Apabila ada suara-suara jahat yang sengaja membuat provokasi di Tanah Air kita, yang sebelum ini aman penuh toleransi hinggakan kaum pendatang boleh hidup kaya raya, kita tercari-cari punca dan kenapa mereka semakin berani. Apakah masing-masing mereka berseorangan atau mereka semua itu bergerak dengan langkah tersusun diokestrakan oleh perancang (atau para perancang) yang sememangnya memusuhi kita.
Allah S.W.T. sudah pun memberi peringatan kepada kita, dalam ayat 120 surah Al Baqarah, tentang musuh yang nyata dan mereka akan sentiasa berusaha untuk menyesatkan kita sehingga kiamat. Apakah kita tidak ingat? Atau apakah kita merasakan mereka ini sudah berbaik dengan kita dan boleh menjadi sahabat?Hingga ada yang mengatakan Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam
Kenyataan yang dibuat oleh Eric Paulsen, Lawyers for Liberty (LfL) dan kemudian disambut oleh Ambiga yang menuduh JAKIM sebagai mempromosikan ekstremisme setiap hari Jumaat (dalam khutbah) adalah suatu yang boleh diduga dan dibuat dengan tujuan tertentu.
Ambiga seolah-olah sudah pun menantikan tindakan kerajaan sambil berbangga mengatakan jika Eric didakwa, ianya memberi peluang untuk mereka “merobek-robekkan” teks khutbah di mahkamah nanti. Apa maksud dan kesinambungan provokasi demi provokasi ini?
Eric mengaku bahawa beliau adalah pengasas LfL dan menjadi Pengarah Eksekutifnya. Untuk mengerakkan sesuatu badan sedemikian, bagaimana dan dari mana beliau mendapat dana? Mungkin ada yang zahir dan mungkin banyak lagi sumber dana yang diterima secara senyap-senyap.
BUKTI?
Yang terzahirnya ialah agensi beliau, LfL dibiayai sebanyak lebih RM150,000 setahun. Dia dibayar oleh sebuah agensi kerajaan Amerika Syarikat sebanyak USD45,000 setahun. (45,000 x 3.5 = 157,500). Ini yang dapat diakses oleh semua orang apabila membaca laporan tahun National Endowment for Democracy (NED).
[klik pada imej untuk paparan lebih besar bagi memudahkan untuk baca
perincian dari laporan tahun NED 2011, 2012 dan 2013] atau boleh BACA DI SINI
NED adalah sebuah badan yang ditubuh oleh kerajaan Amerika Syarikat pada zaman Presiden Reagan lagi. NED ditubuhkan selepas persepsi negatif terhadap CIA di akhir-akhir tahun 70an (akibat kerja-kerja jahat menjatuhkan kerajaan sah di beberapa buah negara dunia ketiga) dan kerana terbongkarnya krisis CIA Iran-Contra. NED bergerak secara terangan berbanding dengan CIA secara sulit. Namun gerak kerja dan misi utama mereka ialah untuk menjadi Amerika Syarikat satu “super-power” yang setiap negara akan tunduk dengan gerakan “demokrasi” ala mereka.
Dan itulah sebenarnya yang sedang mereka lakukan di Tanah Air kita. NED terlibat dari awal penubuhan “BERSIH”. Mereka telah melatihkan aktivis 2-3 tahun sebelum orang ramai tahu adanya BERSIH dan orang-orang Melayu diperbodohkan diajar dan dilatih untuk menghina pemimpin mereka sendiri. Kursus pertama yang dianjur NED untuk BERSIH ialah pada Februari 2005. BERSIH pertama berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara pada November 2007 (perancangan yang mengambil masa hampir 3 tahun!).
Ini apa yang disebut oleh William Blum tentang gerak kerja NED:
The idea was that the NED would do somewhat overtly what the CIA had been doing covertly for decades, and thus, hopefully, eliminate the stigma associated with CIA covert activitiesProfessor Allen Weinstein, seorang pengerak awal yang utama untuk NED, berkata pada 1991 dalam tembual di Washington Post:
…a lot of what we do today was done covertly 25 years ago by the CIA…
JELAS bahawa matlamat dan tujuan penubuhan NED ialah mengantikan peranan CIA dan dilakukan secara “lebih terbuka”.
