Pages

Friday, April 27, 2018

DALAM USAHA MENAGIH UNDI SIMPATI DAN PERHATIAN, MAHATHIR MENGADU PESAWATNYA TELAH DISABOTAJ!!!



Seperti yang telah dijangkakan dari awal oleh banyak pihak, menjelang hari membuang undi pada 9 Mei, Dr. Mahathir akan melakonkan pelbagai watak sedih, sayu, dan meruntun hati dalam usaha meraih simpati dan perhatian.

Awal-awal lagi, Mahathir telah menggunakan helah Pakatan pada PRU-13 apabila mendakwa Najib Abdul Razak akan membawa pendatang dari Bangladesh sebagai PENGUNDI HANTU untuk memastikan kemenangan kepada Barisan Nasional.

Tidak cukup dengan itu, Mahathir juga mengetuai serangan ke atas SPR dengan mendakwa, SPR terutama sekali Pengerusi SPR dan RoS telah diupah oleh Najib untuk bersikap berat sebelah dalam usaha menafikan kemenangan Pakatan Harapan.

Sebelum ini pun, Mahathir sudah pun pre-empt kononnya nyawanya akan terancam dan ada pihak yang mahu melihatnya mati. Para penyokongnya mengangguk dan mengiakan tuduhannya tetapi lebih ramai yang menganggap, Mahathir sekadar mencari perhatian sambil cuba menekan Najib Abdul Razak selain cuba mengapi-apikan para penyokong dan rakyat Malaysia.

Barangkali pembunuhan seorang pensyarah UNIKL yang berasal dari Palestin, menjadi ilham terbaharu kepada Dr. Mahathir.

Hari ini, Dr. Mahathir mengeluarkan satu lagi kenyataan yang ditertawakan oleh banyak pihak. Dr. Mahathir mendakwa, pesawat yang dinaikinya untuk ke Langkawi bagi penamaan calon telah disabotaj. Dan katanya lagi, mujurlah sebelum berlepas, juruterbang telah memaklumkan tentang kerosakan tersebut.

Kononnya, kerosakan tersebut terlalu besar dan tidak boleh diperbaiki. Untuk itu, dia cuba meminjam pesawat daripada kawan-kawannya, tetapi tiada yang mahu meminjamkan pesawat mereka kepadanya kerana kononnya dihalang oleh pihak-pihak tertentu. Bagaimanapun, seorang rakannya akhirnya sudi meminjamkan sebuah pesawat untuknya ke Langkawi.

"Saya sepatutnya sampai awal di Langkawi, sebelum solat Jumaat tapi ada kapal terbang yang saya naik rosak, nasib baik juruterbang dapat kesan awal jika tidak mungkin saya meninggal dunia akibat nahas," katanya. (RUJUK SINI)

Mahathir nampaknya sudah mula berilusi yang bukan-bukan dalam usaha untuk mendapatkan perhatian dan undi simpati. Apakah Mahathir yang terkenal dengan genius dan bijaksananya dahulu, rupa-rupanya sekadar penuh dengan penipuan dan pembohongan?

Lebih aneh lagi, Mahathir memilih untuk mengadu kepada media, bukannya membuat laporan polis supaya boleh polis menyiasat tuduhan sabotaj yang dibuatnya!

 

MENGAPA DR. MAHATHIR, TONY PUA, RAFIZI RAMLI KHUSUSNYA TIDAK BERANI DATANG KE PROGRAM ARUL KANDA DAN MEMALUKAN CEO 1MDB ITU DENGAN HUJAH-HUJAH MEREKA?!!!



CEO 1MDB, Arul Kanda berterus-terang mencabar mana-mana pemimpin Pakatan bahkan para penyokong Pakatan untuk bersemuka dengannya dalam siri penjelajahannya di seluruh negara dalam isu yang membabitkan 1MDB. 

Tetapi sehingga ke hari ini, malah kali terakhir di kubu kuat DAP di Subang pun, tiada seorang pun pemimpin Pakatan seperti Dr. Mahathir, Muhyiddin, Lim Guan Eng, Azmin Ali, Rafizi Ramli, Govind Singh, bahkan Lim Kit Siang yang mahu bersemuka, berbahas dan menekan Arul Kanda dengan pelbagai persoalan tentang 1MDB. Peluang untuk membuktikan yang Najib Razak adalah Perdana Menteri pencuri, penyangak dan perompak selain wang 1MDB disamun untuk tujuan peribadi, dilepaskan begitu sahaja. Mereka enggan menutup mulut Arul Kanda yang semakin galak menjelajah dan 'cuba menutup kebobrokan Najib,' walaupun di atas pentas-pentas ceramah dan di media sosial, para pemimpin dan penyokong Pakatan terlalu berkobar-kobar menceritakan yang negara ini akan bankrap, rakyat sedang menderita dan kedaulatan negara sudah terjual. 

Dr. Mahathir yang mempunyai satu perangai huduh iaitu gemar melanggar majlis orang pun tak berani untuk melanggar program yang ada Arul Kanda walaupun pada masa yang sama, dipercayai menjadi taukeh-taukeh besar kepada pelbagai media dunia untuk mengecam Malaysia menggunakan 1MDB untuk kepentingan politik. Tiada seorang pun daripada mereka yang ada telur untuk bersemuka dan memalukan Arul Kanda walaupun mereka begitu bersemangat berkempen dengan memalukan Malaysia di mata dunia dengan membuat pelbagai tohmahan dan fitnah yang tidak berkesudahan. 


Seringkali isu 1MDI diulas dengan ribuan kenyataan media dikeluarkan oleh pihak Pakatan. Mereka bukan sahaja mengecam 1MDB dan Najib Abdul Razak, bahkan menuduh segala jentera kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan termasuklah Jabatan Peguam Negara, PDRM, SPRM dan badan kehakiman bersekongkol dengan Najib untuk menutup lubang 1MDB. 

Segala bentuk media digunakan untuk memburuk-burukkan Najib dalam isu 1MDB dan beratus-ratus bentuk cetakan digunakan untuk menjayakan kempen menjatuhkan Najib, bukannya mahu berterus-terang mengenai apa sebenarnya masalah 1MDB.

DAP dengan Tony Pua, Hannah Yeoh dengan Rafizi Ramli bangkit, gagah menceritakan peratus itu dan peratus ini, hutang itu dan hutang ini, sebat itu dan sebat ini, rompakan dan mencuri, tetapi tidak mahu membuka kertas siasatan.

Tuduhan melampau melibatkan penjawat awam turut dilemparkan. Beg-beg berisi dokumen 1MDB – kononnya dengan “money trail” atau jejak wang semua tertumpu pada MO1 (Malaysian Official 1) – merujuk Najib.



Lusa, Arul Kanda akan menghadiri sesi penerangan terbuka mengenai 1MDB di Ampangan, Negeri Sembilan, diikuti program sama di Seksyen 16 dekat Shah Alam, Selangor pada 28 April ini.

