Pages

Tuesday, December 30, 2014

LELAKI TUA DITEMUI ANGGOTA BALAI WANGSA MAJU DI DALAM HUTAN... BAITULMAL WILAYAH PERSEKUTUAN TAKDER JUMPA ORANG SEGINI KE?


Peristiwa malam Krismas..

Balai Wangsa Maju terima maklumat ada sebuah pondok di dalam hutan berhampiran Damaisari Wangsa Melawati. Sepasukan anggota Balai Wangsa Maju pergi ke hutan tersebut dan siasat berkenaan dakwaan wujudnya sebuah pondok dlm hutan. 


Setiba di lokasi apa yg menyentuh hati kami, dapati seorang pakcik tua tinggal di pondok buruk tersebut merengkot kesejukan dan kelaparan. Beliau jelaskan sudah lama tinggal di hutan tersebut sejak kawasan tersebut estet getah lagi. 

Dan bila ditanya kenapa tinggal di hutan yang gelap tersebut dan jawab beliau, beliau hidup sebatang kara dan tak mahu susahkan orang. Atas dasar kemanusiaan, anggota balai belikan makanan utk pakcik daif tersebut dan tatkala menerima makanan tersebut, air mata menitis dari mata tua beliau. Beliau berkata inilah pertama kali beliau menerima sumbangan makanan yg banyak. 


Hiba dan tersentuh hati kami kerana ada kehidupan yang daif dalam arus pembangunan yang pesat di kawasan tersebut. 

Keesokannya sekali lagi anggota dari Balai Wangsa Maju melawat pakcik tersebut dan kali ini Ketua Polis Balai Wangsa Maju membawa bersama Hj Mustafa Ketua Persatuan Penduduk Sek.1 ke lokasi hutan tersebut. Pada siang hari lagi jelas kedaifan dapat dilihat.




Kali ini kami bawa nasi beriani. Sekali lagi mata tua pakcik tersebut mengeluarkan airmata. Hakikatnya sudah bertahun beliau tak dapat merasai nikmat makan seperti nasi beriani. Makanan rutinnya adalah roti yang disedekahkan oleh org yang mengetahuinya tinggal di hutan.

Betapa sedihnya hati kami. Sebagai polis, kami juga insan yang berperasaan dan kami akan pastikan pakcik tua tersebut mendapat pembelaan dalam hidupnya dalam beliau mengharungi sisa hayatnya.




Terfikir kami, bagaimanakah hidupnya bertahun2 di hutan. Bagaimana beliau tidur dalam kesejukan? Bagaimana beliau atasi kelaparan?

Kami berterima kasih kepada yg memberi maklumat. Sekurang-kurangnya kita menjumpai hakikat kebenaran kehidupan dalam arus pembangunan yg pesat.

Wajarkah kita tidur di tilam empuk sedangkan ada manusia di hujung usianya tidur beralaskan papan?

Insya-Allah, polis akan uruskan kebajikan pakcik daif ini atas dasar keinsanan.

Innamal Aqmal Binniat.

Sekian.

SUMBER: BALAI WANGSA MAJU KL

5 comments:

  1. Tahniah PDRM...
    Anda jauh lebih berhati mulia..
    Bertimbangrasa...

    Berbanding JPJ !!


    ReplyDelete
  2. TAHNIAH ! ! !
    PASAL
    ORANG
    LAEN
    IA
    SUSAH ! !

    x servis

    ReplyDelete
  3. Mana KJ?ketua pemuda Umno?senyap je x nampak muka..pemuda umno xkan berkerja kalu xde habuan..kalu KJ xde bg upah, kami akan rembat semua beras dan jual..pedulik apa dgn mangsa banjir.inilah masa yg terbaik unt rembat peruntukan banjir.

    ReplyDelete
  4. Betul tu kita rembat bantuan banjir dan bagi bantuan itu kepada pakcik ni.....kepada orang yang nak sumbang apa juga makanan yang halal kepada pakcik ni sila berbuat demikian ....bantu orang tua ni lagi mulia dari bantu orang kat kelantan tu ....tak tahu bersyukur asik komplin memanjang .

    ReplyDelete