Pages

Wednesday, January 7, 2015

MAIL SABRI DENGAN BERAT HATI BAGITAHU, BEKALAN SAYUR AKAN DIPULIHKAN DAN STABIL DALAM TEMPOH TIGA BULAN!!!


Tak payah sembang deras, tak payah sembang jauh..

Walaupun FAMA merupakan agensi pemasaran produk pertanian yang berada di bawah Kerajaan, sekalipun NIKMAT dan LKIM juga berada di bawah kerajaan, namun hakikatnya peraih, pemborong, pengedar dan pemunya lori-lori yang membawa ikan-ikan serta hasil laut dan sayur-sayuran serta buah-buahan, dimiliki oleh ahli-ahli yang persatuan mereka merupakan antara pemberi sumbangan dan penyokong kuat DAP. Mereka sebenarnya yang berkuasa dalam menentukan harga dan penawaran hasil laut, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Dan walaupun kerajaan memberikan pelbagai insentif untuk kaum peladang, petani dan nelayan, hakikatnya bahagian pemasaran dikuasai sepenuhnya oleh golongan berkenaan. Jadi, sebarang mekanisme harga yang cuba diwujudkan oleh kerajaan, tidak akan berjaya kerana golongan penyokong DAP itu akan melakukan pelbagai onar, termasuklah mengurangkan penawaran di pasaran untuk melonjakkan harga menerusi trend palsu.

Pasaran untuk barang makanan bersifat sangat spekulatif di negara ini. Sebarang kejadian atau isu yang timbul, harga barangan akan melonjak sangat tinggi. Contohnya musim perayaan dan sekarang ini, isu banjir dan hujan pula digunakan untuk melonjakkan harga hasil laut dan sayur-sayuran serta buah-buahan.

Kononnya wujud kekurangan bekalan sekaligus menyebabkan harga terpaksa dinaikkan!

Hakikatnya kalau kita perhalusi hampir setiap hari, bekalan dikatakan berkurangan. Sedangkan pada masa yang sama, kalau kita terus kepada penanam, petani dan nelayan pula, harga yang mereka terima tidak pernah berubah malah akan menjadi lebih rendah dengan pelbagai alasan pula diberikan oleh peraih.


Ismail Sabri, Menteri Pertanian dan Asas Tani pastinya mengetahui perkara ini dengan jelas. Justeru, mengumumkan bahawa masalah bekalan sayur akan diatasi dalam tempoh tiga bulan, pastinya akan memberikan 'ruang' dan 'peluang' kepada para penguasa pro-DAP itu untuk mula berfikir panjang sekaligus menyedari bahawa mereka sebenarnya berkuasa kerana mengambil kesempatan daripada toleransi yang diberikan oleh Kerajaan.

Apatah lagi keputusan Kerajaan untuk membawa masuk sayur-sayuran dari luar, pastinya tidak akan disenangi oleh pengusaha-pengusaha tempatan yang mempunyai pertalian dengan golongan orang tengah yang sangat berkuasa itu.

Pastinya kita juga tertanya-tanya mana perginya pemborong dan orang tengah serta pemilik-pemilik pengangkutan berbangsa Melayu-Bumiputera dan beragama Islam yang mampu membantu mengurangkan pengukuhan kuku besi golongan Cina DAP itu. Mana pergi golongan yang sangat pandai bercakap tentang agama, tentang fardu kifayah dan hebatnya orang Islam berniaga serta berdagang berdasarkan sejarah abad ke-8 sehingga 12 yang telah melahirkan ketamadunan baru yang kemudian dicuri dan dirakamrompak oleh Barat?

Sepatutnya Kementerian Pertanian turut mendapat bantuan daripada beberapa Kementerian lain untuk mewujudkan alternatif kepada pemasaran tradisional sekarang ini dengan tidak lagi membuat pergantungan kepada golongan yang berasakan mereka sangat berkuasa sehingga menjadikan kuasa pasaran sebagai kuasa politik?

2 comments:

  1. Berat hati konon...anak akademi fantasia......ptui

    ReplyDelete