Harap-harap, adalah pemimpin Pakatan terutama sekali Tony Pua atau pun Dr. Mahathir sendiri yang hadir di dalam sesi penerangan dan penjelasan Arul Kanda. Setakat cabaran Tony Pua agar Arul Kanda mengadakan sesi penjelasan kepada Ahli-Ahli Parlimen Pakatan sepertimana yang 1MDB lakukan untuk Ahli-Ahli Parlimen PAS, tak guna. Sebabnya, terlalu ramai yang nak tengok dokumen-dokumen dan bukti-bukti terutama sekali MONEY TRAIL yang dikaitkan dengan Najib Abdul Razak yang akan ditunjukkan oleh para pemimpin Pakatan, kerana itu yang sering mereka momokkan.

Atau mereka boleh juga bertanya tentang mengapa Laporan General Audit di OSAkan. Atau tentang auditor-auditor bebas yang kononnya tidak diupah untuk membuat pengauditan ke atas 1MDB atau cabar Arul Kanda tunjukkan akaun 1MDB tahun 2014 - yang mana tidak pernah dan tidak mungkin akan dilakukan oleh mana-mana entiti di seluruh dunia termasuklah Dr. Mahathir dan akaun peribadinya apatah lagi ratusan syarikat anak-anaknya!




Thursday, April 26, 2018

PUSINGAN PERTAMA: 'BUDAK ZURAIDAH' ADAM ROSLY DIJATUHI HUKUMAN PENJARA 6 BULAN DAN DENDA KERANA MENIPU KETERANGAN DAN DOKUMEN!!!



Penganggur terkenal tetapi kaya raya selain anak saudara Azmin Ali adalah Adam Rosly. Adam Rosly merupakan Ketua AMK Ampang dan dikatakan 'orang kanan' Zuraidah Kamaruddin.

Pendedahan tentang kekayaan luar biasa Adam Rosly dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang tinggal di Ampang, Jamal Mohd Yunos. Pada mulanya, Adam Rosly memberikan pelbagai alasan tentang bagaimana dia memperolehi kekayaan luar biasa dalam masa yang singkat. 

Zuraidah Kamaruddin cuba membela Adam Rosly dengan mengatakan, Adam Rosly mewarisi kekayaan bapanya. Bagaimanapun, siri pendedahan seterusnya menunjukkan Adam Rosly tinggal bersama-sama neneknya di rumah PPRT sebelum itu dan pencapaian akademik tertingginya hanyalah SPM.

Adam Rosly kemudiannya dipanggil oleh SPRM untuk memberikan keterangan. Dengan wajah dan lagak seperti orang yang tidak bersalah, Adam Rosly menunjukkan aksi-aksi hebat di hadapan jurugambar dan wartawan di ibu pejabat SPRM Putrajaya. 

Dan tidak lama kemudian, dia ditahan sekali lagi kerana telah memberikan dokumen dan kenyataan palsu kepada SPRM walaupun kes pemilikan harta dan kekayaan luar biasanya, masih belum dibawa ke mahkamah. 

Hari ini, Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara selama 6 bulan dan denda RM30,000 kerana memberikan kenyataan palsu kepada SPRM berkenaan aktiviti rasuah. 

Adam telah didakwa melakukan kesalahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya antara 10 Februari dan 22 Februari tahun lepas. 


Adam Rosly yang berusia 31 tahun itu telah diberkas oleh SPRM bagi disiat kerana kekayaannya yang luar biasa, setelah Jamal Mohd Yunos mendakwa Adam Rosly memiliki sebuah banglo dan sejumlah besar kereta mewah, walaupun hanya menjawat jawatan di dalam PKR selama sepenggal. 

Dia telah menafikan sebarang salahlaku dan kekayaannya itu datang daripada perniagaan serta perwarisan. 

SPRM turut menyita banglonya yang menyerupai istana Disney dan lima buah kereta mewah. Akaun banknya, akaun bank isterinya yang mengandungi wang tunai bernilai lebih RM212,000 turut dibekukan. 

Adam Rosly berhadapan dengan enam pertuduhan. Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia telah didakwa memberikan kenyataan berakam palsu kepada dua orang pegawai penyiasat SPRM, di bawah Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Empat lagi pertuduhan, dia didakwa menggunakan dua dokumen perjanjian palsu daripada dua individu dan dua baucer tunai palsu daripada syarikatnya untuk memperdaya pegawai-pegawai penyiasat SPRM, di bawah Seksyen 89 akta yang sama.

NAK DAPAT PERHATIAN, SEKALI LAGI ROSMAH MANSOR JADI INDIVIDU YANG PERLU DIFITNAH DAN DITOHMAH!!!



Tidak seperti Siti Hasmah mahupun Betty Chew yang terselamat daripada serangan peribadi, Rosmah Mansor pula menjadi figur yang cukup diminati oleh para penyokong dan pemimpin Pakatan seandainya mereka tidak mempunyai isu-isu sensasi untuk diketengahkan. Pelbagai cerita-cerita negatif tentang Rosmah Mansor diuwar-uwarkan dalam pelbagai versi dan al-kisah. Sehinggakan apabila kita kompilasikan kesemua cerita berkenaan, kita boleh gambarkan Rosmah sebagai susuk raksasa bermata merah berkepala botak, berperut buncit, berkulit hijau, berbadan setinggi 12 kaki dan kegemarannya adalah makan budak!

Rosmah adalah figur atau tokoh yang telah dihitam, sehitam-hitamnya oleh para penyokong dan pemimpin pembangkang. Semuanya kerana mahu menyerang Najib Abdul Razak dan kemudian mengaitkannya dengan UMNO serta Kerajaan Barisan Nasional. 

Beberapa isu sebelum ini yang berkaitan Rosmah, telah dibawa ke mahkamah. Orang seperti Rafizi Ramli, Nga Kor Ming, Tian Chua, Tony Pua dan beberapa orang yang lain, telah menyatakan kekesalan mereka dan berjanji tidak akan mengulangi tohmahan terhadap Rosmah Mansor. Mereka disaman tetapi kemudian, mereka dimaafkan oleh Rosmah Mansor setelah menyatakan permohonan maaf dan kekesalan. Malahan Dr. Mahathir ketika diseret ke mahkamah pun, sekadar berkata, dia tidak ada bukti melainkan hanya mendengar cakap orang lain!


Rafizi Ramli sebagai contoh adalah orang yang paling lantang mentohmah dan menfitnah Rosmah Mansor khususnya dalam isu cincin RM24 juta. Akhirnya ketika di mahkamah, dia memberitahu yang dia 'CUMA BERGURAU'. 

Isu menfitnah Rosmah Mansor nampaknya berterusan dan menjadi trend yang paling disukai. Terbaharu adalah pendedahan yang dibuat oleh Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor. Penafian dan penjelasan kemudiannya dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO). 

Fitnah berkenaan diedarkan dalam klip audio WhatsApp mengenai dakwaan perbelanjaan kerajaan yang melampau untuk Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri. 

Dalam rakaman berkenaan, seorang individu telah membuat tuduhan tidak berasas dan liar tentang perbelanjaan kerajaan yang membabitkan Rosmah. Menurutnya, perbelanjaan yang amat tinggi dibuat oleh kerajaan bagi kek sambutan harijadi isteri Perdana Menteri dan kos pemasangan dua buah kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat Rosmah di Putrajaya. 

