Pages

Saturday, November 15, 2014

ROSMAH MANSOR OOOH ROSMAH MANSOR!!! KENAPA KAU GLAMOUR SANGAT?


Nampaknya Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia telah mencatatkan sejarahnya yang tersendiri. Sekalipun dia bukannya ahli politik, bukan juga bintang hiburan terkenal, apatah lagi berstatus Maharaja Lawak atau Bintang Mencari Bintang atau Juara Kilauan Emas, tetapi perhatian kepadanya tidak pernah surut. Apa-apa sahaja yang dilakukannya, malah yang tidak dibuatnya, pun akan menjadi perhatian. Sehinggakan sampai ke suatu tahap, Rosmah Mansor jauh lebih glamour berbanding Siti Nurhaliza, berbanding Neelofa, berbanding Fazura, apatah lagi Najib Abdul Razak, suaminya sendiri!

Barangkali ramai yang tidak berpuas hati kerana Rosmah Mansor ini macam tembok span... apa-apa yang dilemparkan kepadanya, tidak pernah memantul. Tidak pernah dijawab dan tidak pernah diberikan respons. Kena kutuk ke, kena laknat ke, kena momok ke, bahkan kena troll pun, Rosmah Mansor tetap Rosmah Mansor.

Dan ramai tidak tahu, Rosmah Mansor sebenarnya tidak banyak tahu perkembangan pantas menerusi Media Sosial kerana Rosmah Mansor tidak mempunyai Facebook, tidak punya Twitter, tidak punya Instagram, tidak punya Blog, malah Rosmah Mansor juga tidak tahu apa itu Wechat... Kalau disuruh buka e-mail pun, Rosmah Mansor boleh melolong macam kena rasuk dengan puaka hutan.

Yang paling menarik ialah, orang yang beria-ia mengutuk dan mencerca Rosmah Mansor sebenarnya tidak tahu, Rosmah Mansor adalah antara SPESIES RARE di negara ini. Ini adalah kerana Rosmah Mansor tidak mempunyai walau satu biji telefon pintar pun yang membolehkan dia melayari media sosial seperti Facebook. Telefon Rosmah Mansor adalah TELEFON SONY ERICSON VERSI TELEFON BOTOL yang cukup popular pada pertengahan 1990-an dahulu.

Ketika orang lain di seluruh dunia sibuk memasukkan segala-galanya dalam telefon, Rosmah Mansor hanya menggunakan telefon untuk membuat panggilan dan SMS. Whatsapp atau Wechat atau yang lebih kuno dari itu, BBM pun, telefonnya tidak punya keupayaan.

Jadi, bila tiba-tiba sahaja ROSMAH MANSOR ADA WEBPAGE Personal di Facebook, nyata benar orang yang cuba nak troll atau lebih tepat lagi, FITNAH isteri Perdana Menteri itu, tidak tahu yang mereka sebenarnya sedang melakukan penipuan yang luar biasa hebatnya!

Langsung tak buat kerja rumah...

Barangkali elok sangatlah kalau pihak-pihak berkenaan, bukak mata, dan ambil tindakan undang-undang terhadap admin page berkenaan dengan kadar segera. Jangan buang masa dengan anggapan, lama-lama nanti orang diam kerana taktik sebegitu tidak pernah berjaya dan berkesan, bahkan pembohongan demi pembohongan telah menjadi satu kebenaran.

Perlu diingat, zaman sekarang, KEBENARAN ITU ADALAH PEMBOHONGAN YANG DIULANG-ULANG DAN BERULANG-ULANG!!!

No comments:

Post a Comment