Pages

Thursday, December 4, 2014

GELARAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM TELAH DILUCUTKAN OLEH SULTAN SELANGOR... SEKARANG ANWAR BERGELAR 'DATIN SERI'!!!


Tak pula para penyokong Anwar Ibrahim berkokok...

Masa Khir Toyo SERAHKAN gelaran Datuk Seri kepada DYMM Sultan Selangor kerana perbicaraan yang perlu dijalaninya, bukan main lagi para penyokong Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat berkokok dan memperolok-olokkan Khir Toyo.

Kali ini, berbeza dengan Khir Toyo yang menyerahkan kembali secara sukarela, Anwar Ibrahim pula dilucutkan atau dirampas pingat kebesaran tersebut oleh DYMM Sultan Selangor.

Anwar Ibrahim dilucutkan pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri yang dianugerahkan kepadanya pada tahun 1992 oleh Sultan Selangor. Penarikan kembali pingat kebesaran dan gelaran tersebut telah berkuatkuasa pada 3 November lalu.

Istana Selangor dalam satu kenyataan pada Khamis lalu berkata, keputusan menarik kembali gelaran Anwar Ibrahim dibuat kerana Anwar Ibrahim berulang-ulang kali mempersoalkan integriti DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi diraja dalam krisis Menteri Besar baru-baru ini.

Sultan selepas diberikan pandangan oleh Majlis Diraja Selangor, telah memutuskan bahawa anugerah pingat kehormatan yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Anwar Ibrahim, ditarik kembali berkuatkuasa 3 November.

"Keputusan dibuat berdasarkan sikap Anwar Ibrahim berulang-ulang kali mempersoalkan integriti Sultan Selangor dan Institusi Kesultanan dalam krisis Menteri Besar Selangor, selain perbuatannya mempersoalkan isu-isu yang berkaitan dengan Islam," kata Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Mohamad Munir Bani.

Menurutnya lagi, tindakan si KETUM itu dan perangainya tidak langsung menunjukkan dia layak untuk membawa gelaran kehormatan lagi.

6 comments:

  1. Jangan ditarik Gelaran 'KETUM'.... ianya amat sentimental.

    ReplyDelete
  2. Datin Seri pun Datin Seri laah..janji masyukk!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. korang nak komen, komen sajalah... tapi kalau sampai aku terjebak dengan pihak berkuasa kerana komen korang, aku akan padamkan komen korang terlebih dulu...

    harap maklumlah yer...

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya dh lama...aljubs jenis mnusia haramjadah merosakkan negara ja

    ReplyDelete