Contoh terbaik adalah dalam isu banjir dan kemusnahan yang dialami di Kelantan.
Pada ketika semua rakyat dan penduduk Malaysia tertanya-tanya apa tindakan dan reaksi para pemimpin Pakatan Rakyat, para pecacai mereka segera menimbulkan isu pesawat rasmi negara mengelilingi dunia. Mempersoalkan dan mempertikaikan di mana Rosmah Mansor, malah turut mempersoalkan perbelanjaan menggunakan pesawat tersebut yang kemudian dibandingkan pula dengan nilai bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
Sekali lagi Rosmah Mansor menjadi sasaran mudah untuk menenggelamkan isu yang benar-benar dekat dengan rakyat.
Biarpun telah dijelaskan alasan sebenar mengapa pesawat tersebut singgah di beberapa buah negara untuk tempoh yang singkat sehingga tidak membolehkan penumpangnya turun membeli belah sebagaimana yang ditohmahkan, ternyata troll daripada pecacai Pakatan telah menenggelamkan isu bagaimana Lim Guan Eng dan DAP menjadikan tanah dan hartanah di Pulau Pinang sebagai legasi perniagaan keluarga dan kroninya. (RUJUK DI SINI)
Nama Betty Chew Gek Cheng terpampang jelas dalam satu siaran berita bercetak. Begitu juga dengan mukanya, juga terpampang dalam gambar siaran berita bercetak berkenaan. Tugas dan bidang kuasa barunya di Pulau Pinang menerusi sebuah agensi yang mengawal, menguasai dan menjarah tanah serta hartanah di Pulau Pinang juga disebut dengan jelas.
Namun nampaknya berita berkenaan kurang mendapat perhatian. Mungkin kerana bertulisan Cina tetapi rujukannya dalam Bahasa Melayu juga telah dibuat.
Barangkali kalaulah nama Betty Chew Gek Cheng, isteri Lim Guan Eng digantikan dengan nama ROSMAH MANSOR, ISTERI PERDANA MENTERI MALAYSIA dalam artikel bercetak tersebut, barangkali sekarang ini media-media sosial sedang menjadikan nama tersebut sebagai trending yang sangat popular. Malahan enjin carian di Internet juga akan menjadi sangat sibuk.
Terang-terang penyalahgunaan berlaku di situ, tetapi terang-terang juga, tiada sesiapa pun yang mempunyai kantung telur yang kembung untuk menyuarakannya!!!
Gunakan aje nama rosmah mansor dlm cerita betty chew ni. Hujung artikel tulis ralat: sila gantikan nama rosmah mansor dgn betty chew. Zombie2 ni semua mmg jenis suka fwd tapi tak baca habis.
ReplyDelete