Pages

Tuesday, December 2, 2014

RM900 UNTUK 4 ORANG MAKAN? UMAK AIII... MAHALNYA MAKANAN LAUT DI LABUAN,SABAH!!!


Kuala Lumpur: "Saya dan rakan lain terkejut apabila dikenakan bayaran RM900 untuk empat menu makanan. Harga itu melampau dan tidak berbaloi," kata Mohd zulfadely Mohd Yunus, 24, salah seorang daripada 12 individu yang tidak berpuas hati dengan tindakan sebuah restoran menyediakan menu makanan laut di Labuan, Sabah.

Dalam kejadian jam 7.40 malam, Jumaat lalu itu, dia dan rakannya mula memesan menu seperti ikan dan sotong goreng, sayur campur dan sup jagung yang disediakan dalam beberapa hidangan di setiap meja.

“Kami juga ada memesan hidangan ayam goreng dan buah-buahan sebagai pencuci mulut tapi tidak disertakan dalam hidangan itu. Kami juga hairan kerana harga itu dikenakan untuk hidangan makanan saja dan tidak termasuk minuman yang kami pesan. Ia melampau dan tidak berbaloi," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dia berkata, selepas semua selesai makan dan seorang daripada mereka bangun untuk membuat pembayaran, penjaga kaunter di restoran itu memaklumkan jumlah keseluruhan hidangan makan malam itu adalah sebanyak RM900.

"Kami semua yang ada di situ terkejut. Ada yang menggeleng kepala seperti tidak percaya dengan apa yang kami dengar daripada penjaga kaunter terbabit itu. Langsung tidak masuk akal.

"Apabila ditanya, penjaga kaunter itu memaklumkan pihaknya tidak tahu namun itu adalah harga sebenar selepas membuat pengiraan. Kami juga tidak dibenar melihat resit untuk harga pembayaran ke atas beberapa menu itu.

"Walaupun terkedu, bayaran tetap dibuat iaitu sebanyak RM700 selepas sesi tawar menawar kerana tidak mahu membuat kecoh dan memanjangkan perkara itu. Hakikatnya, kami tidak setuju dengan harga cekik darah yang dikenakan," katanya.

Katanya, sebelum ini, dia pernah mengunjungi restoran berkenaan bersama rakan namun ini adalah kejadian pertama apabila dikenakan harga bayaran seperti itu.

"Saya dan rakan lain seramai 18 orang pernah memesan hidangan sama namun harga yang dikenakan hanya RM450. Tapi kali ini sudah berbeza

Saya mendedahkan perkara ini bukan untuk menutup periuk nasi pemilik restoran itu tapi saya tidak mahu orang lain menjadi mangsa," katanya.

Berikutan itu, dia turut memuat naik resit pembayaran dengan harga dikenakan di laman Facebook (FB) miliknya dengan nama Malas Ku Ingau selain turut di kongsi kepada pengguna FB lain termasuk dengan nama no next...macam2 ada di sini.

Dalam statusnya di FB itu, Zulfadely turut mendapatkan pandangan pengguna laman sosial itu berhubung caj bayaran yang dikenakan restoran terbabit.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Kumpulan, Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pihak restoran seharusnya memaparkan tanda harga pada resit pembayaran untuk makluman orang ramai.

"Jika resit pembayaran makanan tidak dibuat secara menyeluruh dan harga yang dikenakan terlalu mahal, maka pihak restoran dipercayai ada unsur mengaut keuntungan secara mudah.

"Orang ramai boleh membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut.

"Pihak kami kerap menerima kes seperti ini membabitkan tidak meletakkan tanda harga dan sebagainya. Isu mahal atau murah adalah perkara kedua, yang paling utama adalah memaklumkan kepada pengguna harga bayaran setiap menu yang disediakan sama ada berbaloi atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi, disini, hari ini.

1 comment:

  1. rocky the great brown unused dick says: laa.. kenape tak cakap name & alamat restoran? bukan salah kita kalo kedai tak tunjuk harga; itu terang2 langgar undang2 kepenggunaan trade description act sejak zaman arwah Dato Megat Joned lagi; nak malu ape?

    ReplyDelete