Kononnya, sumber berita berkenaan datangnya daripada seorang rakannya yang bertugas di Kementerian Kewangan. Dia juga mendakwa kononnya kutipan GST berjumlah RM70.1 juta sehari telah habis dicuri dan tidak ditemui dalam Perbendaharaan Negara.


Turut menjawab tuduhan tersebut, Rizal Mansor mencabar pembuat fitnah tersebut menunjukkan di mana kek berharga RM75 ribu itu dibeli. 

Menurut Rizal lagi, Rosmah bukanlah isteri Perdana Menteri pertama yang ada pejabat di Putrajaya. Sebaliknya dia adalah isteri Perdana Menteri pertama yang tidak mempunyai pejabat di Putrajaya. Ruang pejabat yang disediakan untuk isteri Perdana Menteri yang pernah digunakan oleh Siti Hasmah dahulu, kini telah diubahsuai untuk dijadikan ruang kerja pegawai.

Menjawab tuduhan tentang 2 buah CCTV berharga RM7 juta, Rizal menyifatkan tuduhan tersebut sebagai memperkecil-kecilkan kebijaksanaan dan akal rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang masih waras menurutnya, pasti sedar, bahawa ia adalah perkara yang langsung tidak masuk akal. Apatah lagi, Rosmah sendiri tidak mempunyai pejabat di MOF mahupun di PMO, di manakah dua CCTV tersebut dipasang. 

Wang kutipan GST dimasukkan ke Kumpulan Wang Disatukan. Semua perbelanjaan dan pengurusan negara menggunakan wang itu. Tuduhan mengatakan wang GST telah habis dicuri dalam tempoh sehari, adalah sesuatu yang amat tidak masuk akal memandangkan pengeluaran wang negara bukanlah seperti mengeluarkan wang dari tabung gajah. 



Sebenarnya si penfitnah itu cuba untuk menggambarkan kononnya negara sudah kehabisan wang kerana terpaksa digunakan untuk menampung perbelanjaan boros Rosmah Mansor. Namun pelbagai data dan fakta kewangan negara menunjukkan yang sebaliknya, sehinggakan pelbagai bentuk pembangunan infrastruktur seperti lebuhraya TANPA TOL di Kelantan yang dikenali sebagai Lebuhraya CSR (Merapoh-Kubang Rusa) selain Lebuhraya Pan Borneo yang juga dibina TANPA TOL.

Difahamkan, PMO telah membuat laporan kepada polis dan SKMM berhubung fitnah berkenaan. Individu yang terlibat dalam pembuatan dan penyebaran berita palsu ini boleh disiasat di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018. Jika sabit kesalahan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali.


PEREBUTAN JAWATAN MENTERI BESAR KEDAH... MUKHRIZ SALAH PERCATURAN LAGI!!!



Seringkali generasi muda yang lahir pada tahun 90-an bertanya apa bezanya Mahathir dan Anwar Ibrahim. Lebih-lebih lagi sekarang ini, kedua-duanya bergabung untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak yang merupakan penentu kuasa Mahathir pada tahun 1987 dan Team Wawasan Anwar Ibrahim 1993.

Sebenarnya tidak banyak beza antara kedua-duanya. Sebab kedua-duanya datang daripada acuan yang sama iaitu PEMUJA MACHIAVELLIANISME. Kedua-duanya adalah penggemar 'MATLAMAT MENGHALALKAN CARA'. 

Namun sedikit berbeza, Anwar adalah seorang yang gopoh dan tidak berhati-hati sehingga banyak jejaknya dapat dicium dan dijangka. Anwar terlalu terpengaruh untuk menonjol sebagai seorang superhero yang akan menyelamatkan dunia. Manakala Mahathir pula, menggunakan orang lain atau proksi untuk bertindak. Lebih tepat lagi, baling batu sembunyi tangan. Dek kerana itulah, Gerakan Reformasi Anwar Ibrahim masih gagal untuk merampas kuasa biarpun pada tahun 1999, gerakannya menyeluruh di seluruh Malaysia, bahkan mampu menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara ini menerusi siri tunjuk perasaan jalanan sehingga mendapat perhatian dunia, khususnya Amerika Syarikat apabila Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore berterus-terang menyatakan sokongan kepada gerakan Anwar itu.


Seperkara lagi yang menjadi kelebihan kepada Mahathir berbanding Anwar ialah tindakannya yang lebih tersusun sehingga jejaknya payah dikesan dan mempunyai pelbagai lapisan serta peringkat proksi sebelum sampai kepadanya. Justeru sebarang tuduhan yang dilemparkan kepada Mahathir seperti skandal pembelian pesawat A4 Skyhawk yang sebenarnya pembelian besi buruk dengan harga yang sangat mahal dan pesawat tersebut merupakan pesawat yang paling pendek khidmatnya dalam TUDM kerana terlalu banyak masalah (RUJUK SINI), hanya berakhir kepada proksi-proksinya seperti Tan Sri Appaavo Packiri Arumugam atau Tan Sri AP Arumugam dengan syarikatnya, Mahkota Technologies yang memonopoli pelbagai kontrak lumayan kerajaan.

Begitu jugalah dengan anaknya, Mukhriz Mahathir yang pernah diangkat sebagai Menteri Besar Kedah yang paling singkat perkhidmatannya memandangkan kekerapannya pulang ke Kuala Lumpur atau bercuti di luar negara bersama-sama keluarganya.


Antara sebab Mahathir memusuhi Najib adalah tuduhannya, Najib enggan membantu Mukhriz untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO dan kemudian Naib Presiden UMNO. Usaha Mahathir untuk mengangkat anaknya memang sangat jelas, walaupun dia pernah menyatakan tidak menyokong anak-anaknya berpangkat dalam politik. Yang jelas, walaupun kelihatan seperti tidak menyokong anak-anaknya dalam politik, tetapi dia sangat kuat menyokong anak-anaknya membalun kontrak-kontrak lumayan kerajaan menerusi kaedah runding terus seperti yang diperolehi oleh Mukhriz sendiri menerusi OPCOM. Malah anak-anaknya merupakan antara orang terkaya di Malaysia ketika dia menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. 

Sedar bahawa Mukhriz tidak begitu diterima di Kedah kerana gaya hidupnya dan keluarganya, Mahathir terpaksa bersekutu dengan musuh-musuh lamanya seperti Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Dia berharap persengkokolan tersebut akan lebih memudahkan Mukhriz untuk mendaki tangga politik.

Namun perkembangan terbaharu di Kedah pula menunjukkan sebaliknya. 

Kedah adalah antara negeri yang menjadi idaman PKR. Ketika PKR masih bekerjasama dengan PAS, PKR banyak mengecek kerusi-kerusi selamat PAS untuk menjadi dominasi di negeri tersebut. PAS diminta untuk memberikan sokongan kepada PKR. Namun pengundi-pengundi Kedah tidak begitu teruja dengan PKR memandangkan PKR Kedah tidak mempunyai tokoh-tokoh heavyweight. Kebanyakan pemimpin-pemimpin PKR Kedah hanyalah penumpang. 


