Pages

Friday, January 9, 2015

KENAPA LAMAN FACEBOOK GERAKAN ANTI ISLAM INI TIDAK DITENTANG PENGGUNA FACEBOOK BERAGAMA ISLAM DAN BERBAHASA MELAYU?


Sehingga ke hari ini, tindakan-tindakan tegas ke atas golongan yang menghina Islam di Malaysia masih gagal dikenakan tindakan keras bagi membendung penularan wabak yang sengaja diwujudkan bagi menjadikan negara ini huru-hara dan kacau bilau.

Penggunaan media sosial khususnya Facebook seperti tidak terbendung atau langsung tidak mampu membuka mata pihak berkuasa atau barangkali juga menimbulkan tanggapan kepada pihak berkuasa bahawa ini adalah masalah kecil yang tidak mendatangkan kemudaratan besar serta akan hilang begitu sahaja.

Peristiwa pembunuhan 12 orang kartunis dan seorang anggota polis di Perancis yang dikaitkan dengan karikatur serta komikal yang menghina Nabi Muhammad s.a.w, telah menggemparkan dunia.

Sebarang berita jenayah membabitkan golongan taksub dan ekstrimis akan segera ditanggapi sebagai ajaran Islam manakala pembunuhan dan jenayah yang dilakukan oleh penganut agama lain pula ke atas umat Islam sebagaimana yang berlaku di Burma, Denmark, Perancis, Jerman dan sebagainya tidak ditanggapi sebagai ajaran agama yang dianuti oleh individu atau pertubuhan yang melakukan jenayah berkenaan.


Sudah terlalu lama umat Islam bersabar terutama sekali selepas pembunuhan beramai-ramai ketika kejatuhan Kota Granada. Umat Islam juga masih kekal bersabar walaupun Kota Baitul Muqaddis diserahkan kepada Zionis yang sebenarnya bukanlah berketurunan dari kota yang mereka gelar sebagai Jerusalem.

Kelemahan dan pecah belah di kalangan umat Islam yang didoktrinkan dengan fahaman atau sistem DEMOKRASI telah digunakan sepenuhnya oleh pelbagai pihak untuk terus menekan dan memerangi umat Islam sama ada menerusi senjata atau tidak. Umat Islam terus diprovokasi dan kemudian dipersalahkan kerana memberikan reaksi negatif selepas provokasi.

Dewasa ini, umat Islam diancam dengan penggunaan media sosial yang amat mereka gemari dan cintai iaitu FACEBOOK. Dilekakan oleh FACEBOOK, umat Islam kemudiannya dihidangkan dengan laman-laman yang menghina dan menjadikan provokasi sebagai objektif utama.



Terbaru adalah laman GERAKAN ANTI ISLAM yang baru ditubuhkan dan sedang mendapat perhatian daripada penyokong-penyokongnya. Ramai pengguna-pengguna Facebook beragama dan bernama Islam di Facebook yang cukup hebat bertekak, memaki hamun, menyumpah seranah sesama sendiri tetapi amat kecut perut untuk melawan posting provokosi bukan Islam ke atas Islam. Cukup malang kerana sehingga setakat ini hanya tiga orang dari kalangan jutaan mereka, yang membuat laporan berhubung laman berkenaan.

Itu sahaja sudah cukup untuk menggambarkan betapa berkecamuknya pengurusan dan kepekaan umat Islam, baik daripada agensi yang diberikan kuasa oleh kerajaan mahupun persendirian.

Anda sendiri bagaimana? Cukupkah sekadar memekak tentang siapa lebih Islam dan siapa yang berlagak macam Islam tetapi sebenarnya tidak?

6 comments:

  1. Tak tahu nak cakap apa lagi dah..kecewa sangat dengan sikap orang2 melayu yg katanya Islam kat Malaysia ni.Baik(takut?) tak bertempat.Satu contoh yg menyakitkan hati,dalam satu group dalam FB ada posting menghina azan,tapi bila baca komen2 yg ada..kecewa sungguh..bila kita cuba nak menegur kita dituduh tak solat sebab tu mudah panas katanya.Cuba lah sesiapa tengok dalam group JOM BELAJAR AL QURAN DAN SEMBAHYANG

    ReplyDelete
  2. aik.....sumpah aku haritu dah report .....facebook siap bagi alert kat aku yang page celake ni dah close.....kalau tak silap ni page baru atau diorang tukar page lame.....tapi takpe....dah report sebelum ni ....kali ni mesti report lagi....

    ReplyDelete
  3. Kalau kena BUNUH jgn salahkan Islam..
    Salahkan diri sendiri.

    Bersikap seperti BABI TONYOK tidak menyebabkan anda di pandang Mulia.

    ReplyDelete
  4. Selagi x viral la.....

    ReplyDelete
  5. Mana pergi PEJUANG ISLAM ????
    MASIH DIULIT MIMPI DI SIANG HARI LAGI KE ???
    BANGUN .. BANGUN .. BANGUN ..
    TIDOR LAGI ..ZZZZzzzzzz !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak la termasuk pejuang tu. Yg lain tidur, awakpun lena kot...

      Delete