Pages

Saturday, November 29, 2014

HARGA MINYAK AKAN TURUN? RON95 TURUN 3 SEN ISNIN NANTI?


Salinan surat ini sedang viral di Facebook. Bagaimanapun, berita rasmi masih belum diperolehi.

Sama ada harga minyak turun atau sebaliknya, ia tidak akan menurunkan harga barang dan perkhidmatan dan penurunan sebanyak 3 sen itu tidak akan memberikan impak yang besar kepada semua harga barangan dan perkhidmatan.

Kecuali kenaikan 3 sen yang akan melonjakkan harga barangan dan perkhidmatan yang dikawal dan dikuasai oleh kartel dan pemopoli, kerajaan tidak akan dapat berbuat apa-apa, baik untuk mengawal mahupun memaksa penurunan harga.

RON95 dan diesel diapungkan harganya mengikut pengapungan terkawal selepas kerajaan memutuskan untuk tidak lagi memberikan subsidi kepada bahan api dalam keputusan yang sudah tentunya dilakukan secara terpaksa.

Turunnya harga minyak tidak akan membantu mengurangkan tentangan dan kebencian kepada kerajaan sekarang. Mungkin Najib Abdul Razak bernasib malang kerana mewarisi sebuah kerajaan lemah yang dirosakkan oleh Abdullah Badawi dan para pegawainya, anak serta menantunya.

Harga minyak bukan lagi penentu sebaliknya perhatian diberikan sekarang kepada perubahan harga barangan dan perkhidmatan. Selagi agensi terbabit gagal mengawal dan menguatkuasakan defisit serta inflasi, selagi itulah Najib akan terus terpaksa menanggung kesan buruk walaupun pada masa yang sama, selaku Perdana Menteri dia tidak mempunyai kuasa besar untuk menentukan harga pasaran.

Bahanapi utama telah diapungkan harganya. Adakah kerajaan yang ada pada hari ini juga akan terapung-apung?

No comments:

Post a Comment