Sebelum ini, DAP Kedah telah mewuar-uwarkan yang mereka akan bertanding di DUN Gurun memandangkan DUN tersebut mempunyai pengundi Cina yang agak ramai. Bagaimanapun, akhirnya DAP memberi laluan kepada PKR menerusi 'calon MB Kedah PKR' Johari Abdul untuk mencuba nasib itu bersandarkan sokongan daripada pengundi Cina yang dikatakan penyokong tegar DAP. 

PPBM selama ini memperkenalkan Mukhriz Mahathir sebagai bakal Menteri Besar Kedah seandainya berjaya menggulingkan UMNO-BN pada PRU-14. Bagaimanapun, laluan yang dipilihnya untuk ke jawatan tersebut, kelihatan terlalu sukar memandangkan lawan yang akan dihadapinya adalah Aminuddin Omar, penyandang DUN Jitra yang bukan sahaja sentiasa berada di kawasan dan mengambil berat hal ehwal warga Jitra, malahan Aminuddin Omar juga lebih dikenali dengan nama panggilannya, 'Pak Tam' berbanding Mukhriz yang dikenali sebagai 'Warga FireFly' ekoran kekerapannya menggunakan perkhidmatan penerbangan tersebut untuk berulang-alik ke Kuala Lumpur ketika menjawat jawatan Menteri Besar Kedah.

Sebenarnya apabila Johari Abdul menjadi calon di DUN Gurun, ia adalah isyarat jelas bahawa PKR Kedah sebenarnya enggan dan tidak mahukan anak Mahathir kembali menjadi Menteri Besar sekiranya Pakatan Harapan Kedah menang majoriti pada PRU-14 nanti. PKR Kedah merupakan antara yang paling kuat mengkritik dan mengungkit tentang ketidakbertanggungjawaban Mukhriz sepanjang menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Kedah. Malah PKR Kedah juga merupakan antara pihak yang paling kuat mengecop Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah tidak berwawasan dan kuat berlakon.


Johari Abdul sebenarnya tidak mempunyai banyak masalah untuk menawan DUN Gurun walaupun dia mungkin akan diprotes oleh sebahagian kecil pengundi tegar DAP yang kecewa kerana calon DAP tidak bertanding di situ. Bagaimanapun, masalah terbesar Johari Abdul ialah para penyokong PPBM yang sudah tentu tidak mahu melihat Johari Abdul menyaingi Mukhriz Mahathir ke jawatan Menteri Besar Kedah walaupun terdapat konsesi bahawa jawatan Menteri Besar Kedah adalah milik Mukhriz Mahathir. Ini adalah kerana PKR seringkali dilihat mengubah persetujuan pada saat-saat genting terutama ketika kelebihan berpihak kepada mereka.

Dan dalam persaingan tersebut, satu lagi nama yang sangat berpotensi adalah Amiruddin Hamzah yang telah melompat dari PAS ke PPBM. Sebelum ini pun, semasa dia di dalam PAS, dia kerap digambarkan sebagai bakal Menteri Besar Kedah walaupun akhirnya dia terpaksa 'mengalah' kepada Phahrolrazi Zawawi yang kini berada dalam kem PAN, seorang lagi yang bercita-cita menjadi MB Kedah.

Wednesday, April 25, 2018

KURANGKAN KERUGIAN, WAN AZIZAH DAN NIK NAZMI TERPAKSA BERBOHONG, AZMIN-RAFIZI SEDANG BEKERJASAMA!!!



Menjelang penamaan calon pada Sabtu nanti, gejolak yang melanda PKR semakin ketara biarpun beberapa nama yang digugurkan daripada pencalonan sebelum ini, telah dinaikkan kembali. Dan sedar tentang bahana yang sedang menimpa PKR sekiranya kerosakan tersebut tidak diperbaiki segera, Ketua AMK Nik Nazmi tampil dengan fakta bohong, kononnya tidak wujud fraksi-fraksi di dalam PKR. Wan Azizah yang diketahui terlalu lemah dan amat bergantung kepada Rafizi Ramli pula, terpaksa menyatakan bahawa di dalam PKR hanya wujud 'KEM WAN AZIZAH', sedangkan dia sendiri tidak dapat menjawab mengapa dia tidak mampu menyembunyikan kebenciannya kepada Azmin Ali tiga hari lepas di Bukit Mertajam.

Kisah pertembungan fraksi di dalam PKR, bukan hanya baru sekarang berlaku. Sudah terlalu lama. Serangan antara satu fraksi ke atas satu fraksi yang lain dengan Wan Azizah sekadar jadi boneka yang tidak mampu berbuat apa-apa, sudah lama dapat disaksikan termasuklah di media-media sosial. 


Tentunya ramai yang masih ingat bilamana Latheefa Koya yang dikenali sebagai 'orang Azmin' menyerang dan mencerca Rafizi Ramli dalam beberapa isu termasuklah mendedahkan kepada awam yang Rafizi Ramli mewujudkan INVOKE untuk membolehkannya menjadi 'playmaker' di dalam PKR.

Dan dalam kes terbaharu membabitkan pengguguran nama calon-calon yang telah diutarakan oleh Azmin Ali sehingga mendorong Zuraidah Kamaruddin bergegas mendapatkan Wan Azizah untuk mendesak penjelasan, sekali lagi tudingan dibuat kepada Rafizi Ramli yang juga merupakan Naib Presiden PKR. 

Kebergantungan Wan Azizah dan Nurul Izzah kepada Rafizi Ramli, menyebabkan Rafizi didakwa sebagai dalang yang berselindung di sebalik tindakan dan keputusan Wan Azizah. Apatah lagi setiap kemelut dan gejolak yang melanda PKR, pasti yang terselit adalah nama Rafizi Ramli.

Rafizi Ramli perlu diperakui, dialah sebenarnya arkitek PKR. Azmin Ali sudah lama hilang minat dengan PKR kerana dia terlalu sibuk mengumpul kekayaan, proksi dan kroni seperti yang dapat dilihat dalam beberapa pendedahan skandal termasuklah Tanah Peneroka Ijok dan Wetland selain industri pasir yang menyaksikan anak saudaranya dan beberapa orang proksinya disergap SPRM.



Tahun lepas, Rafizi Ramli diserang oleh anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya yang menuduh dia adalah punca perpecahan Pakatan Rakyat (PR) dengan rancangan 'LANGKAH KAJANG' pada tahun 2014 bagi menggulingkan Menteri Besar Selangor pada waktu itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kata Latheefa, 'LANGKAH KAJANG' sebenarnya adalah rancangan untuk menghalang Azmin Ali daripada dilantik sebagai Menteri Besar.

“Dia dan orang kuatnya yang merancang kesemua itu secara rahsia, tidak satu pun diluluskan di mesyuarat parti. Malah Biro Politik juga tidak tahu langsung,” kata Latheefa dalam siri kritikannya terhadap Rafizi.

Sebelum ini, beberapa orang pemimpin PKR bertikam lidah berhubung soal rundingan bersama-sama PAS untuk menentukan bilangan dan kedudukan kerusi pada PRU-14. Azmin merupakan penyokong kuat rundingan tersebut. Rafizi pula adalah penentang rundingan tersebut yang berjaya mempengaruhi beberapa orang anggota Biro Politik PKR lain yang lebih berpengarauh untuk tidak bersetuju PKR bertindak di luar kerangka kerjasama Pakatan Harapan yang menggabungkan PKR dengan DAP, PPBM dan PAN.

