Pages

Monday, January 19, 2015

BILA SAIFUL BUKHARI AZLAN PULA BUKA CERITA DAN DEDAH 'SKANDAL' YANG MELANDA TV3!!!


Meletup lagi...

Cerita tentang kakitangan TV3 berhenti beramai-ramai, langsung tidak mendapat tempat di kalangan para pecacai Pakatan Rakyat. Ia sememangnya pelik memandangkan pada kebiasaannya, Pakatan Rakyat terutama sekali pemimpin dan para pecacai amat peka dan sensitif dengan sebarang perubahan negatif berkaitan UMNO-BN.

TV3 dan syarikat induknya, Media Prima adalah milik penuh UMNO yang dirintis dan ditubuhkan pada zaman Daim Zainuddin.

Seringkali, apabila mereka tidak berminat, atau mereka menyokong atau mereka mendiamkan diri, bermakna sebarang kejadian ada kena-mengena dengan Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan Anwar Ibrahim. Kegagalan pengurusan dan pentadbiran Media Prima di bawah Johan Jaafar, watak yang seringkali dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, langsung tidak disentuh, bahkan juga tidak diperkatakan.

Semalam, segala teori berhubung kait antara TV3, pengurusan Media Prima dengan Anwar Ibrahim seperti telah dibenarkan menerusi siaran Buletin Utama syarikat televisyen UMNO itu. Serangan yang cuba dibuat ke atas Daim Zainuddin pula dilihat didalangi oleh pihak tertentu yang sebenarnya bertujuan melaga-lagakan antara bekas pemimpin itu dengan Najib Abdul Razak.

Manakala di Facebook pula, 'perbalahan dalaman' menjadi terbuka apabila dua kumpulan besar terbentuk dengan satu kumpulan menyokong Najib menyerang kumpulan yang dikatakan pro-Daim-Mahathir.

Namun walau apa pun teori yang diberikan atau sebarang perkembangan 'perbalahan dalaman' antara dua kumpulan terbabit, JAUH LEBIH MENARIK LAGI pendedahan yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan, watak yang menyebabkan Anwar Ibrahim lari lintang pukang ke kediaman Duta Turki untuk mendapatkan suaka tetapi gagal, kemudian memulakan kempen Reformasi 2.0 yang juga gagal selain haru-biru negara selepas kegagalan drama 16 September 2008 selain menyaksikan perbicaraan jenayah paling panjang dalam sejarah Malaysia menerusi siri tangguh dan tempoh.

Ini yang ditulis oleh Saiful Bukhari Azlan:




6 comments:

  1. takkan najib tuli lagi?

    ReplyDelete
  2. Najib tu tak lama lagi kena tindih badan Nuar...baru ada akai

    ReplyDelete
  3. Sampai media sendiri dikuasai oleh pembangkang pun menteri bertanggungjawab tidak sedar, kerja ka mereka ini?

    ReplyDelete
  4. TV3 pun dah jadi kaldai juga ke?

    ReplyDelete
  5. Najib belum lagi pencen perang dalaman utk jawatan PERDANA MENTERI sudah bermula. Bos media prima Johan Jaafar tu sudah tentu kroni Hisham/KJ yg ada hubungan rapat dgn PKR terutama melalui Azmin yg dibantu macai no.1 nya Sam Ketot ex- Ketua AMK. Daim yg kita kenali ketua jentera politik/pemikir Tun Mahathir yg menaungi Mukhriz yg boleh mencabar jawatan TPM jika Muhyiddin tidak bertanding pemilihan akan datang seperti yg telah digembar gembur. Saiful Bukhari ni dalam team PERKASA dibawah naungan Tun Mahathir. Confirm dia dedahkan kontroversi ini. Kesetiaan TV3 memang boleh dipertikai dari dulu. Merekalah antara yg banyak menyebarkan isu panas yg boleh menjatuhkan kredibiliti pemimpin UMNO spt FEEDLOT, cincin Rosmah, Altantuya, kapal selam dll. mirip the Star dibawah MCA. Rasanya Tun Mahathir memahami keadaan ini. Terutama selepas tindakan mempertikai projek2 besar kroni.

    ReplyDelete
  6. Memang bahaya KETUM ni. Dia punyai konspirasi sebiji macam YAHUDI. Sebelum ini PAS dah kena. Huru-hara dan berpecah-belah PAS sekarang. Sekarang ni giliran TV3. Berhati-hatilah UMNO!!! Memang bahaya KETUM ni. Memang mentornya YAHUDI.

    ReplyDelete