Pages

Wednesday, December 3, 2014

PROJEK KAD PENGENALAN... MEMANG SEPATUTNYA KERAJAAN MELAKUKAN PEMERIKSAAN TERPERINCI DAH!!!


Selepas DAP dan Anwar Ibrahim menimbulkan isu 'pemberian kad pengenalan' di Sabah bagi membolehkan Barisan Nasional menang dalam setiap pilihanraya, ia mencetuskan idea besar, terutama pada PRU-13 yang menyaksikan kemunculan ramai golongan muda Cina DAP yang beratur pada waktu pagi untuk membuang undi dengan kebanyakan daripada mereka tidak boleh memahami Bahasa Kebangsaan, tidak boleh bertutur dan enggan menjawab sebarang pertanyaan dalam Bahasa Kebangsaan.

Dan mereka pula dijaga oleh orang-orang tertentu yang memberikan arahan dalam Bahasa Cina, sama ada dalam bahasa standard iaitu Mandarin, mahupun menerusi dialek-dialek suku kaum Cina.

Ada juga yang menimbulkan persoalan, mengapa tidak ramai golongan muda Cina DAP yang meninggal dunia dan kebanyakan daripada mereka tertumpu di kawasan-kawasan yang kuat menyokong DAP terutama sekali di Selangor dan Pulau Pinang.

Persoalan-persoalan tersebut tidak pernah dijawab oleh DAP mahupun oleh MCA dan pertubuhan-pertubuhan berteraskan kaum Cina. Sebaliknya, mereka lebih sibukkan tentang kaum Bumiputera yang memiliki kad pengenalan Malaysia walaupun kebanyakan yang membuang undi adalah golongan tua, malah yang sudah berkali-kali terlibat dalam pilihanraya.



Pendedahan oleh Pengarah PLKN bahawa terdapat ramai dari kaum Cina DAP yang tidak boleh langsung berbahasa kebangsaan, sekaligus menunjukkan mereka telah melanggar Perlembagaan Malaysia Perkara 16 (d) dan 16A (d) yang membolehkan kerakyatan mereka tergugur secara automatik, dan mereka langsung tidak boleh atau menikmati hak sebagai rakyat Malaysia termasuklah membuang undi.

Memandangkan DAP dan Anwar Ibrahim menjadikan isu kad pengenalan sebagai isu utama untuk mempertikaikan kerakyatan sebahagian warganegara Malaysia, mungkin elok juga kalau kerajaan menguatkuasakan undang-undang bersabit kerakyatan terutama yang menyentuh Perkara 16 dan Perkara 16A Perlembagaan Persekutuan.

Barangkali mengapa terlalu ramai golongan muda Cina DAP wujud di Malaysia akan terjawab sekiranya Perkara 16 dan Perkara 16A dikuatkuasakan sedangkan zaman masyarakat Cina khususnya memiliki ramai anak, sudah lama berlalu.

Rujuk juga Akta Hasutan 1948 berkenaan Kecenderungan Menghasut Perkara 3 (1).

1 comment:

  1. Kita sepatutnya merasa bimbang akan cepat pertambahan penduduk cina sehingga boleh menguasi negeri . mungkin rasuah lah puncanya, harus di ingat mereka alan mengunakan apa cara sekali pun. Mengunakan orng profesional mereka, orng kaya dan pegawai kerajaan yang korupt...menteri dalam negeri harus lebih aktif dan telus. Menghalang pertambahan mendadak kaum kaum pendatang ini.

    ReplyDelete