Pages

Wednesday, December 3, 2014

GEMPAR! PUNCA SEBENAR WANG DALAM AKAUN BANK LESAP!!!


Seorang pengguna laman sosial menyatakan rasa sedih dan kecewanya apabila duit gaji dalam akaun bank beliau telah lesap dan beliau khuatir akaun miliknya telah digodam.

Namun, apakah penjelasan sebenar kepada isu duit lesap ini?

Seperti yang anda tahu, Google Playstore (android) dan App Store (IOS) kini memberikan game/permainan yang berbayar. Amaran kepada game yang percuma untuk dimuat turun tetapi menyediakan perkhidmatan berbayar pasti ada dinyatakan (In App Purchase).

Isu ini telah banyak berlaku di luar negara dan sudah mula berlaku di Malaysia. Contohnya, terdapat kes di mana seorang ibu kehilangan ribuan ringgit kerana anaknya terlalu gemar membelanjakan wang pada permainan sehinggakan ibu tersebut terpaksa menjual kereta untuk menampung hutang kad kredit.


Contoh permainan paling popular masa kini adalah "Clash Of Clans" yang percuma untuk dimuat turun tetapi seseorang itu perlu mengeluarkan sedikit wang untuk mengecapi level teragung (Beli gems untuk mempercepat masa upgrade atau membeli "Builder").

Masalah kehilangan wang melalui permainan telefon bimbit ini boleh diatasi dengan membatalkan akses akaun bank anda pada telefon bimbit.

Kepada pengguna IOS, jangan sesekali memberitahu "Passcode" atau "Password" Apple ID anda kepada sesiapapun.

Apa-apapun, nasi sudah menjadi bubur. Jadikan kejadian tersebut sebagai pengajaran. Mohon sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda agar mereka lebih berhati-hati.

COPY PASTE DARI BLOG MAZEER

No comments:

Post a Comment