Pages

Monday, December 8, 2014

AZMIN ALI JALANKAN MISI TUN MAHATHIR DAN CUBA BUNUH PKR?


Macam ada yang tidak kena dengan jiwa para penyokong Anwar Ibrahim. Mereka melihat segala-galanya yang menentang Anwar Ibrahim sebagai pro-Mahathir. Tun Dr. Mahathir masih lagi menjadi hantu dan puaka yang amat ditakuti oleh para penyokong Anwar Ibrahim dan PKR. 

Terbaru, para penyokong Chegu Bard yang menentang Azmin Ali telah cuba mengaitkan Azmin Ali dengan Tun Dr. Mahathir. Mereka menuduh, Azmin Ali yang menggunakan pelbagai cara dan taktik untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor selain mempertahankan jawatannya dalam PKR, akan memastikan kelangsungan kuasa serta rancangan Tun Dr. Mahathir akan terlaksana.

Azmin Ali adalah anak angkat Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah sebelum diambil bekerja di pejabat Perdana Menteri. Anwar Ibrahim yang jatuh cinta dengan Azmin Ali kemudiannya memujuk Tun Dr. Mahathir agar membenarkan Azmin Ali bekerja dengannya.

Azmin Ali merupakan antara pemimpin Keadilan dari zaman reformasi yang masih kekal berbanding rakan-rakannya yang lain yang bukan sahaja telah meninggalkan PKR dan Anwar Ibrahim, bahkan bersara dari dunia politik.

Kelicikan Azmin Ali yang membuat kompromi dengan DAP di belakang Anwar Ibrahim dan Wan Azizah ketika Anwar dan para penyokongnya menyaksikan berakhirnya legasi Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bermula dengan LANGKAH KAJANG yang terkangkang.

Melihat perkembangan ini jelas politik Azmin licik seperti bapa angkatnya. Dilihat baik dan setia tetapi rencong menikam di dalam. Rakyat perlu diperingat selepas berjaya lobi diri sendiri hingga memalukan Presiden dan Ketua Umum tetapi imej baiknya konon terpaksa menjadi MB kerana menjunjung taat atas arahan Istana, kerana Sultan mahukan dia. 
Hari ini dia menjunjung kasih taat setia kepada Istana menyokong menarik gelar dan Istana menggelar penderhaka ke atas Anwar dan tidak menolak kemungkinan selepas ini dia akan menjungkung kasih taat Istana singkir Anwar dari berperanan di Selangor termasuk penasihat ekonomi. 
Kemungkinan ada selepas itu juga dia akan menjunjung kasih selaku Azmin, Menteri besar bergelar Datuk Seri Selangor pula akan menyingkirkan Anwar dari PKR itu sendiri dan menghimpit Anwar berehat lebih awal dari politik. Dia akan berselindung di sebalik Istana. Liciknya mengingatkan kita pada bapa angkatnya. 
Silapnya pada siapa ...? Silapnya pada Anwar sendiri kerana sejak awal memberi payung emas menjadikan Azmin kebal... selepas PRU 2008, Azmin keluar TV3 kutuk Presiden sebagai pengamal nepotisna dan kronisma tetapi Anwar diam....kemudian 2010 dan terbaru 2014 pemilihan penuh trajedi ... berkilo bukti dipersembahkan Anwar diam.....akhirnya anak emas ni telah menjadi dinasor tamak yg tidak boleh ditahan lagi. (SUMBER)

No comments:

Post a Comment