang petang tadi saya rasa telah hilang lagi RM10-20 semalam akibat masalah ini.

Jadi camana ni? Saya tak harap kredit yang hilang dapat kembali. Kalau dapat alhamdulillah. Yang saya nak adalah kepastian tak kena lagi macam ni. Jangan besok tak pasal2 hilang lagi RM10 untuk satu perkhidmatan yang saya tak pakai dan tak perlu pakai. Harap ada sesapa dapat membantu.

Buat masa ini saya cenderung untuk percaya ini adalah tektik terbaru Celcom untuk menipu dan charge pelanggan. Kita tak subcribe Internet, kita tak on data. Mereka sendiri pandai2 charge dengan alasan nak update Wassap lalu letak dalam record bahawa kita ada on data pada masa sekian2. Sedangkan bila kita semak memang tak on...



RESTORAN MAMAK DI RAHANG, NEGERI SEMBILAN HIDANG AYAM BERULAT DAN CABAR PELANGGAN BUAT LAPORAN POLIS!!!


video

Satu klip video menunjukkan hidangan ayam madu di sebuah restoran mamak di Rahang, Negeri Sembilan mengandungi ulat-ulat hidup, telah dimuatnaik oleh Friends of Waghih.

Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, kejadian berlaku di NKI Bistro, yang dahulunya merupakan Restoran Azhar Maju terletak berhampiran dengan Pejabat RISDA, Padang Bolasepak Rahang, Balai Bomba Rahang dan Balai Polis Rahang. 


Pengirim turut melaporkan bagaimana pemilik restoran mamak tersebut dengan sombongnya mencabar agar kes tersebut dipanjangkan dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Tidak itu sahaja, dia juga enggan mengakui bahawa makanan yang dijualnya tercemar, sebaliknya menyalahkan pembekal kononnya telah membekalkan ayam yang tidak elok. 


Seorang pembaca mencadangkan agar restoran tersebut diboikot. Bagaimanapun, seorang pembaca yang lain menyindir tentang perangai hangat-hangat tahi ayam sebahagian besar pelanggan yang hanya berasa jijik apabila melihat klip video tetapi tidak lama kemudian kembali mengerumuni dan mendatangi restoran mamak yang telah terbukti kotor itu. 

Pengguna mempunyai kuasa untuk memboikot dan melaporkan kepada pihak berkuasa tentang mana-mana premis makanan yang bukan sahaja telah melanggar tatacara kebersihan dalam penyediaan makanan mahupun yang berharga mahal, tetapi juga untuk menyebarkan pencemaran tersebut bagi mengingatkan para pengguna yang lain agar tidak terkena sama. 


Gunakan kuasa pengguna yang ada pada kita dengan sebaik-baiknya. 

Jangan harap sangat dengan penguatkuasa daripada Jabatan Kesihatan atau KPDNKK... mereka terlalu sibuk dengan kerja lain!



 
Blogger Templates