Pages

Friday, October 17, 2014

HAHAHAHA... ANAK MUDA PENYOKONG PKR SURUH ANWAR IBRAHIM BERSARA DARI POLITIK!!!


Kumpulan belia yang cenderung pada Pakatan Rakyat, Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) menimbulkan gesaan agar ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara dari politik.

Gesaan itu bagi menghadapi perhimpunan untuk menyokong Anwar, yang dipromosi dengan nama himpunan 'Rakyat Hakim Negara' yang akan diadakan pada akhir bulan ini.

Jurucakap LENSA, Ekhsan Bukharee berkata, rakyat tidak perlu diheret ke jalan raya setiap kali Anwar menghadapi kes di mahkamah.

Beliau juga mendakwa, semakin ramai yang menunjukkan sikap negatif ke atas bekas timbalan perdana menteri Umno itu.

"Apa yang amat kami harapkan ialah, demi rakyat, Datuk Seri bersaralah, berhijrahlah.

"Nyata semakin ramai yang tidak menggemari Datuk Seri. Jelas sekali modus operandinya sama dan berulang seperti tahun tahun terdahulu.

"Setiap kali Datuk Seri akan disumbat ke dalam penjara, maka setiap kali itulah rakyat akan diheret ke jalan raya.

"Datuk Seri, sampai bila rakyat akan terus terheret dalam semua ini?," soalnya dalam surat yang diperolehi Malaysiakini.

Menurutnya, Anwar perlu bersimpati dengan golongan penyokong yang sejak sekian lama menunjukkan solidariti bersama Anwar.

"Berhimpun, berkumpul, bersorak melaung-laungkan nama Datuk Seri.

"Sampai bila Datuk Seri ingin melihat rakyat berpanas, berkeringat di bawah panas matahari, hanya kerana bersolidariti bersama Datuk Seri," kata Ekhsan lagi.

Himpunan 'Rakyat Hakim Negara' anjuran sayap pemuda PKR, AMK itu diadakan pada tarikh keputusan rayuan terakhir Anwar di Mahkamah Persekutuan dalam kes Liwat II.

No comments:

Post a Comment