Azmin Ali kalah dalam pertarungan tersebut. PKR gagal memperolehi kerjasama dengan PAS yang telah banyak membantu parti tersebut dalam arus politik massa semenjak ditubuhkan pada tahun 1999. 


30 Mei 2016, Rafizi menimbulkan kegemparan apabila membuat pendedahan dan dakwaan berhubung rasuah wang dan wanita dalam Kerajaan Selangor yang diketuai oleh Azmin Ali. Rafizi membuat dakwaan itu dalam perbualan menerusi aplikasi WhatsApp. Rafizi kemudiannya membuat laporan kepada SPRM dan mengemukakan bukti-bukti bagi menyokong dakwaannya. Azmin Ali pula cuba menafi dan menolak dakwaan tersebut sambil menyifatkannya sebagai kempen memburuk-burukkannya.

Dakwaan Latheefa Koya bahawa Rafizi sebenarnya sedang cuba memecahbelahkan PKR, ada kebenaran berdasarkan apa yang sedang berlaku dalam parti tersebut. Kebergantungan Wan Azizah dan Nurul Izzah kepada dirinya, membolehkan Rafizi bergerak bebas dan melaksanakan segala perancangannya dengan baik dan tanpa dapat dihalang oleh sesiapa pun. Azmin Ali yang suatu masa dahulu dilihat mempunyai kuku dalam PKR, lebih sibuk bergelut dengan masalah peribadinya yang boleh menyebabkannya, bukan sahaja hilang jawatan tetapi juga dihumban ke lantai penjara kerana penyelewengan dan skandal kewangan yang parah.

Dan tidak hairanlah mengapa kemelut pengguguran pencalonan senarai yang diberikan oleh Azmin Ali begitu ketara walaupun Rafizi Ramli sebenarnya tidak berkuasa di Selangor!


Tuesday, April 24, 2018

LAGI ORANG AZMIN KENA CARAS, KALI INI N.SURENDRAN DAN MANIVANNAN!!!



Pertemuan antara Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim di Pusat Rehabilitasi Cheras, nampaknya tidak membuahkan hasil yang diharapkan oleh Menteri Besar Selangor itu. Ternyata, Anwar Ibrahim sendiri tidak meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Azmin Ali yang pernah menjadi orang kanannya. 

Pengguguran Ahli Majlis Kepimpinan Pusat PKR N.Surendran sebagai calon PRU-14 walaupun merupakan penyandang kerusi Parlimen Padang Serai selain Gan Pei Nei yang merupakan penyandang kerusi DUN Rawang, merupakan satu tamparan besar kepada Azmin Ali yang sedang berusaha mempertahankan wibawanya selaku Timbalan Presiden PKR. 

Turut digugurkan adalah Ahli Parlimen Teluk Kemang, Kamarul Baharin Abbas, Ahli Parlimen Batu Pahat Mohd Idris Jausi dan Ahli Parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong. Kesemua mereka sebelum ini dilihat sebagai 'ORANG AZMIN ALI'. 

Pengganti mereka pula adalah Rosman Jonet, Mohd Rashid Hasnon dan Tan Yew Kew yang dikenali sebagai 'ORANG RAFIZI RAMLI'. 

Bagaimanapun, beberapa Ahli Parlimen PKR yang tidak mempertahankan kerusi masing-masing, akan bertanding di Kerusi DUN. Antara mereka termasuklah Ahli Parlimen Alor Star Gooi Hsiao Leong yang akan bertanding di Bukit Tengah di Pulau Pinang, manakala Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan pula akan bertanding di Hutan Melintang di Perak.

Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian akan bertanding di DUN Kajang manakala bekas Ahli Parlimen Lumut Mohamad Imran Abdul Hamid akan bertanding di Bukit Chandan. 


Sementara itu, Tian Chua yang merupakan antara 'ORANG AZMIN' yang sepatutnya digugurkan daripada dicalonkan, kembali dicalonkan di Parlimen Batu, sekaligus mempertahankan kedudukannya sebelum ini. Pengesahan pencalonan tersebut mengakhiri spekulasi yang Tian Chua akan digugurkan, sekaligus 'berehat' atau 'keluar dari PKR' seperti yang hangat diperkatakan sebelum ini. 

Dalam satu kenyataan media pada Selasa, PKR mendedahkan senarai penuh pencalonan di Parlimen dan DUN di Semenanjung Malaysia.

Antara yang menarik ialah Presiden PKR, Wan Azizah akan bertanding di Kerusi Parlimen Pandan. Manakala anaknya, Nurul Izzah akan bertanding di Permatang Pauh manakala Ketua AMK Nik Nazmi akan bertanding di Setiawangsa.

Kamaruddin Jaafar, seorang lagi 'rakan sekongkol Azmin' yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen PAS akan meninggalkan kerusi Parlimen Tumpat untuk bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak. Manakala Dr. Tan Yee Kew, bekas AJK Pusat MCA, akan bertanding di Wangsa Maju menggantikan Tan Kee Kwong.


PENYANDANG DUA PENGGAL KERUSI DUN RAWANG DARI PKR, GAN PEI NEI DIGUGURKAN KERANA DITUDUH SONGLAP DANA PERUNTUKAN!!!



Senarai nama calon-calon PKR telah pun dikeluarkan kalau berdasarkan tular di WhatsApp. Walaupun nama Hasniza Talha (Taman Medan) dikatakan telah dicantas oleh Wan Azizah, tetapi berdasarkan senarai terbaharu, Hasniza Talha dicalonkan untuk bertanding di DUN Lembah Jaya. Manakala pegawai khas Azmin Ali yang sebelum ini didakwa terlibat dalam skandal rasuah selain mengumpulkan kekayaan luar biasa dalam masa terdekat, Hilman Idham pula dicalonkan di Gombak Setia.

Yang betul-betul tercicir daripada senarai pencalonan adalah ADUN Rawang selama dua penggal, Gan Pei Nei, Yaakob Sapari (Kota Anggerik), Mohd Razlan Jalaluddin (Kota Damansara).


Malang bagi Gan Pei Nei. Antara alasan yang diberikan mengapa dia digugurkan daripada pencalonan untuk PRU-14 adalah dakwaan menyalahgunakan dana.

Sebelum ini, Malaysiakini telah melaporkan, Gan sambil menangis mendakwa dia telah menjadi mangsa surat layang dan dia langsung tidak diberikan peluang untuk membalas tuduhan-tuduhan tersebut. Menurutnya, dia akan membuat laporan kepada SPRM dan akan menghantar bukti-bukti perlu bagi membersihkan namanya. 

Bagaimanapun, difahamkan, tuduhan tersebut tidak terdapat di dalam surat layang berkenaan. Sebaliknya rungutan telah dibuat dan bukti-bukti yang disertakan sekali membangkitkan persoalan penting yang perlu dijawab oleh Gan.

