Pages

Friday, December 5, 2014

KERANA KOMUNIS, LIM GUAN ENG MULA DICABAR OLEH CHOW KON YEOW UNTUK JAWATAN KETUA MENTERI PULAU PINANG!!!


Lim Guan Eng dan bapanya, sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuklah mencantas dan membunuh kerjaya politik rakan-rakan si komrad di dalam DAP asalkan kedudukan mereka tidak tercabar.

Lim Kit Siang telah memastikan Timbalan Setiausaha Agungnya, Lee Lam Thye yang pada ketika itu merupakan Ahli Parlimen Bukit Bintang yang paling popular, dicantas dan dipangkas. Sebabnya ialah, Lee Lam Thye dilihat lebih popular dan merupakan antara Ahli Parlimen yang sangat dihormati di Parlimen tanpa perlu terbabit dengan isu-isu sensitif. Kepopularitian Lee Lam Thye telah menenggelamkan kepopularitian Lim Kit Siang.

Beberapa orang pemimpin DAP dari kalangan orang Melayu juga telah dibasmi sepenuhnya oleh Lim Kit Siang. Kebanyakan pemimpin DAP Melayu itu merupakan aktivis kesatuan-kesatuan sekerja. Sebabnya ialah, kepopularitian mereka di kalangan orang Melayu, amat tidak bagus untuk Lim Guan Eng yang dilatih oleh Kit Siang untuk menggantikan tempatnya sebagai Setiausaha Agung DAP.

Akhirnya DAP menjadi parti Cina sepenuhnya dengan sokongan segelintir India seperti Karpal Singh dan konco-konconya yang tidak akan menentang Kit Siang dan Guan Eng sama sekali.

Pada tahun 2008, Lim Guan Eng telah merampas jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang daripada Chow Kon Yeow walaupun pada asalnya, dia bersetuju untuk tidak merebut jawatan berkenaan. Selepas berjaya merampas jawatan berkenaan, Lim Guan Eng berusaha mematikan kerjaya politik sesiapa sahaja yang menentangnya termasuklah menerusi keputusan CEC yang kontroversi dan sehingga ke hari ini belum lagi selesai.

Tidak seperti UMNO, para penyokong dan ahli DAP bersikap penakut. Mereka tidak berani menentang Guan Eng dan bapanya secara terang-terangan. Sebaliknya sekadar menjadikan UMNO dan Barisan Nasional sebagai pendesak agar Guan Eng turun dari jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dan jawatan tersebut diserahkan kepada anak Pulau Pinang, bukannya untuk golongan merempat seperti Lim Guan Eng.

Desakan untuk Lim Guan Eng untuk turun jawatan, semakin ketara sekarang ini. Ahli-ahli DAP terutama sekali di Pulau Pinang sudah tidak dapat bertahan dengan perangai pembohong dan angkuh Lim Guan Eng. Nama CHOW KON YAU telah disarankan untuk menggantikan Lim Guan Eng yang bukan sahaja gagal memajukan Pulau Pinang, bahkan telah menipu rakyat negeri itu menerusi kenaikan cukai, kurangnya pelaburan asing di Pulau Pinang, kenaikan jenayah dan lebih memalukan apabila Pulau Pinang di bawah pentadbirannya dikenali sebagai PULAU PELACURAN oleh pelancong luar.

No comments:

Post a Comment