Kartel atau sindiket penghasilan kad pengenalan palsu secara besar-besaran sudah dibersihkan dari Sabah, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, tindakan proaktif sudah dilakukan pihaknya bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam memastikan tidak lagi wujud operasi kartel sama ada secara tersusun atau berstruktur di Sabah.
"Tapi jika masih ada individu yang terbabit maka kami mahu supaya orang ramai memaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau JPN untuk tindakan pemantauan dan perundangan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Inovasi KDN di sini sebentar tadi. (SUMBER)
Pakatan Rakyat dan konco-konco mereka yang sedang memperjuangkan pemisahan Sabah dari Malaysia selain pembentukan Republik Borneo yang berada di bawah pentadbiran dan penjajahan Amerika Syarikat dan Israel, tidak dapat menerima keputusan Suruhanjaya berkenaan pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing sebagaimana yang mereka tuduh.
Paling lantang dalam isu ini adalah DAP yang terlupa bahawa kesemua ahli serta pemimpin mereka adalah pendatang asing yang diberikan taraf kewarganegaraan serta kad pengenalan secara besarn-besaran, manakala generasi mereka pula mendapat kad pengenalan da kewarganegaraan automatik tanpa perlu menjalani pemeriksaan atau penapisan kelayakan sehinggakan ada sebahagian besar daripada mereka seperti Pengerusi DAP Sarawak, langsung tidak boleh menyanyikan lagu Negaraku dan memahami Bahasa Kebangsaan. Ong Kian Min pula secara terbuka dan secara sengaja memperlekeh-lekehkan Hari Kebangsaan, Hari Kemerdekaan dan Hari Pembentukan Malaysia menerusi kecetekan dan kedangkalan pengetahuannya tentang tarikh-tarikh penting itu walaupun dia adalah seorang Ahli Parlimen.
Melihat kepada keagresifan DAP dan Pakatan Rakyat dalam isu ini, ada perkara yang lebih menarik untuk dinilai. Pengeluaran kad pengenalan secara kartel dan pemalsuan bukanlah berita terpinggir. Banyak kes yang menunjukkan ia berlaku di negara ini.
Anehnya, Pakatan Rakyat dan DAP memilih untuk menyalahkan Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional dengan memberi alasan kad-kad pengenalan diberikan kepada warga asing agar membolehkan mereka mengundi dan memenangkan UMNO-BN dalam pilihanraya.
Seolah-olah mereka cuba menggambarkan bahawa warga-warga asing yang mendapat kad pengenalan Malaysia akan mengundi UMNO-BN walaupun DAP menang besar menerusi undi yang diberikan oleh 'warganegara yang mencurigakan' yang langsung tidak faham Bahasa Kebangsaan, tidak boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Kebangsaan, bahkan digembala seperti kawanan kambing dan lembu oleh orang-orang yang dilantik oleh pemimpin DAP untuk mengawal mereka.
Seharusnya Kementerian Dalam Negeri perlu mengadakan pemeriksaan secara menyeluruh dan besar-besaran untuk memastikan semua warganegara asing tidak memiliki kad pengenalan dan kerakyatan Malaysia secara tidak sah sekaligus membolehkan mereka menikmati hak-hak rakyat Malaysia sepertimana yang sedang berlaku sekarang ini.
Perlembagaan mencatatkan dengan jelas terutama pada Perkara 16 dan Perkara 16A bahawa seseorang yang tidak boleh memahami dan menguasai pengetahuan asas dalam Bahasa Kebangsaan, kerakyatan mereka dilucutkan secara automatik.
No comments:
Post a Comment