Sumber juga berkata, tiada sebarang keputusan dibuat berdasarkan tuduhan-tuduhan berkenaan dan tiada sebarang bukti yang menunjukkan Gan memperolehi faedah daripada sebarang salahlaku. (RUJUK SINI)


Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul berkata, berbanding Wan Azizah, Azmin lebih tahu tentang keupayaan setiap calon PKR di Selangor. Justeru, tindakan Wan Azizah mencantas calon-calon yang telah dikemukakan oleh Azmin Ali, amat mengejutkannya sedangkan pemilihan tersebut dibuat sendiri oleh Azmin. 

Pada masa yang sama, Johari Abdul turut mengesahkan wujud ketegangan di kalangan pucuk pimpinan PKR berhubung isu pencalonan di Selangor. 

Ramai yang melihat perebutan kuasa tersebut adalah antara fraksi Azmin Ali dan fraksi Wan Azizah yang diketuai oleh Rafizi Ramli. Dua hari lepas, ketika pelancaran jentera PKR di Bukit Mertajam, Wan Azizah terburu-buru meninggalkan majlis apabila pengacara menjemput Azmin Ali untuk berucap.


Monday, April 23, 2018

PERINTAH MAHKAMAH TINGGI KETEPIKAN PENGGANTUNGAN SEMENTARA PPBM, LEGAKAN MAHATHIR YANG DIDESAK SUPAYA TIDAK BERTANDING ATAS LOGO PKR!!!



Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenepikan perintah penggantungan sementara yang dikeluarkan oleh RoS terhadap PPBM. Sekaligus membolehkan PPBM mengemukakan permohonan semakan kehakiman termasuklah untuk membatalkan keputusan oleh RoS untuk membubarkan parti itu dibicarakan di mahkamah. (RUJUK SINI

Sekaligus berita dan keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu menolak dakwaan dan tuduhan bahawa mahkamah di Malaysia berpihak kepada kerajaan semata-mata.

Muhyiddin Yassin, Presiden PPBM menyambut baik keputusan mahkamah tersebut dan bertakbir di dalam kenyataan medianya dan berkata, hakim telah membuat keputusan atas kepentingan awam. Bagaimanapun, PPBM tetap akan bertanding dalam PRU-14 dengan menggunakan logo PKR selaras dengan keputusan bersama PPBM, DAP, PKR dan PAN. (RUJUK SINI)

Sementara itu, pertikaian dan perbalahan antara fraksi di dalam PKR membabitkan kumpulan pro-Azmin dan pro-Rafizi, masih berterusan dan menimbulkan rasa jengkel kepada Ambiga Sreevanasan. Media melaporkan, semalam ketika pelancaran pusat operasi PKR Seberang Jaya, Wan Azizah meninggalkan majlis ketika pengacara menjemput Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memberikan ucapan pada majlis berkenaan. 


Wan Azizah kemudiannya meluru ke arah kenderaannya sebelum disusuli Pengerusi PKR Pulau Pinang, Mansor Othman. Ketika ditanya oleh wartawan, Wan Azizah berkata, dia terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana urusan parti dan perlu menandatangani watikah calon. (RUJUK SINI)

Sebelum itu, beberapa portal berita melaporkan Presiden PKR itu telah menolak lapan nama yang diajukan oleh Azmin Ali sebagai calon di Selangor. Keadaan itulah yang dikatakan punca menyebabkan hubungan kedua-dua pemimpin itu tegang. Salah seorang yang digugurkan adalah Tian Chua. Tian Chua dalam sidang media akhbarnya semalam menasihati kepimpinan PKR lebih berhati-hati dalam pemilihan calon pilihanraya. 

Ambiga dalam satu kenyataan berkata, 'perbalahan mengarut dalam PKR tidak boleh dimaafkan'. Perbalahan yang berlaku antara fraksi PKR, begitu mengecewakan, kata Ambiga. 


"Saya yakin parti-parti lain juga ada masalah tapi mereka dapat mengatasinya demi rakyat." (RUJUK SINI)

Sementara itu, dua hari lepas, sekumpulan ahli akar umi PKR memberikan tempoh enam hari kepada pucuk pimpinan untuk mengeluarkan nama Tun Dr. Mahathir daripada bertanding pada PRU-14 menggunakan logo parti itu. 

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Bukit Gantang, Muhammad Faisal Zainal berkata, jika tuntutan itu tidak dipenduhi dalam tempoh berkenaan, mereka akan mengambil beberapa tindakan drastik. 


Jentera propaganda PKR bertindak pantas dengan mengeluarkan sepucuk surat yang merujuk Muhammad Faisal Zainal ke Jawatankuasa Tatatertib Parti dan dikatakan telah meletakkan jawatan sekaligus keluar dari PKR. 

Terdahulu, kira-kira 50 orang ahli PKR dari Perak, Kedah, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan berhimpun di hadapan ibu pejabat PKR bagi membantah penggunaan logo PKR oleh Dr. Mahathir. Jentera propaganda PKR menuduh mereka adalah, orang-orang upahan UMNO yang menyamar sebagai ahli PKR.


Kumpulan terbabit berpendapat, PKR ditubuhkan kerana tindakan Dr. Mahathir sebelum ini dan keputusan membenarkan pemimpin tua itu bertanding atas tiket PKR dan mahu melantiknya semula sebagai Perdana Menteri adlah tindakan paling tidak berprinsip. 
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, mungkin akan menjadi pemangkin walaupun Muhyiddin Yassin berkeras yang partinya akan menggunakan logo PKR untuk PRU kali ini.


KESIAN MAHFUZ OMAR, MAKIN LAMA MAKIN SUNYI WALAUPUN DIA CUBA GUNA MODAL, PAS MAKAN RASUAH UMNO!!!



Mahfuz Omar bukanlah nama yang perlu diperkenalkan lagi. Sama ada dia mengeluarkan kenyataan bodoh yang menunjukkan tahap pemikirannya yang tidak pernah bermutu, atau sekadar berteori dengan sangka-sangkanya sambil cuba menyembunyikan kedangkalannya dalam banyak bidang, khususnya melibatkan kewangan dan ekonomi, Mahfuz Omar tetap dikenali dan menonjol. 

Lebih-lebih lagi setelah dia keluar dari PAS dan kemudian menuduh PAS telah menerima wang rasuah di samping memperkecil-kecilkan sokongan ahli-ahli PAS yang diketahui jumud, ekstrem dan cukup setia dengan parti semata-mata untuk menafikan yang PAS mempunyai wang mereka sendiri hasil tabungan dan derma daripada ahli-ahli serta pensimpati parti lamanya.

Kini Mahfuz Omar berada dalam PAN setelah mengetahui PAS tidak lagi berminat untuk mencalonkannya di Pokok Sena, Parlimen yang telah diwakilinya selama tiga penggal - kali pertama pada tahun 1999, kalah pada tahun 2004 tetapi menang dua kali pada tahun 2008 dan 2013. 

Ketika PAS Kedah di bawah kepimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bergolak walaupun telah menjadi Kerajaan Negeri Kedah, Mahfuz dikatakan menjadi musuh dalam selimut Allahyarham. Mahfuz cuba menjadi pencatur politik PAS Kedah apabila bersama-sama Phahrolrazi Zawawi melakukan serangan-serangan dari dalam untuk menggulingkan Allahyarham. Mahfuz bertindak pada peringkat Pusat, manakala Phahrolrazi pula bertindak di peringkat negeri. 



