Namun Azmin Ali yang sedar bahawa selagi Faekah Hussin dan beberapa orang bekas pembantu Khalid Ibrahim yang lain tidak dihapuskan, maka selagi itulah Khalid Ibrahim juga tidak dapat diselesaikan. Untuk menyelesaikan Khalid Ibrahim, terlebih dahulu Faekah Hussin perlu dijadikan sebagai pembangkai yang wajib dimalukan. Maruah Faekah Hussin perlu diinjak-injak supaya wanita itu tidak lagi mampu bercakap dan kalaupun bercakap, maka segala kata-katanya tidak akan terpakai.
Faekah sebelum ini telah mengisytiharkan yang dia keluar dari PKR dan memaklumkan bahawa PKR bukanlah sebuah parti yang boleh dipercayai. Itu sahaja sudah cukup untuk menunjukkan bahawa PKR menerusi Azmin Ali akan sanggup melaukan apa-apa sahaja hatta melembutkan batang leher mereka untuk DAP mengubah strata di Selangor sepenuhnya sebagaimana yang dirancang dari tahun 1999 lagi.
Pengumuman Azmin Ali bahawa laporan audit membabitkan pembayaran pampasan kepada lapan orang bekas pembantu Khalid Ibrahim merupakan satu penyalahgunaan kuasa secara terang-terangan, merupakan satu serangan peribadi ke atas Faekah Hussin. Sekaligus ia secara tidak langsung merupakan satu pengisytiharan perang terbuka kepada Khalid Ibrahim dalam usaha Azmin Ali untuk memartabatkan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor terhebat, paling bersih, paling benci rasuah dan paling benci salahguna kuasa.
Walau apa pun alasan yagn diberikan oleh kedua-dua pihak - Azmin dan Khalid Ibrahim - semua orang ingin melihat reaksi yang akan ditunjukkan oleh Faekah Hussin yang dikatakan mendapat pampasan hampir RM700,000 dari MBI kerana memilih VSS tidak lama sebelum Khalid Ibrahim benar-benar meletakkan jawatan.
Apakah Faekah Hussin akan berbunyi, bersuara dan mencari jalan bagaimana hendak membuktikan bahawa Azmin Ali merupakan dalang sebenar di sebalik semua 'drama' pampasan tersebut? Atau adakah Faekah Hussin akan menyeret keempat-empat orang Exco Selangor dari PAS yang tinggal menyokong Khalid Ibrahim yang telah meluluskan proposal pembayaran pampasan sebelum 'kabinet' Khalid Ibrahim itu dibubarkan?
Atau Faekah Hussin akan bertindak mendiamkan diri serta mengalah bagi meredaka ketegangan dan berharap, tindakan keras yang akan diambil oleh Azmin Ali hanya melibatkan MBI sekarang tanpa melibatkannya?
Kalau melihat Faekah Hussin yang biasa pastinya akan ada pertentangan. Tetapi dalam hal ini, yang berkuasa adalah Azmin Ali dan Azmin Ali yang biasa pula, adalah seorang yang sangat licik serta sangat hebat mengada-adakan sebarang bukti mahupun fakta.
Mungkinkan Wanita Besi bernama Faekah Hussin akan cair selepas ini?
Salam,
ReplyDeleteWak nk mencelah sikit. Bukan kah si Faekah punyai abang yg dulu nya KP SPRM?, sudah tentulah dia dh merujuk pampasan ini ok ke tak ok!
Tapi kes Bang Min yg salah guna kuasa dan hidup melebehi kemampuan se masa jadi pegawai gred 41 tu pulak camno? Agak agak SPRM boleh bukak semula tak kes ni? Atau kena tunggu AG kata gohed.
elaun penasihat selangor pulak apa cer
ReplyDelete