Pages

Tuesday, December 30, 2014

BANGKAI PESAWAT AIRASIA INDONESIA SUDAH MULA DITEMUI?


Kuala Lumpur – Pihak berkuasa Indonesia menemui objek dipercayai gelongsor keselamatan, pintu pesawat dan beberapa objek lain terapung di permukaan laut ketika operasi mencari dijalankan melalui udara.

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Tentera Udara Indonesia, Agus Dwi Putranto pada satu sidang media hari ini, lapor AFP.

“Kami menemui 10 objek dan banyak serpihan kecil lain berwarna putih, namun gambarnya tidak dapat dirakamkan.

“Lokasi penemuan itu ialah kira-kira 10 kilometer daripada lokasi terakhir pesawat terbabit dikesan dalam radar,” katanya.

Pada sidang media itu, Agus turut menunjukkan gambar penemuan objek berkenaan dipercayai pintu pesawat, gelongsor keselamatan dan objek berbentuk kotak putih.

Jurugambar AFP yang turut menaiki pesawat sama dalam operasi itu turut melihat objek di permukaan laut dipercayai rakit penyelamat, jaket keselamatan dan tiub panjang berwarna jingga.

Pasukan tersebut turut menemukan objek yang dipercayai tubuh manusia di kawasan perairan Selat Karimata dekat Teluk Air Hitam, Kalimantan Barat.

Menurut laporan portal tempatan, Detik News, penemuan terbaharu itu dicatatkan melalui pemantauan oleh sepasukan anggota tentera yang menaiki pesawat Hercules A1319, kurang sejam selepas penemuan sejumlah objek dipercayai termasuk pintu pesawat dan gelongsor kecemasan milik pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sejak dua hari lalu.

Seorang daripada pegawai tentera yang berada dalam pesawat itu, Tri Prabowo sempat menangkap gambar objek berkenaan yang kelihatan seperti tubuh manusia yang sedang melambai tangan seolah-olah meminta bantuan.

Jelas laporan itu, penemuan tersebut tidak jauh daripada lokasi terakhir pesawat yang membawa 162 penumpang itu sebelum hilang daripada dikesan radar.

No comments:

Post a Comment