Pages

Tuesday, December 2, 2014

ANWAR LEBIH TAKUTKAN PENJARA THAILAND,SAMPAI TERPAKSA BATALKAN CERAMAH DI BANGKOK!!!


Kerana Tian Chua...

Sepatutnya pada 3 Disember, Anwar Ibrahim dijangka akan berucap dalam satu program yang dianjurkan oleh Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) di Bangkok. Bagaimanapun, hari ini, Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai manusia yang paling tidak bertamadun, paling tidak menghormati undang-undang dan hanya memikirkan dirinya sendiri, menjadi manusia yang patuh kepada undang-undang.


Dia telah membatalkan pemergiannya ke Bangkok. Kononnya atas nasihat peguamnya memandangkan dia sedang berhadapan dengan kes perundangan, maka Anwar Ibrahim tidak wajar melawat ke luar negara dalam masa terdekat.

Sedangkan, minggu lepas Anwar Ibrahim dan bininya, Wan Azizah bergembira sakan di Amerika Syarikat, negara yang memerlukan perjalanan lebih panjang, lebih lama dan berjarak lebih jauh berbanding Thailand.

Sebenarnya, Anwar Ibrahim takut untuk masuk ke Thailand!


Ini adalah kerana, Perdana Menteri baru Thailand, Prayuth Chan-Ocha dilaporkan enggan memberikan kebebasan kepada Anwar Ibrahim dan konco-konconya melakukan hasutan dari Thailand.

Dan kerana itulah juga, semalam Tian Chua dan konco-konconya dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengadakan bantahan di hadapan Kedutaan Thailand di Jalan Ampang bersama-sama 15 orang yang lain termasuklah Irene dari Persatuan Sahabat Wanita Selangor dan Choo Chon Kai dari PSM Bayan Baru.


Demonstrasi tersebut langsung tidak mendapat sambutan.

Dalam demonstrasi berkenaan, wakil PSM telah berucap yang meminta agar demokrasi dikembalikan di Thailand dan supaya pilihanraya diadakan segera. Dua kain rentang dan plakad telah dipamerkan dan beberapa laungan telah dibuat semasa perhimpunan tersebut.

Memorandum kemudiannya diserahkan oleh Tian Chua kepada Anoop Soonjan, wakil Kedutaan Thailand.

Demonstrasi berkenaan dikatakan telah dianjurkan oleh PSM dengan bantuan beberapa NGO tempatan yang membantah perlantikan Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-Ocha yang dikatakan telah merampas kuasa dengan bantuan pihak tentera.



Turut didesak adalah Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Pengerusi ASEAN untuk tidak mengiktiraf Kerajaan Thailand dan memohon sokongan pemimpin negara ASEAN lain agar membantah tindakan rampasan kuasa kerajaan baru Thailand dalam persidangan akan datang.

Justeru, tidak mustahil sebenarnya, Anwar ketakutan untuk menjejakkan kaki ke Thailand kerana bimbang tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh pentadbiran Thailand ke atasnya ekoran bantahan bodoh dan cubaan campuri hal ehwal dalaman Thailand oleh konco-konconya di Malaysia.

Malah tidak mustahil juga sebenarnya FCCT telah membatalkan jemputan ke atas Anwar Ibrahim dan demi menjaga air mukanya, Anwar Ibrahim memberi alasan kononnya dia patuh undang-undang, padahal selama ini pun, Anwar Ibrahim mana peduli dengan undang-undang dan dia bebas ke sana ke mari seperti tidak bersalah, malah memekak dan marah-marah apabila Imigresen Jepun tidak memenarkan dia masuk kerana dia adalah bekas banduan atau pesalah undang-undang.


4 comments:

  1. Hutang Kerajaan Malaysia Disember 2014 (RM763 Bilion). Ringgit Malaysia Terus Jatuh Teruk (US$1=RM3.42). Malaysia, Negara Membangun Paling Terjejas di Asia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan seronok ke kalau terjejas?

      Delete
  2. ...



    Cara menukar blogspot.com kepada domain.com
    http://domain.blogspot.com >> http://www.domain.com
    • Hanya RM30 Setahun..
    • Boleh edit terus dari blogspot tanpa menukar atau berubah apa pun..

    http://www.netkl.com
    http://www.netkl.com
    http://www.netkl.com

    ReplyDelete
  3. Anonymous at 2.22 PM mengalahkan Gavnor Bank Negara. SPM tah lulus Math/Add Math atau tidak. Tu namanya mulut longkang yg bercakap . Apa kelulusan "sibarua tu?" Ini lah bangsa "BUAT MANEFESTO" PILIHAN RAYA, JANJI TU, JANJI NI, AKHIRNYA MENGAKU PULAK ITU HANYA "JANJI BOHONG UNTUK RAKYAT". PEMBOHONG TU SIFAT ORANG MUNAFIK!!!!

    ReplyDelete