PAS akhirnya kehilangan Kedah dalam PRU-13. Hubungan Mahfuz Omar dengan DAP semakin akrab dan Mahfuz banyak bersama-sama DAP berbanding bersama-sama PAS. Lebih banyak mengangguk dengan DAP dan sanggup bertegang urat dengan para pemimpin PAS. 

Justeru tidak hairanlah apabila PAS beberapa kali 'menghalau' Mahfuz agar keluar dari parti tersebut dan langsung tidak mempercayainya lagi. Apatah lagi sebagai Ahli Parlimen, Mahfuz tidak banyak membantu masyarakat setempat yang diwakilinya, malah menentang sebarang perubahan positif termasuklah pembinaan perumahan mampu milik di Pokok Sena. 

20 April lalu, selama sejam, Mahfuz cuba mempengaruhi anak-anak muda Pokok Sena di DUN Bukit Lada, lebih tepat lagi di PDM Jabi, di rumah Mat Gendang, Kampung Jabi bersama-sama PPBM Pokok Sena. 


Program tersebut sebenarnya adalah program kedua Pakatan Harapan di PDM Jabi. Beberapa bulan lepas, program yang sama telah diadakan dan menarik kedatangan ramai orang. Malangnya, program kali kedua, Mahfuz Omar, Abdullah Suady Ramadhan, Azhaily Zainol Abidin dan Juhari Hanafiah gagal menarik kedatangan lebih ramai pengunjung. Kempen dan ceramah yang penuh bersemangat Mahfuz dan Abdullah Suady Ramadhan hanya mampu menarik lebih kurang 20 orang sahaja hadirin dengan 5 orang di bawah khemah dan selebihnya di bawah pokok di luar khemah. 

Walaupun sebelum itu diadakan persembahan silat dan gendang silat, ternyata para pengundi di PDM Jabi kurang berminat dengan Mahfuz dan rombongannya.


Isi kandungan ceramah Mahfuz masih berkisar tentang peri pentingnya Najib dan Barisan Nasional perlu digulingkan. Tentang tanah ATM yang dikatakan oleh Rafidah Aziz telah dijual dan kemudian dijawab oleh ATM sendiri, tentang GST yang kononnya akan dihapuskan, tentang ECRL yang menyebabkan Malaysia dijajah oleh China dan menyelamatkan Kedah daripada Ahmad Bashah. 

Kesian Mahfuz Omar... makin lama, dia semakin ketinggalan dan semakin kuno. Sepatutnya dia menerangkan, apa kebaikan dirinya untuk dipilih bagi penggal keempat sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena dan apa sumbangannya kepada Pokok Sena setelah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen. Kalau setakat menuduh orang itu rasuah, orang ini rasuah tetapi pada masa yang sama, Mahfuz Omar makan gaji buta sebagai Ahli Parlimen, ia tidak akan membantu rakyat.


Friday, April 20, 2018

IMPIAN TSUNAMI MELAYU DI PAGOH TIDAK KESAMPAIAN, DR. MAHATHIR NAIK KE PENTAS, CINA-CINA BELAH TINGGALKAN LOKASI CERAMAH!!!



Kempen Pakatan Harapan yang bersimbolkan Mata Lebam PKR dan diketuai oleh DAP, terus diperhebatkan di Johor. Malam tadi, kempen dan ceramah turut melibatkan Dr. Mahathir di Pagoh. Lebih tepat lagi di Lot 18185, Kampung Sri Tanjong, Panchor, Pagoh.

Tiada apa-apa yang baharu, melainkan seruan agar orang ramai menggulingkan Najib Abdul Razak dan Barisan Nasional, kemudian memilih Pakatan Harapan yang dikatakan akan memacu ekonomi negara lebih baik, menyelenggara dan mengelolakan pentadbiran yang lebih telus serta jujur selain tidak rasuah, meskipun sebahagian besar daripada para pemimpin Pakatan Harapan terutama sekali Mahathir, Azmin Ali, Lim Guan Eng dan Mahyuddin terlibat dalam pelbagai skandal kewangan. Malahan Lim Guan Eng sendiri, sedang berhadapan dengan kes mahkamah berkenaan rasuah dan salahguna kuasa walaupun dia cuba menangguhkan kesnya dengan mempertikaikan undang-undang negara.


Menjelang 19 hari lagi pengundian, Pakatan Harapan terpaksa bertungkus lumus untuk merealisasikan impian DAP terutama dalam menguasai Johor buat kali pertama, dan Dr. Mahathir menebus malunya selepas anaknya, Mukhriz Mahathir bukan sahaja gagal menjadi Naib Presiden UMNO dan ditendang daripada jawatan Menteri Besar Kedah, tetapi juga mendapatkan kembali keuntungan-keuntungan besar daripada projek-projek kerajaan untuk kroni-kroninya yang telah dicantas oleh Najib Abdul Razak.

Turut diumumkan malam tadi adalah calon-calon PKR mewakili PPBM untuk PRU di Parlimen dan DUN Johor. Berikut adalah senarai yang diumumkan oleh Dr. Mahathir:

Buluh Kasap: Rosamsu Mohd Yusuf
Tenang: Solihin Badri
Sri Medan: Ajib Omar
Semarang: Zaid Mohd Hakim
Parit Raja: Firdaus Kayan
Machap: Ahmad Akhir
Kahang: Norlihan Arip
Endau: Nurul Asarul
Panti: Wan Juwahir
Puteri Wangsa: Mazlan Bujang
Permas: Dato' Che Zakaria
Larkin: Izhar Ahmad
Kempas: Osman Sapian
Muar: Syed Saddiq
Sri Gading: Saharuddin Mat Salleh
Simpang Renggam: Mazli Malik
Mersing: Nasir Ajib
Tenggara: Norjefri Jailani
Kota Tinggi: Azlinda Abdul Latif
Pengerang: Wan Norliza Gatiman
Pontian: Karmaine Sardini
Tanjung Piai: Farid Mat Rap
Pagoh: Mahyuddin Yassin



Antara pemimpin Pakatan yang turut hadir memberi ucapan dan ceramah malam tadi adalah Dr. Mahathir, Muhyiddin Yassin, Liew Chin Tong yang mewakili Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, Nurul Izzah, Rafizi Ramli dan Syed Saddiq.

Jumlah kehadiran adalah lebih kurang antara 5000 sehingga 6000 orang walaupun penyokong Mahathir memaklumkan yang jumlah kehadiran adalah lebih 10,000 orang. 55% daripada jumlah kedatangan adalah orang Melayu. Jumlah pengundi di Pagoh adalah lebih kurang 53,000 orang.

Pada PRU-13 lalu, jumlah pengundi di Pagoh adalah seramai lebih kurang 47,000 orang. Barisan Nasional yang diwakili oleh Muhyiddin Yassin menang 26,274 undi berbanding calon PAS yang memperolehi undi sebanyak 13,432 undi.



Namun sesuatu yang menarik berlaku malam tadi. Sebenarnya ia adalah ulangan kepada apa yang berlaku di Parit Jawa sebelum ini.

