Pages

Monday, December 8, 2014

CHEGU BARD SEKADAR 'BOM IKAN'... INGATKAN BESAR SANGAT LER BOM YANG NAK DILETUPKAN!!! CAITTT... BUANG MASA SAJA!!!


Seperti yang dijanjikan dalam mesejnya menerusi Whatsapp, anggota PKR yang digantung tak bertali hampir setahun, Badrul Hisham Shahrain atau lebih dikenali sebagai Cikgu Bard, telah mendedahkan nama lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat yang menandatangani surat akaun bersumpah menarik sokongan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Pada sidang media di Kuala Lumpur, Isnin, Bard mendedahkan kelima-lima Adun itu ialah Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas), Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda), Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Ng Sze Han (DAP-Kinrara) dan Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing).

Menurut Bard, kelima-lima Adun itu menandatangani akuan bersumpah pada 11 September, beberapa hari selepas menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor.

Pada sidang media itu Bard juga telah menunjukkan salinan kelima-lima surat akuan bersumpah itu yang menurutnya diletakkan di peti surat rumahnya. Bard lantas membuat laporan polis untuk mendapatkan pengesahan mengenai kesahihan surat akuan bersumpah kelima-lima Adun itu.

Bard berkata dia juga telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Ketua Umum, Presiden Jawatankuasa Disiplin parti PKR tetapi pimpinan tertinggi parti tetapi sehingga hari ini tidak ada sebarang tindakan dibuat.

Sikap tidak acuh mereka telah membuat Bard bengang dan pada sidang media itu Bard menuntut penjelasan mengapa tindakan tidak dikenakan terhadap kelima-lima Adun berkenaan.

"Akuan bersumpah ini menyatakan dengan jelas nama lima Adun Selangor yang mulanya dikatakan menandatangani surat sokongan terhadap Dr Wan Azizah, kemudiannya menarik sokongan tersebut. Ini jelas menunjukkan PKR mengamalkan dua set undang-undang. Apabila Azmin dan orang yang rapat dengannya buat salah, semua lepas, tetapi yang mengkritik macam saya, digantung.

“Azmin (Menteri Besar Selangor) bercakap depan TV dan saya juga bercakap depan TV tetapi saya kena gantung dan dia lepas,” tambahnya.

Pada sidang media itu juga Bard turut mendakwa Azmin juga memainkan peranan dalam penarikan semula penganugerahan Darjah Kebesaran Sultan Selangor kepada Anwar.

“Azmin adalah salah seorang anggota Dewan DiRaja Selangor yang turut bersetuju dengan empat alasan yang merumuskan Anwar sebagai derhaka. Jika keputusan menarik balik anugerah itu merupakan keputusan sebulat suara Dewan DiRaja Selangor, maka Azmin sebagai salah seorang anggotanya juga tentunya bersetuju supaya gelaran Datuk Seri yang dianugerah kepada Anwar ditarik balik," katanya.

Bard juga mendakwa Azmin juga telah secara sulit melobi dirinya untuk jawatan Menteri Besar Selangor tetapi apabila diketahui oleh Anwar, Azmin telah menyalahkan Haji Hadi yang konon telah memujuknya untuk mengkhianati parti.

SUMBER

1 comment:

  1. Tk hbs2 org melayu berdengki sesama sendiri..pelik btl org melayu

    ReplyDelete