Pages

Monday, December 8, 2014

ANWAR PERLEKEHKAN MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR DAN DYMM SULTAN SELANGOR, SEDANGKAN AZMIN PULA TUNJUK GARANG DALAM GEREJA!!!


Semalam beberapa keping gambar melibatkan Anwar Ibrahim di dalam sebuah gereja di Kajang telah viral di Facebook. Tiada yang lebih menarik melainkan tiga perkara iaitu, derma kepada wanita Melayu dan dua orang anaknya, pembacaan doa oleh seorang pemimpin PAS dan amaran yang diberikan oleh Azmin Ali kepada Persatuan Bible Malaysia.

Melihat kepada apa yang berlaku dan digabungkan pula dengan peristiwa penarikan darjah kebesaran oleh DYMM Sultan Selangor berserta alasan, apa yang dilakukan membabitkan Anwar Ibrahim di Gereja Holy Family di Kajang itu sebenarnya merupakan satu protes dan pemomokan ke atas badan berkuasa Agama Islam dan Ketua Agama Islam di Selangor.

Hal ehwal umat Islam di Selangor berada di bawah pentadbiran dan pengurusan Majlis Agama Islam Selangor. Majlis Agama Islam Selangor berada di bawah kuasa DYMM Sultan Selangor yang juga merupakan Ketua Agama Islam Selangor.


Perbuatan menggunakan gereja untuk membantu orang Melayu beragama Islam di dalam gereja itu sendiri dengan dihadiri oleh pemimpin yang dilihat beragama Islam, sebenarnya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk meremeh-remehkan peranan serta kuasa Majlis Agama Islam Selangor dan DYMM Sultan Selangor.

Isyarat mudah yang dapat dilihat dalam senario ini ialah Majlis Agama Islam yang mana di dalamnya mengandungi Jabatan Agama Islam, Pusat Zakat dan Baitulmal telah gagal membantu umat Islam yang amat memerlukan bantuan sehinggakan pemimpin-pemimpin Melayu-Islam juga membenarkan gereja mengambilalih peranan Majlis Agama Islam Selangor.


Itu isyarat yang ditunjukkan berdasarkan gambar-gambar berkenaan. Walaupun bukanlah luar biasa untuk mana-mana pertubuhan agama membantu mana-mana penganut, tetapi melihat kepada senario masakini di mana hubungan kaum dan agama menjadi tegang kerana retorik politik. Bahkan gereja yang sudah lama tidak berpolitik dan menjadi salah satu sebab kepada demokrasi dan sekularisme, turut berkembang menjadi salah satu daripada instrumen politik, khususnya untuk DAP.

Barangkali menyedari hal itulah, Azmin Ali yang turut berada dalam program yang sama ketika berucap telah memberi amaran keras berhubung kemarahan Gereja kerana Bible dicop oleh Kementerian Dalam Negeri dan menganggap tindakan mengecop amaran agar Bible yang mengandungi KALIMAH ALLAH dan dalam Bahasa Melayu itu hanya untuk bukan Islam bagi kegunaan di Sabah dan Sarawak.


Gereja kemudiannya memutuskan bahawa tindakan tersebut telah mencemarkan kesucian Bible walaupun hakikatnya, mereka sendiri telah mencemarkan kesucian Bible dengan mengada-adakan KALIMAH ALLAH memandangkan dari awal penulisan Bible oleh Gereja Paulus di Antioch dalam Bahasa Greek, iaitu tempat kelahiran agama Kristian selepas berlakunya KONSILI NICAEA suku abad selepas peninggalan Nabi Isa a.s mahupun ketika St. Jerome menterjemahkan Bible dari naskhah Bahasa Greek kepada Bahasa Latin dan menghasilkan The Vulgate pada abad ke-4 Masihi, tiada kalimah ALLAH yang digunakan dalam Bible. 

Kecuali Kristian Koptik yang merupakan mazhab Kristian di kalangan orang Arab, kalimah Allah tidak digunakan kerana gereja beranggapan, ALLAH adalah Tuhan umat Islam dan orang Arab. Bible yang digunakan di Nusantara (Indonesia, Malaysia dan Filipina) merupakan Bible terjemahan Katholik yang sama sekali tidak menggunakan kalimah Allah kecuali untuk Bahasa Melayu Malaysia dan Indonesia. Kali pertama Bible berbahasa Melayu menggunakan kalimah ALLAH adalah Bible yang diterjemahkan oleh Belanda untuk penyebaran agama Kristian di seluruh kepulauan Indonesia pada tahun 1612.

Gereja cuba berbohong kononnya penggunaan kalimah ALLAH adalah untuk menggantikan GOD yang tidak terdapat dalam terjemahan Bahasa Melayu dan disandarkan kepada penggunaan ALLAH dalam Bible Koptik. Sedangkan agama Kristian di Malaysia bukannya bersandarkan kepada Koptik melainkan Khatolik, Protestan, Lutheran dan pelbagai aliran serta mazhab lain yang berasal dari Barat.


Barangkali kerana itulah Azmin Ali tunjuk garang dengan kenyataannya agar Gereja tidak banyak bercakap dan tidak perlu menimbulkan retorik.

Namun yang pasti dalam hal ini, Anwar Ibrahim tersangat terdesak dan dia memerlukan sokongan daripada masyarakat bukan Islam, khususnya Kristian. Lebih menarik lagi, ada pula kaum PAS yang menjadi penyokong dan mencampurkan yang batil

3 comments:

  1. JAIS perlu siasat mengapa wanita Melayu tsbt menerima bantuan dari pihak gereja. Adakah wanita ini pernah memohon bantuan dari JAIS atau dia bukan khariah Selangor.

    Oh ya lagi satu, kalau benar wanita ini tinggal di Kajang, apa usaha PAS Kajang membantu wanita ini kerana negeri Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  2. Cara Tahalus bavi Pas pis pus pussy pusingan U barua totok daPig

    ReplyDelete
  3. Pukiar yg buat onar...pas jgk yg disalahkan...yg beriya2 berdoa tu org pas giler pukiar tu...mau igt sikit.

    ReplyDelete