Sebaik-baik sahaja Dr. Mahathir naik ke pentas untuk memberikan ucapan, hadirin Cina beramai-ramai meninggalkan lokasi ceramah. Mungkin untuk menutup malu ekoran isyarat penolakan pengundi-pengundi Cina ke atas dirinya, di atas pentas, Dr. Mahathir 'terpaksa' mengumumkan bahawa hadirin Cina terpaksa pulang awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.


Tuesday, April 17, 2018

HADI KATA, MAHATHIR ELOKNYA JADI DOKTOR PERCUMA KLINIK 1MALAYSIA, MAHATHIR BALAS BALIK, HADI ELOK AJAR AGAMA DI KAMPUNG-KAMPUNG SAHAJA!!!



Mengamuk sakan Dr. Mahathir apabila Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menasihatinya agar lebih baik menjadi doktor yang menyumbangkan khidmat secara percuma di Klinik 1Malaysia Langkawi berbanding menyertai pilihanraya umum (PRU) ke-14.

Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika merasmikan sebagai jambatan di Juru, Pulau Pinang. Menurutnya, dia bersimpati dengan bekas Perdana Menteri itu kerana masih lagi terlibat dalam politik ketika berusia lebih 90 tahun. 

Presiden PAS itu turut melahirkan kerisauan kerana sebagai warga emas, Mahathir masih lagi gemar bercakap dalam semua hal termasuklah dalam hal agama yang dia sendiri tidak mahir.

"Dia ni semuanya dia nak cakap belaka. Agama nak cakap, politik pun nak bercakap. Bab agama - Quran (dia) tak boleh terima semua. Hadis tak boleh pakai. Macam-macam," kata Abdul Hadi yang lebih dikenali sebagai Ayah Chik di kalangan para penyokongnya. 

"Patutnya, dia serang doktor, kerja di Klinik 1Malaysia bagi rawatan percuma, buat kebajikan. Ini disuruh bertanding (dalam PRU). Kesian dia," katanya dengan nada ketawa dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di Facebook Abdul Hadi. (RUJUK SINI)

Mengulas pencalonan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri PH sekiranya gabungan itu berjaya memperolehi majoriti kerusi Dewan Rakyat pada PRU-14 yang diadakan pada 9 Mei nanti, Abdul Hadi Awang menyifatkan Dr. Mahathir sebagai 'Ketua Pasukan bola sepak UMNO' sebelum dilantik menjadi 'jurulatih'. 

"Semasa dia jadi ketua pasukanlah, dia rosakkan UMNO. UMNO jadi macam-macam. Lepas tu jadi jurulatih. UMNO lagi teruk. Tiba-tiba Pakatan Harapan ambil dia jadi pemain bola. Jurulatih yang umur 90 tahun disuruh main bola. Kesianlah kat dia. Patutnya janganlah," katanya disambut ketawa orang ramai yang mendengar ucapannya. 


Sehari selepas Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan itu, Mahathir yang diapit oleh para pemimpin DAP, membidas kenyataan Presiden PAS. Dia mengejek-ejek Abdul Hadi Awang agar pulang mengajar agama di kampung sahaja kerana 'tidak tahu politik'. 

"Apa jadi kepada Terengganu?" tanya Dr. Mahathir, merujuk kepada pentadbiran sepenggal Abdul Hadi Awang di Terengganu dari 1999-2004.

"Jangan masuk politik. Patut jadi ustaz, mengajar di kampung-kampung, dia cukup layak. Bidang politik tidak tahu apa pun," tambahnya sambil memberi amaran agar Abdul Hadi mengajar 'agama yang betul'. (RUJUK SINI)

Sepanjang pentadbiran 22 tahun Mahathir, negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung khususnya Terengganu dan Kelantan, Sabah dan Sarawak telah diabaikan. Bantuan serta peruntukan turut disekat. Perolehan daripada hasil petroleum untuk keempat-empat negeri telah dirampas dan ditukarkan menjadi Wang Ehsan terutama selepas Terengganu dan Kelantan jatuh ke tangan PAS. 

Keempat-empat negeri tersebut jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung, khususnya di Selangor dan Pulau Pinang apabila pentadbiran Mahathir menumpukkan pembangunan dan projek mega di kedua-dua negeri tersebut.

Bagaimanapun, peralihan kuasa kepada Najib Abdul Razak menyaksikan keempat-empat negeri tersebut mulai memperolehi hak-hak mereka secara berperingkat-peringkat termasuklah mewujudkan projek yang akan membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan seperti ECRL dan Lebuhraya Pan-Borneo.


PELEPASAN GST UNTUK SYARIKAT ECRL CHINA SEPERTI BERI PELURU BESAR KEPADA PAKATAN UNTUK DITEMBAK KEPADA KERAJAAN BN!!!



Penulis: Syed Agil Jamalullail

Kastam sahkan pelepasan GST kpd CCCC adalah utk mengurangkan kos pembinaan ECRL yg akan menjimatkan kementerian dan kerajaan.

Pelepasan GST utk projek awam bukan perkara baru, kerana sekolah swasta cina dah terlebih dulu memohon utk pelepasan GST bg menjimatkan pembinaan bangunan sekolah mereka.

4 sekolah yg diberi pelepasan GST ialah SMJK Sacred Heart, SRJK (C) Yang Cheng, di Penang; dan SRJK (C) Kuen Cheng (1), SM Sam Min (Suwa) berjumlah total RM1.433 juta penjimatan GST. Pelepasan GST juga diberikan kpd semua sekolah india dan sekolah menengah agama swasta.

Bagi projek ECRL, pihak China juga bersetuju utk memberi interest yg paling murah juga bg mengurangkan kos keseluruhan ECRL. Interest pinjaman ECRL sekitar 3% lebih murah jika dibandingkan dgn kalau malaysia offer bond sendiri sekitar 4% dan pihak china memberi pelepasan 7 tahun sebelum mula membayar pinjaman.



Kita perlu lihat hubungan dagangan bersama kerajaan china dan malaysia in a bigger picture. Kita juga ada perjanjian supaya china membeli sawit kita pada harga yg lebih stabil dikala eropah menyekat sawit kita.. ini memberi faedah kepada pendapatan peneroka felda dan pengusaha sawit tempatan lain.. dan harga sawit stabil sejak itu.

Usaha pelepasan cukai utk pelaburan yg diberi oleh krjaan Malaysia mahu menarik fresh funds drpd luar juga bukanlah baru. zaman Mahathir, boleh katakan semua kawasan perindustrian juga diberi pelepasan cukai, insentif cukai, utk menarik pelaburan asing seperti Pioneer Status utk pelepasan income tax 85 per cent, Investment Tax Allowance 80% dalam ucapan bajet 2002 dan juga pakej peransang ekonomi 2003

Rujuk,

[1] sekolah swasta diberi pelepasan GST https://www.thestar.com.my/…/more-schools-to-get-gst-exemp…/

[2] budget speech Tun Mahathir 2002 https://www.google.com/url…

[3] pakej ransangan ekonomi 2003,Tun Mahathir https://www.thestar.com.my/…/government-unveils-economic-s…/

[4] Kastam sahkan pelepasan GST pada syarikat China
https://m.malaysiakini.com/news/420164

Credit : Syed Agil Jamalullail