Pages

Wednesday, January 28, 2015

AZRAN CEO AIR ASIA X LETAK JAWATAN ATAU TIDAK? YANG MANA SATU?



Ketika krisis dan tragedi melibatkan MAS, Air Asia muncul dengan kesombongan dan keangkuhan yang bukan-bukan. Bukan main lagi keluar cerita tentang betapa hebatnya juruterbang Air Asia.

Kemudian berlakulah tragedi sekalipun bukan Air Asia Malaysia, sebaliknya milik Indonesia, tetapi pembawaan nama Air Asia tetap mengaitkannya dengan Malaysia.

Namun yang paling diingati adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh CEO AirAsia X, Azran Rani Osman pada Mei 2013 apabila dia menyatakan Air Asia tidak akan mengiklankan syarikat mereka di Utusan Malaysia kerana benci dan meluat dengan sikap rasis Utusan Malaysia terhadap kaum Cina selepas PRU-13. (BACA DI SINI)

Isu membabitkan Azran dengan Utusan Malaysia serta sikap liberal keterlaluannya (kunun-kununnyalah) senyap kemudiannya apabila dia memberikan penjelasan membela diri.

Semalam, timbul pula satu isu apabila Azran dilaporkan telah meletak jawatan sebagai CEO AirAsia X (BACA DI SINI). Namun beberapa jam kemudian, muncul pula 'penafian' yang Azran telah meletak jawatan CEO AirAsia. (BACA DI SINI)

Air Asia sedang berhadapan dengan masalah kewangan yang teruk. Syarikat penerbangan tambang murah yang dikatakan paling berjaya di dunia mula berhadapan dengan 'krisis' ekoran kemalangan udara yang melibatkan pesawat QZ8501 benar-benar memberi kesan kepada syarikat berkenaan.

Apatah lagi pembabitan Pengerusi Air Asia yang kurang berjaya dalam bidang sukan - bola sepak dan F1 - telah menyebabkan sebahagian imej AirAsia memburuk.

Sama ada Azran letak jawatan atau terbabit dalam 'bidang drama' yang pastinya, berita perletakan jawatan dan kemudian penafian CEO AirAsia X ini akan menarik perhatian seluruh dunia, terutama sekali para pelaburnya!!!

5 comments:

  1. Dia ni benci dengan bangsanya sendiri dimana kerajaan Melayu inilah yang memberi dia kesenangan kan kebebasan hidup dinegeri ini.Dia benci dengan Utusan Melayu dimana dia beranggapan akhbar itu rasis.Budak hingus ini memang tak sedar diri kerana mengangap bangsa Cina lebih baik dari nbangsanya sendiri.Bangsat betul dia ni.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah! Ya Mutakabbir, yang Maha Megah. Dikaulah yang berhak memiliki sifat ini, kerana tidak ada yang lebih hebat daripada Dikau, maka jauhkanlah kami dari sifat bermegah-megah hingga menyebabkan kami berhak menerima kemurkaanMu.

    ReplyDelete
  3. Pesanan utk umat manusia.bila tinggi di atas,tengok2 orang dibawah,keraa yg dibawah pun manusia.hidup ini umpama roda.sebarang kemungkinan boleh terjadi.hidup umpama roda.ingat.

    ReplyDelete
  4. Bole minta kerja dgn Tokong LGE maa

    ReplyDelete
  5. Pi mampoih la....bangsa melayu tak perlukan si bangsat mcm ni

    ReplyDelete