Pages

Wednesday, January 7, 2015

MACAM NI BARU BIJAK... LEPAS BANJIR SURUT BARU LAWAT, ANWAR ELAK JANGKITAN E-COLI, TAK MACAM NAJIB!!!


Mungkin tidak keterlaluanlah kalau kita pakat sokong Pakatan Rakyat dan Ketua Umum (KETUM) yang jauh lebih bijak berbanding UMNO-BN dan Presidennya, Najib Abdul Razak.

Apa tidaknya, sebaik-baik sahaja banjir melanda, UMNO-BN terus bergerak ke kawasan banjir membawa bekalan makanan dan bantuan kecemasan. UMNO-BN mengerahkan semua unit-unitnya, termasuklah meminta agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO serta orang persendirian untuk memberikan bantuan makanan dan kecemasan kepada mangsa-mangsa banjir.

Hujan ke, ribut ke, perahu bocor ke, motobot besar enjin kecik ke, bahkan telah meletakkan aset-aset ketenteraan seperti helikopter dan pesawat pengangkut dalam keadaan bahaya apabila dikerah menjalankan kerja sepanjang masa dengan anggota dan pegawai-pegawai polis, tentera dan bomba pula bekerja sepanjang empat hari berturut-turut dengan sebahagian daripada mereka langsung tak tidur dan berehat, semata-mata untuk menyelamatkan mangsa banjir.

Tidakkah bodoh namanya berperangai macam tu?

Itu pasallah Pakatan Rakyat bersorak dan para pecacai mereka mengeji serta mencerca UMNO-BN serta agensi-agensi dan NGO-NGO serta orang perseorangan yang datang memberikan bantuan. Itulah sebabnya sekarang ini, para penyokong Pakatan mempersendakan akal dan kewarasan fikir dengan menafikan banjir yang telah memberi kesan kepada lebih 200,000 orang di Kelantan dan kemusnahan besar-besaran di kawasan banjir adalah disebabkan pembalakan dan penggondolan tanah kepada HUJAN LEBAT semata-mata. Dan itulah sebabnya sebahagian besar para penyokong Pakatan Rakyat yang menjadi mangsa banjir bercakap besar dan menafikan bantuan daripada UMNO-BN dengan menyatakan bantuan tersebut adalah WANG RAKYAT.

UMNO-BN tidak bijak langsung dalam hal ini. Dalam bahasa kasarnya, BODOH, BEBAL DAN BENGONG kerana bertungkus lumus memberikan bantuan kepada pihak yang tidak memerlukan sebarang bantuan kecuali retorik dan dogma agama syok sendiri yang banyak bercakap tentang pahala dan syurga!

Lebih tidak bijak lagi ialah apabila Najib Abdul Razak yang hari ini sudah mempengerusikan mesyuarat kabinet walaupun masih lagi uzur kerana jangkitan bakteria E.coli. Kan bodoh namanya apabila para pecacai Pakatan berjaya dalam tuntutan bukti yang menyatakan hanya Najib Abdul Razak sahaja yang terkena jangkitan bakteria tersebut sedangkan tiada sebarang berita tentang jangkitan E.coli kepada mangsa-mangsa banjir.

Cuba lihat kebijaksanaan Anwar Ibrahim....

Hanya selepas tiga atau empat hari selepas banjir surut, barulah dia muncul dan menunjukan muka. Macam tu baru bijak namanya. Selain daripada berjaya mengelak daripada jangkitan E.coli atau sebarang varian atau vektor bawaan air lain, Anwar Ibrahim juga dapat mendengar keluhan serta acuman daripada mangsa-mangsa yang sudah diberikan bantuan.

Apa sangatlah yang Najib dapat dengar daripada keluhan serta aduan mangsa-mangsa banjir yang telah dihimpunkan di pusat-pusat pemindahan sementara. Apa sangatlah Najib dapat ketika mengharung air banjir untuk bertemu dengan mangsa-mangsa banjir dan mendapatkan maklum balas tentang keperluan mereka.

Najib sepatutnya jadi lebih bijak seperti Anwar Ibrahim yang pergi melawat dan menziarahi bekas-bekas mangsa banjir di Daerah Temerloh dan Bera bagi menzahirkan keprihatinannya kepada rakyat selepas banjir surut.

Dari awal lagi Najib sudah tunjukkan kebodohannya apabila dia bergegas balik dengan pesawat komersial dan pesawat tentera setelah berunding dengan Barrack Obama untuk isu-isu penting pada hari Krismas. Selepas sampai, terus tak rehat melawat dan menziarahi. Patutnya Najib gunakan alasan Anwar dengan mula-mula sekali meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat pulang lebih awal dan dengan memberikan alasan, ketiadaan tiket kapal terbang untuk balik.


5 comments:

  1. Buat apelah blogger2 pro kerajaan nak UP kan cite bapa gay ni melawat mangsa kononnya membantu mangsa banjir!!
    Tak pasal2 nanti rakyat fikir oohhh ada jugak pemimpin rakyat datang membantu ek.. Kerajaan susah payah bantu masa keadaaan kritikal ms tu senang2 je dia dapat nama..

    ReplyDelete
  2. DIA berjaya kerana bangsanya kurang daya berfikir.Kesian bangsa ku mudahnya diperdaya. Bangulah dari tidur.Mulalah berfikir.Untuk jadi bangsa ikutan perlu cerdik Bukankah nabi cerdik

    ReplyDelete
  3. Mahu jd pembangkng di Malaysia gampang aja,pandai cakap Dan kuat menipu itulah resipinya....

    ReplyDelete
  4. Ini la satu satunya bangsat masyarakat yang langsung tak de faedah kepada negara...penipu/perosak agama dan bangsa!!

    ReplyDelete
  5. tak apa....Allah nampak....siapa yg munafik.

    ReplyDelete