Beliau berkata, tuduhan tidak berasas pihak pembangkang yang menyamakan keadaan ekonomi negara sekarang seperti sama dengan keadaan krisis ekonomi negara ketika 1997/1998, adalah tidak berdasarkan fakta dan kajian yang mendalam.
"Seharusnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan isu-isu pokok seperti ekonomi negara, hubungan kaum dan agama, kita harus ada pandangan yang hampir sama.
"Dalam hal ini, jelas pembangkang cuba untuk menjejaskan keyakinan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terhadap masa depan ekonomi Malaysia. Ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab," kata beliau kepada pemberita Malaysia di luar sidang Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang bermula hari ini.
Menyifatkan keadaan sekarang sebagai 'cabaran kepada ekonomi negara, beliau berkata keadaan hari ini jauh berbeza daripada apa yang berlaku ketika 1997/1998.
"Kita akui bahawa nilai mata wang kita turun sekitar 10 hingga 11 peratus (ketika ini) tapi dahulu, nilai mata wang daripada RM2.50 jatuh sehingga hampir RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat.
"Dulu rizab kita turun mendadak, sekarang masih sekitar AS$100 bilion. Dulu bank kita menghadapi masalah besar, hari ini bank tidak mempunyai masalah besar, malah semua bank di Malaysia berada dalam keadaan kukuh dengan rizab dan kecairan amat tinggi," katanya.
Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa kedudukan ekonomi negara bukan dalam krisis.
Najib, yang juga Menteri Kewangan mengumumkan beberapa langkah proaktif dalam usaha kerajaan untuk memastikan pertumbuhan, pembangunan dan sasaran defisit fiskal Malaysia yang berterusan meskipun menghadapi berlaku perubahan mendadak dalam landskap ekonomi global.
Mustapa berkata, langkah-langkah yang diumumkan itu bukanlah sesuatu yang diputuskan dengan terburu-buru, tetapi diambil setelah kajian mendalam dan terperinci dilakukan kira-kira sebulan oleh kementerian dan agensi berkaitan, termasuk Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi.
"Penjelasan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri itu mengambil kira perubahan terkini dan yang penting, kerajaan mengambil masa untuk meneliti dan mengkaji dengan terperinci akan perubahan-perubahan yang perlu dilakukan dalam dasar ekonomi negara serta memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh," kata Mustapa.
Ketika ditanya sama ada sentimen pelabur terjejas akibat persepsi negatif pihak pembangkang, Mustapa berkata keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara dilihat masih kukuh berdasarkan pertumbuhan pelaburan yang menggalakkan.
Oleh demikian, beliau berkata pengumuman Najib adalah realistik dalam mempersiapkan negara dalam menghadapi cabaran semasa ekonomi global.
Menyentuh mengenai WEF kali ini, Mustapa berkata, Najib akan turut menghadiri satu sesi pertemuan dengan kira-kira 45 pelabur bagi memberi penjelasan lebih lanjut mengenai status ekonomi negara serta langkah-langkah terbaharu kerajaan bagi memastikan kedudukan kewangan dan ekonomi negara kekal stabil.
Acara tahunan WEF, yang dilihat sebagai platform untuk mempromosi kerjasama awam-swasta itu, bakal disertai lebih 40 ketua negara dan 2,500 pemimpin perniagaan dari 140 negara.
INGAT LAGI DOKUMEN RAHSIA LANGKAH KAJANG YANG TERSEBAR DULU TU.....
ReplyDeleteLangkah Kejang...mahunya tak ingat!
ReplyDeleteKalau Tok Pha keluar statement boleh sikit dipercayai sbb atas pengalaman dia pernah menjawat Menteri Kewangan satu ketika dulu lagi pun semua orang tahu keperibadian Tok Pha
ReplyDeleteKalo rafizi ramli punya statement..babi pun x nk pcya..patut kaum kerabat dia malu ada ahli keluarga jenis mcm tu.
ReplyDelete