Antara syaitan terbesar yang dilahirkan pada tahun 1974 dalam apa yang dipanggil gelombang kebangkitan mahasiswa pro-sosialisme dan komunisme, adalah Hishamuddin Rais. Berasal dari sebuah kampung yang terpencil suatu ketika dahulu di Jemapoh, Negeri Sembilan, dan berjaya memasuki antara institusi pengajian awam paling prestij di Malaysia pada waktu itu, Hishamuddin Rais sebenarnya hanyalah merupakan mahasiswa yang berjaya mendapat tempat kerana kuota dan dasar kerajaan Malaysia yang memberi kelebihan kepada pelajar-pelajar Melayu, khususnya dari perkampungan seperti Jemapoh untuk melanjutkan pelajaran.
Dasar tersebut dibuat agar orang Melayu bertambah bagus dan lebih bermutu. Malangnya, kalau telur tembelang yang diambil dan dieram, hasilnya adalah telur tembelang. Hishamuddin Rais tidak menjadi manusia atau membantu masyarakat sebagaimana sepatutnya, malahan dia menjadi salah seorang parasit yang cuba menghancurkan negara ini apabila dia melihat Sosialisme aliran Marxisme lebih hebat berbanding aliran pemikiran Melayu yang sudah beribu-ribu tahun bertamadun di wilayah Nusantara.
Bagi membuktikan dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab dan hanya pandai bercakap, Hishamuddin Rais melarikan diri dan sanggup dipenjarakan di beberapa buah negara kerana masalah dokumen perjalanan. Namun akhirnya setelah tersadai di Brixton, England selama hampir 20 tahun, Hishamuddin Rais terpaksa menggunakan keluarganya terutama sekali kakak dan ibunya merayu bagi pihaknya kepada Perdana Menteri Malaysia pada pertengahan 1990-an untuk membenarkan dia pulang ke Malaysia.
Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad. Hishamuddin Rais balik ke Malaysia ketika Anwar Ibrahim memangku tugas dan jawatan Perdana Menteri Malaysia selama dua bulan apabila Tun Dr. Mahathir bercuti dalam proses pemindahan kuasa kepada Anwar Ibrahim.
'Nasihat' yang diberikan oleh Hishamuddin Rais kepada para pelajar Malaysia yang diharap menjadi sebahagian daripada golongan keciciran sepertinya ialah, jikalau tidak berpuas hati dengan apa yang ada di Malaysia, segera larikan diri ke luar negara.
Hebat benar nasihatnya. Malangnya Hishamuddin Rais sendiri terlupa dia sendiri menangis-nangis, meraung-raung dan merintih-rintih untuk pulang ke Malaysia dengan pelbagai alasan simpati yang diberikannya ketika di Brixton pada tahun 1995 dahulu.
Kenapa agaknya dia tidak terus tinggal di Britain? Mengapa selepas pulang, dia terus bertapak ke negara ini? Kalau dahulu, dia boleh melarikan diri tanpa sebarang dokumen perjalanan dan sanggup dipenjarakan semata-mata kerana bencikan Malaysia, mengapa pula sekarang ini dia [boleh terus berada di Malaysia yang serba tidak elok di mata dan fikirannya?
Pergi sajalah berambus keluar dari Malaysia!
Ada tidak menambah, tidak ada, Malaysia bertambah aman dan damai, malah lebih ramai generasi muda akan terselamat!
No comments:
Post a Comment