Senarai dana yang diterima Eric Paulsen dan LfL di atas hanyalah sebahagian – yakni sebahagian dari apa yang disiarkan dalam laporan tahunan NED. Yang disorok – entah berkali ganda lagi.
Maka, orang-orang yang mempunyai agenda JAHAT yang cuba merosakkan kedamaian yang telah kita kecapi di Tanah Air ini hanya melaksanakan kerja mereka kerana diupah. Perancangan JAHAT mereka MESTI disiasat oleh pihak berkuasa. Tangkap dan penjarakan pengkhianat negara yang sengaja mahu melakukan kucar-kacir bagi tujuan untuk memudahkan campur-tangan asing nanti. (SUMBER)
NOTA:
PERHATIKAN bagaimana Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh mendakwa CAMPURTANGAN DAN BANTUAN YANG DIBERIKAN OLEH CIA AMERIKA SYARIKAT ADALAH SESUATU YANG BAIK UNTUK MALAYSIA DI SINI.
Seperti yang banyak didedahkan, malah Lawyers for Liberty sendiri tidak pernah menafikan bahawa setiap tahun, mereka akan mendapat bantuan berbentuk dana dari NED yang dibiayai pula oleh CIA. Sudah lama Lawyers for Liberty
Lawyers for Liberty diasaskan bersama oleh Eric Paulsen yang kekal memegang jawatan Pengarah Eksekutif bersama-sama Latheefa Koya yang merupakan peguam PKR dan Naib Presiden PKR, N.Surendran.
NED dibiayai penuh dan secara langsung oleh Kerajaan Amerika Syarikat menerusi badan perisikannya, CIA dan melakukan pelbagai tugas yang sebelum itu dilakukan oleh CIA.
Secara tidak langsung beberapa badan termasuklah Lawyers for Liberty bolehlah diibaratkan sebagai PEKERJA dan pengkhianat negara ini yang bekerja untuk CIA yang terbukti telah menghancurkan banyak negara di dunia ini demi kepentingan Amerika Syarikat.
Tiada cara untuk Lawyers for Liberty membersihkan nama mereka atau menafikan yang mereka sebenarnya bekerja untuk kuasa asing bagi tujuan memusnahkan negara ini, melainkan Lawyers for Liberty perlu membuktikan yang kewujudan mereka bukannya untuk menimbulkan suasana tidak harmoni dalam Malaysia selain mengumumkan kepada awam yang mereka tidak lagi mahu menerima dana dari NED, selain membuktikan kepada rakyat Malaysia dan pihak berkuasa, penyata bantuan kewangan dari NED dan ke mana dana-dana tersebut telah digunakna selama bertahun-tahun.
ORANG ASING PEGI MAMPOSLAH.....INI RAKYAT NEGARA INI. JADI PENGKHIANAT.....BELOT.....HUKUMANNYA BUKAN BUANG NEGARA. TAPI HUKUM TEMBAK SAMPAI MATI. ITU CARA UNTUK BERI PENGAJARAN BUAT PENGKHIANAT.
ReplyDeleteMemang dasar ANJING KURAP para PENNGANAS/EKSTREMIS ANTI-ISLAM ni! PI MAMPOS depa ni semua dari TANAH MELAYU Islam, pusaka nenek moyang berzaman kami!
ReplyDeleteNek Tempoyak.
Persik menggunakan NGO/Media untuk membuat eksperimen &
ReplyDeletebanyak maklumat2 yg berguna -
Bila ada 2 kumpulan yang berbeza, selain dari jalan demokrasi- ia juga boleh dilakukan dgn HURU-HARA korban demokrasi
seperti di Arab menjatuhkan Iraq menggunakan Kurdish/Syiah.
siapakah dibelakang perang2 di Eropah/Asia pada abad 18/19?
-Kisah Tamadun Guge di Tibet yg berperang kerana Abang Kristian 7 Adik Buddha,-Taiping revolt, China-japan, Vietnam etc. bukankah dulu boleh dikatakan semua mereka berdagang. dari Afrika-Arab-India-SEA-China-Rukryu-Jepun
Akhirnya semua ini jadi musuh2.
Jika ada Perang besar ia hanyalah Mongolia.
Amat sedih sekali kemakmuran Asia selama beribu tahun akhirnya dikacau oleh kuasa LAPAR.
Cukupla kenapa perlu perang & kucar kacir.
rakyat Malaysia jgn jadi barua.