Pages

Friday, October 17, 2014

INI SEBABNYA KENAPA CINA BENCI DAN TAKUT SANGAT BANGLA DIBERI KAD PENGENALAN MALAYSIA!!!


Jika dahulu cina diberikan IC dan kemudiannya digunakan untuk menghakis kuasa orang Melayu.. Kini mereka pula yang bimbang kerana sekiranya warga BANGLA diberikan IC, ia akan mencairkan kuasa politik kaum cina.

Bagaimana mereka terlalu yakin jika Bangla diberikan IC maka mereka akan mengundi parti kerajaan? Aku janji? Tak cukup rasanya..Yang lebih tepat ialah kerana BANGLA beragama Islam dan mereka sangat mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat melayu.

Walaupun BANGLA hanya sekadar pekerja asing yang terpaksa pulang ke negara asal apabila permit tamat tempoh, tetapi mereka mampu menguasai bahasa melayu dengan baik dalam jangka masa yang sangat singkat. Sebagai penganut Islam sunni, mereka berpeluang dan tidak ada masalah bercampur gaul dengan masyarakat melayu di masjid atas semangat persaudaraan sesama Islam.

Berbeza dengan orang cina, walaupun mereka telah berpuluh tahun tinggal di negara ini, malah diberikan hak sebagai warganegara, mereka seolah-olah mahu mewujudkan satu lagi Negara cina di bumi asing. Mereka mengasingkan diri mereka dari masyarakat melayu dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah cina. Remaja cina kini semakin ramai yang tidak mampu berbahasa melayu dengan baik dan mereka menjadi terlalu asing apabila terpaksa berbahasa inggeris walaupun hanya mahu berhubung dengan masyarakat tempatan.

Definasi Melayu dalam perlembagaan memberikan laluan mudah untuk BANGLA diserap sebagai sebahagian daripada orang melayu. Ini terbukti dengan kedudukan tinggi yang pernah diberikan oleh UMNO kepada Tun Dr Mahathir yang berketurunan pendatang. Kini ia diteruskan dengan beberapa pemimpin kanan UMNO yang mempunyai latarbelakang yang sama.Keadaan ini menyebabkan cina menjadikan BANGLA sebagai satu ancaman kepada kuasa politik perkauman mereka. Perbandingan antara cina dan BANGLA adalah sangat tepat dalam membongkar sikap negatif kaum cina di Negara ini.

Cina sepatutnya mencontohi BANGLA yang berasimilasi dengan masyarakat tempatan agar kehadiran mereka boleh diterima dengan selesa. Setelah berpuluh tahun cina berada di Malaysia nampaknya mereka masih lagi angkuh dan jijik untuk bercampur gaul dengan masyarakat tempatan. Semangat perkauman mereka yang ekstreme menyebabkan mereka kini ketinggalan berbanding BANGLA.

DAP tidak mahu orang cina menyedari bahawa nenek moyang mereka pernah setaraf dengan pendatang BANGLA. Ini adalah satu kehinaan setelah sekian lama mereka membina keyakinan bahawa merekalah bangsa yang terbaik dan paling layak untuk memerintah negara. Sebagai pendatang yang lupa daratan, tidak mengenang budi, anti-melayu dan anti-Islam, apa perlu cina tinggal bersama-sama berkongsi negara dengan kita lagi?

SUMBER: http://zulhairifetani.blogspot.com/2013/11/sebab-bangla-lagi-bagus-daripada-cina.html?m=1

1 comment: