Walau bagaimanapun, sesuatu yang amat menarik ialah SERUAN ANWAR KEPADA AHLI-AHLI DAN PENYOKONG partinya sendiri agar mengurangkan politik sebaliknya bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk membantu penduduk Kelantan yang menjadi mangsa banjir.
Seperti biasa, Anwar Ibrahim tidak pernah mampu bercakap benar dan menyalahkan dirinya.
Ketika mengulas dakwaan yang mengatakan dia tidak sensitif kerana berada di luar negara walaupun banjir besar melanda Kelantan, Anwar Ibrahim memberi alasan faktor tiket kapal terbang sebagai halangan kepadanya bersama-sama para penyokong Pakatan Rakyat.
Dia kemudiannya memohon maaf kerana 'lambat datang'. Dia juga memberitahu tidak mempunyai keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan dan tempahan tiketnya tidak boleh ditukar.
Mengulas tentang gambarnya mengayuh basikal yang tersebar, katanya gambar itu sebelum banjir lagi. Dan dia mempertahankan dirinya dengan berkata, gambar dia mengayuh basikal di luar negara ketika negara ditimpa musibah, tidak sepatutnya dijadikan isu. Seolah-olah Anwar Ibrahim membela Najib Abdul Razak yang bermain golf setelah mengatur semua pergerakan bantuan bagi urusan yang lebih penting membabitkan seluruh negara dengan Barrack Obama pada hari krismas!!!
Tak mengapalah, kita terima sahajalah alasan yang diberikan oleh Anwar Ibrahim. Kita anggap sehajalah penjualan kerusi Air Asia berharga RM1 hanya boleh ditempah setahun lalu dan amat-amat susah untuk penukaran penerbangan. Almaklumlah, gaji Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, kan seringgit saja.
Menariknya, dari New Zealand dan Australia, tidak berkesempatan untuk balik tetapi boleh terbang terus ke United Kingdom, kan?
Sukar untuk dipercayai dalam tempoh dua minggu, Anwar Ibrahim tidak boleh menempah tiket manaklaa partinya PKR atau rakan-rakannya dari DAP tidak boleh membayar tiket kelas pertama untuknya pulang ke Malaysia. Bukankah ada beberapa penerbangan antara Australia dan Kuala umpur atau dari United Kingdom ke Kuala Lumpur? Terdapat terlalu banyak penerbangan daripada pelbagai syarikat penerbangan termasuklah yang membuat transit penerbangan di Singapura.
Alasan yang diberikan oleh Anwar Ibrahim itu terlalu lemah dan sekadar alasan semata-mata.
Seminggu pun tak boleh cari penerbangan lain? Hanya makhluk-makhluk zombie yang menjadi penyokongnya sahaja akan percaya alasan itu.
Lebih baik kalau Anwar Ibrahim bagi alasan, tulang belakangnya terkehel kerana dia mengayuh basikal atau tulang lehernya terkehel sebab terjatuh ketika mengayuh basikal di kawasan pergunungan dan dia lumpuh selama beberapa hari.... alasan itu jauh lebih bernas berbanding alasan tak ada tiket penerbangan pulang ke Malaysia. Lagipun Malaysia bukannya negara di hujung dunia yang akses penerbangan ke negara ini hanya dua minggu sekali.
Lagipun, semasa buat jelajah politik di Sabah dan Sarawak, ada pula kawan baiknya yang pinjamkan jet peribadi kepadanya. Mengapa pula kali ini, Tian Chua tidak mampu mengambilnya dan kemudian memuatnaikkan gambar selfie di atas jet itu di twitter sekali lagi?
Seperkara lagi, tentang gambar berbasikal yang dikatakan telah dirakamkan sebelum banjir bermula, tolong perhatikan fakta ini baik-baik. Gambar itu telah disiarkan pada 18 Disember ketika banjir sudah pun melanda sekurang-kurangnya 3 buah negeri iaitu sebelum 17 Disember. Malah lebih awal lagi, banjir telah melanda Kajang!
Tak mengapalah, dia tak ada ke dia adakan Sama je...
ReplyDeleteAnwar al juburi-mat sabu
ReplyDeleteTak boleh bohong dia tak boleh kentut...
ReplyDeleteAnuar hukum semua jd terbalik.
ReplyDeleteMenipu hukumnya Sunnat
Berbohong hukumnya Wajib
Jadi dia nk tambahkn amalan sunnat, mmg kena buat mcm ni. Sbb dia Anugerah Tuhan.....kihkih
Banjir di Kelantan ini bencana berskala dunia dan oleh kerana itu AS patut menglibatkan diri utk cari siapa yg bertanggungjawab, samada TNB, UMNO atau kerajaan negeri. Ini adalah kerana kerajaan dan UMNO ada imuniti dari pendakwaan.
ReplyDeleteApalah bangang sangat ko ni.
Delete