Industri seks di Pulau Pinang mencapai tahap tertinggi selepas DAP mengambilalih tampuk pentadbiran daripada Barisan Nasional bermula dari tahun 2008, terutama sekali membabitkan peningkatan jumlah pelacur-pelacur warga asing. Jumlah pada tahun ini, bertambah sekali ganda berbanding tahun lepas.
Ketua Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Basri Othman berkata, jumlah pelacur yang memasuki pulau tersebut telah meningkat menjadi 536 orang tahun ini.
"Kebanyakan orang asing yang memasuki Malaysia dengan pas lawatan sosial dan pelajar, berakhir di tempat-tempat seperti kelab malam, lounge karaoke, hotel dan pusat-pusat urut," katanya.
"Banyak kumpulan-kumpulan haram terlibat dalam perdagangan seks ini," kata Basri lagi.
Menurut Basri, kebanyakan lot kedai dibina dengan laluan rahsia bagi membolehkan pelacur-pelacur melarikan diri dan sukar ditangkap oleh pihak berkuasa, sekaligus membolehkan pelanggan masuk dan keluar secara rahsia ketika pihak berkuasa membuat serbuan.
Seorang pelacur dengan pakaian seksi di Penang Road apabila malam menjelang.
Sekurang-kurangnya terdapat 200 kawasan panas yang menawarkan khidmat seks di seluruh Pulau Pinang dan kebanyakannya terletak di Penang Road, Chulia Street, Muntri Street, Love Lane dan Batu Feringgi.
Trend terkini juga menunjukkan terdapat permintaan tinggi untuk pelacur-pelacur dari Vietnam, Filipina, Thailand dan China.
Seorang ibu ayam bernama Dung yang menjaga dan mengawal sekumpulan pelacur berkata, dia membawa masuk ramai wanita-wanita pelacur dari Vietnam ke Pulau Pinang setiap enam bulan.
Wanita-wanita pelacur berkeliaran di sekitar Chulia Street.
"Untuk memuaskan hati para pelanggan, saya turut memberikan kursus bahasa kepada mereka bagi membolehkan mereka berkomunikasi lebih baik dengan bakal pelanggan," kata Dung.
Memandangkan pelacur-pelacur Vietnam lebih popular, Dung mengenakan bayaran antara RM200 sehingga RM1,600 untuk satu sesi.
Basri Othman turut menambah, sesiapa yang ditangkap kerana melacur atau menjadi muncikari akan didakwa di bawh Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan yang turut membawa hukuman penjara selama setahun atau didenda, atau kedua-duanya.
SUMBER: HCTV NEWS
Elok bebenorrrrrr laaa tu....biorrrrr cepat merebak HIV kat pulau tu...org melayu dah dihalau keluar...yg tinggal bersepah cina dah tentu melanggan org yg duduk kat sana...cepat sikit pupusssss...
ReplyDeleteJgn jadi mcm setengah makhluk..dah puas beromen..tuduh org suntik HIV..ish ish ish
konon dah kena suntik HIV....tapi tak mampus2 juga...makin ligat cari pelacur & jantan jambu....masih sihat dan panjang umur....huru hara malaysia dibuat nya.....
ReplyDelete