Patutlah beria-ia sangat nak cungkil keluar segala nanah, pekung dan tokak dalam UMNO sehingga yang tak ada pun, diada-adakan. Rupa-rupanya untuk mengelakkan Lim Guan Eng dan DAP kena serang lagi kerana satu lagi pendedahan menunjukkan berlaku penyelewengan kuasa dan skandal kewangan yang baru
Individu yang digelarkan sebagai PENYIBUK FB, Lim Sian See sekali lagi mendedahkan tentang perilaku Guan Eng yang menimbulkan persoalan terutama sekali selepas pendedahan sebelum ini menunjukkan kecenderungan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang untuk memilikdinastikan Pulau Pinang kepada keluarga dan kroninya.
Selepas lanun-lanun Inggeris yang diketuai oleh Francis Light mendarat di Pulau Pinang, dan selepas persetujuan serta keizinan orang Melayu di salah satu wilayah jajahan Kedah itu, Francis Light telah mendirikan Kota Cornwallis pada tahun yang sama. Kota tersebut bukan sahaja untuk mengelakkan serangan orang Melayu selepas orang Melayu sedar tentang niat sebenar lanun-lanun atau privatier tersebut. Selain itu, kota tersebut juga berfungsi untuk menakut-nakutkan tentera Sultan Kedah.
Kota berkenaan dibina di tempat di mana Francis Light mendarat pada tahun 1786. Meriam-meriam lama telah dijadikan sebagai hiasan di kota tersebut. Meriam terbesar yang dikenali sebagai Meriam Seri Rambai telah dibina pada 1603 dan dihadiahkan oleh Belanda kepada Sultan Johor pada tahun 1606 turut diletakkan di kota berkenaan.
1 Jun 2014, kota tersebut dan kawasan sekitar yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Georgetwon telah diswastakan kepada EWEIN BERHAD dengan bayaran sebanyak RM30,000 sebulan selama lima tahun (5 tahun + 15 tahun + 15 tahun).
Syarikat yang mendapat perlantikan terus daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang ditugaskan untuk menguruskan Kota Cornwallis, kawasan yang telah digazetkan oleh Jabatan Muzium dan Antikuitu. Dari pengurusan letak kenderaan yang terletak di tengah-tengah Bandaraya sehinggalah menaiktarafkan medan selera yang dikenali sebagai Astaka Kota Selera. (RUJUK SINI)
Syarikat tersebut diberikan hak untuk mengutip bayaran masuk, bayaran letak kenderaan, bayaran sewa pusat penjaja dan sudah tentulah apa-apa sahaja rancangan tarikan komersial yang akan diwujudkan oleh KEMENTERIAN PELANCONGAN di situ termasuklah pentas dan amphiteater juga akan diberikan hak manfaat kepada syarikat berkenaan.
EWEIN BERHAD didirikan oleh DATO' SWEE KHENG EWEIS yang juga merangkap Pengarah Urusan syarikat berkenaan.
Swee Kheng juga adalah ahli Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) yang mana isteri Guan Eng, Betty Chew buat U-Turn selepas penglibatannya didedahkan. Swee Keng juga adalah Ahli Majlis PCCC Charity Fund Standing dan pengarah Persatuan Sekolah-Sekolah Cina Bersekutu Han Chiang Pulau Pinang.
Pada 1 Julai 2014, syarikat tersebut telah mengumumkan Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik sebagai Pengarah anak syarikat Ewein, Ewein Land Sdn. Bhd. Zarul Ahmad inilah orang yang menjadi Pengerusi Consoritium Zenith BUCG Sdn. BHD yang 'terpilih' memperolehi projek terowong bawah laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.
Pautan ini mengesahkan yang Ewein dan BUCG menandatangani perjanjian untuk sama-sama membangunkan tanh Projek Terowong Pulau Pinang. (RUJUK SINI)
Maka tidak hairanlah Ewein boleh mendapat projek-projek penting di Pulau Pinang. Anda rasa-rasa mengapa dan apa daya tarikannya?
No comments:
Post a Comment