Cubaan pertama: 10 Januari 2013 menyerahkan Borang Keahlian kpd Ketua Penerangan UMNO di PWTC bersama Sdr Sam Shariff dengan ada liputan media sekali. Tiada sebarang maklum balas keahlian selepas itu. Sudahnya, esok terus difitnah dlm blog jalanpulang1978 dgn tajuk "Pecah Berita: Peguam Carik Makan Merajuk Masuk UMNO". Dan dikongsi dan viral dlm blog2 pro PR yg lain. I was so close to file defamation suit that time, tapi kesian kpd blogger ni..kang susah pulak nak byr pampasan. Lagipun bkn x kenal blogger nih, bekas kwn sekolah my partner jugak. Biarlah fitnah yg dia tulis tu dijawab di akhirat kelak. Blog dia pun dah dipadamkan, mungkin takut dgn kemungkinan diambil tindakan undang-undang sebab byk sgt fitnah dan mengata kat org. Matlamat sendiri utk sertai UMNO adalah jelas dan hanya Allah saja yang tahu. Tidak perlu sesiapa di bawah langit utk menilai dan menghukum meski UMNO dilihat secara persepsi kian parah & kurang upaya. Meski pernah ditempelak rakan-rakan lain dgn sindiran kasar, "Kalau dah org tak mau, kenapa masih terhegeh-hegeh?".
Cubaan Kedua: Bulan Mac 2013, sebulan sebelum Parlimen dibubarkan. Borang Ahli siap ditandatangani Ketua Cawangan & S/U Bahagian ketika itu. Siap cop bagai. Ketua Cawangan diminta S/U Bhg utk majukan borang ke pusat. Mungkin hilang di tgh jalan atau Ketua Cawangan mmg x hantar, seminggu selepas PRU13 selesai, baru dpt tahu bahawa borang keahlian tidak pernah diproses ie nama tidak ada dlm data keahlian.
Cubaan Ketiga: Sendiri cari borang, minta dan ambil sendiri. Sendiri jugakla cari Ketua Cawangan lain utk tandatangan, jumpa sendiri dgn Ketua Bhg utk dptkan tandatangan bahagian. Tinggal satu lagi proses, mahu serahkan sendiri borang ke PWTC nanti. Apa begini payahnya utk sertai sebuah Partai 'elit' sedangkan rakan-rakan dalam Partai 'marhain' PKR, PAS hatta DAP pernah terus memegang tangan mengajak utk bersama tanpa byk bicara...
Nasib anda mungkin sama dengan saya yang mana pusat dah luluskan keahlian saya tetapi halangan daripada Bahagian Ampang sehingga kini tiada keputusan dah setahun berlalu macam itu sahaja. Macamana nak ahli UMNO kat Selangor saya dah merasa kecewa dah setahun sampai hari ini tiada jawapan. Memang betul PM cakap UMNO Selangor LEMBAB. Saya pun dah malas nak tubuhkan UMNO kat tempat saya kalau nak jadi ahli pun dipolitikan. Bila jumpa Ketua Bahagian bukan main manis lagi tapi hampeh kalau gini gayanya pemimpin UMNO Ampang yang ada baik saya tak ada parti lagi bagus lepas ini jangan salahkan rakyat dan pemimpin yang patut dipersalahkan dahulu. Saya mahu UMNO Pusat siasat perkara ini
ReplyDeleteSetuju..isteri dan kawan2 dah isi borang..bagi kat ketua cawangan...hampir 1 tahun setengah.sampai.skrg...tak da berita...bila tanya dah dimajukan ke pihak atasan...susah bebeno nak masuk ahli umno...caw tmn yg banyak bekas tentera...bhg batang kali...pusat kena siasat ni....
ReplyDeletedulu aku setiausaha UMNO... cawanganlah.. orng nk jadi ahli... aku usurkan... berjaya.. tp paling malang timbalan marah aku dgn ketua.. sedap bunyi dia.. kenapa daftarkan ahli ramai sangat... sekarg dah jadi ketua ulak... kalau ada ketua2 UMNO ke mintak bagi pencerahan sikitlah..
ReplyDeleteDah mula sedar ke hanya retorik untuk pau? Profesional mana boleh masuk ahli, nanti tergugat pemimpin2 dok tunggu jawatan lagi besar. Nak senang, jd ahli pkr. Hari ini mohon, semalam dh lulus!!!
ReplyDeleteMemayahkan ahli2 baru terutama professional menyertai umno adalah merupakan satu cara 'cari makan' yang agak unik dlm umno. mana tidaknya, dengan menyekat keahlian, mereka merasakan bahawa, 'kekayaan' dalam umno tidak perlu dibahagi2kan dgn orang baru.... itulah mentaliti para pemimpin cawangan dan bahagian umno yang ada sekarang ini.
ReplyDelete