Pages

Friday, January 16, 2015

HARI TU, DIA TERSENGIH DAN PERASAN MUKANYA IRAS P.RAMLEE, DUA HARI SUDAH JOHARI ABDUL PERASAAN DIA BIJAK TAPI AKHIRNYA TERSERLAH KEDUNGUANNYA!!!


Johari Abdul barangkali secara ad-hoc mengambilalih tugas Rafizi Ramli yang sedang sibuk menimbulkan isu 1MDB tetapi kemudian tersangkut apabila dia bukannya disokong, sebaliknya terpaksa kelam-kabut menepis pelbagai persoalan yang tidak mampu dijawab berhubung dakwaan yang dibuatnya.

Berkatalah Joe Bedul dengan penuh yakin, pemberian kontrak 'Pembaharuan PAS Lawatan Kerja Sementara (PLKS)' kepada syarikat swasta MyEG adalah sesuatu yang tidak wajar, malah tindakan Putrajaya tersebut akan mengancam keselamatan serta kedaulatan negara. Menurutnya lagi, tuga MyEG secara jelas telah melibatkan maklumat sensitif yang menyentuh hal ehwal imigresen dan negara sekaligus negara akan berhadapan dengan risiko kebocoran atau salah guna maklumat.

Bagi yang tolol, dakwaan yang dibuat oleh Joe Bedul itu akan diterima bulat-bulat. Tetapi bagi yang mengetahui kaedah sebenar akan melihat Joe Bedul sebagai pembangkang Malaysia tulen iaitu golongan bodoh yang akan membangkang apa-apa sahaja, asalkan dapat menggembirakan golongan pemakan untung atas angin yang didalangi oleh DAP.

Dalam kes ini, Teresa Kok adalah pemimpin DAP yang cukup kuat melalak dan menjerit kerana MyEG telah merampas kesenangan serta keuntungan ratusan juta ringgit daripada kegiatan mendaftarkan pekerja-pekerja asing di kalangan agen-agen pemerdagangan manusia.

7 Januari 2015, Johari Abdul mempersoalkan tentang kewajaran Kerajaan memberikan kontrak pembaharuan permit pekerja asing kepada MyEG tanpa tender terbuka. Kemudian pada 13 Januari pula, Johari Abdul berkata lagi sekaligus menunjukkan betapa bengongnya otak Ahli Parlimen Sungai Petani itu,

Bermula dengan mempersoalkan MyEG dilantik tanpa tender terbuka, tetapi kemudian berkata, perlantikan MyEG mempunyai risiko kebocoran dan keselamatan. Apa jaminan yang menyatakan, tender terbuka dan penyertaan syarikat-syarikat yang tidak dkenali berbanding MyEG yang telah mendapat kontrak dari tahun 2000 menerusi tender terbuka, tidak akan menyaksikan risiko kebocoran atau salah guna maklumat?

Jabatan Imigresen telah meluaskan skop implementasi sistem atas talian untuk pembaharuan permit pekerja-pekerja asing menerusi MyEG Services Bhd bermula dari 5 Januari 2014 termasuklah mengenalpasti dan menganalisa pangkalan data pekerja-pekerja asing.

Objektif utama sistem ini adalah untuk mengenalpasti para pekerja asing yang sah di negara ini dan para majikan yang mengetahui atau secara tidak sengaja mengaji pekerja asing haram, termasuklah memberikan ruang untuk transaksi secara lebih cekap dan selesa.

Peranan MyEG tidak hanya memperbaharui permit tetapi juga untuk mengkompilasi, memproses, mengenal, mengemaskini dan menganalisa pengkalan data pekerja-pekerja asing sah, memberi kuasa kepada majikan pekerja asing, majikan yang diketahui mempunyai pekerja-pekerja asng yang berdaftar di bawah nama mereka dan majikan yang mengupah pekerja-pekerja asing haram.


MyEG juga akan merakamkan biometrik digital para majikan dan wakil majikan. Analitik akan dilakukan pada data-data tersebut untuk mengenalpasti trend yang menyebabkan peningkatan permintaan ke atas pekerja-pekerja asing dan sebaliknya.

Secara tidak langsung, MyEG turut mengoperasikan platform yang mengumpulkan banyak maklumat tentang majikan-majikan yang menggaji pekerja asing.

Permit pekerja asing diperbaharui dalam tempoh tiga bulan sebelum luput tarikh. Oleh kerana itu, para majikan perlu memperbaharui pendaftaran untuk mengelakkan denda permit luput tarikh.

Seperkara yang cuba dibohongi oleh Johari Abdul adalah, maklumat-maklumat membabitkan pekerja asing, tidak diklasifikasikan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi. Sebaliknya semua data yang dimiliki oleh Imigresen dan MyEG pula berada di bawah Privacy Data Act.


Yang sebenarnya, isu ini sengaja dibangkitkan oleh Teresa Kok dan dibantu oleh Johari Abdul untuk melindungi kepentingan puak TONTO, pemerdagangan manusia, apatah lagi penggunaan biometrik sesungguhnya amat menakutkan mereka sepertimana yang berlaku sewaktu SPR cuba memperkenalkan sistem biometrik untuk proses pengundian pada pilihanraya.

Sungguh aneh, mengapa sebenarnya DAP dan PKR amat takut dengan biometrik? Apa sebenarnya yang mereka cuba lindungi. Barangkali kalau setakat daftar sahaja, Teresa Kok tidak akan bising, tetapi apabila MyEG turut mengumpulkan maklumat dengan menggunakan sistem biometrik ke atas para pekerja asing dan majikan-majikan yang menggaji pekerja asing, tiba-tiba sahaja Teresa Kok dan DAP begitu terdesak?

Sedangkan, mereka jugalah yang paling kuat memekak tentang limpahan pendatang asing di negara ini.

Apa sebenarnya yang mereka cuba sembunyikan?

2 comments:

  1. Si Musibat Lidah Bercabang ni mcm P Ramlee???

    Macam P Rasasamy lidah berbelit adalah...

    ReplyDelete
  2. Jgn dilayan sgt isu myeg ni. Panaskan kembali isu balak kelantan. Dah nak sejuk dah tu

    ReplyDelete